Followers

Friday, December 10, 2010

Nabil dah mula berjalan ..

Cukup cukup dah 10 bulan umur Nabil  , dia dah mula berjalan . Lepas tu lepas dah dua tiga langkah berjalan . Besok nya Nabil demam . Smapai sekarang ni demam .
Kalau jumpa doktor memang tak dapat ubat punya . Jadi kena ler jelom dgn air kat kepala tu .

Apa pun Nabil dah mula berjalan dah .


Wednesday, December 08, 2010

Tanah di Kelibang Kuah Langkawi utk di jual -

Lagi tanah di Kawasan Kelibang Langkawi utk di jual .

Tanah : Rezab Melayu
Kategori : Bangunan
Keluasan : 726.525 Mtr/s ( Hampir 8000kps )
Harga : RM270,00.00

Keterangan :
Tanah ini terletak di Kelibang Kuah . Berdekatan dgn Motel Warisan ( baru ) berdekatan dgn jalan utama ( lebih kurang 30 meter ) . Reserve jalan masuk ke tanah ini juga ada . Bangunan berdekatan adalah Motel Mawanza / Stesen minyak Shell .

Di sebelah tanah ini ada projek pembinaan baru utk budget motel atau homestay .
Stesen Minyak Shell dan Bangunan Motel Mawanza bertentangan jalan / jalan masuk ke tanah tersebut.
Tanah utk dijual 0194172177



Tengok di Google Maps ;

Saturday, December 04, 2010

Kenduri Kahwin di KEDA Langkawi

Hari ni kenduri kahwin sepupu di KEDA Langkawi .
Rumah maklang Teh .



Sepupu yang selalu kami panggil adik sekarang dah pun kahwin dgn Munir dari Alor Setar . Adik atau namanya Azizah adalah anak maklang yg bongsu . Paklang dah meninggal hampir 5 tahun . Hari ni adik dah pun kahwin dengan pasanganya .

Semoga kekal sehingga akhir hayat . Ramai juga saudara yang datang . Sempat juga ambil gambar dan juga video . Boleh upload kat sini . Hari ni memakai depa berpakat berpakaian pink .kami pun join sekali .. baju raya lepas kan warna pink  ..

Saturday, November 27, 2010

Koleksi Hari Raya Aidil Adha - Nov 2010

Antara koleksi yang di ambil sebelum dan selepas hari raya . Najibah , Najihah , Nuha , Nabil , Umairah dan Nurin di rumah tok di Kepala Batas . Balik raya .

Model Kasut baru

Bila sampai kampung tolong tok buat ketupat

 Najibah / Umairah / Nurin

 Nuha / Najibah / Najihah


 dalam feri




Sempat lagi shopping ni ..shopping ke tengok2 jer  ?

Friday, November 19, 2010

Tanah untuk di jual di Langkawi

Ada lagi tanah yang nak di jual di Langkawi .
Sesuai untuk hotel . Lokasi menarik . Berdekatan dengan Tanah MARA . Bersebelahan dengan Teluk Baru Villa dan juga Awana Porto Malai

Keluasan :  4.52 ekar  ( 1.852 hektar )
Tenure    :  Freehold ( Malay reserved )
Price       :  RM10 kaki persegi
Hubungi  :  Roslan 019-4172177  ( roslan977@yahoo.com.my )



Wednesday, November 17, 2010

Jumpa sahabat lama zaman sekolah dulu...

Sehari sebelum raya korban ..

Aku bersama anak dan isteri bersiap utk balik raya di Kepala Batas Alor Setar .
Menuju ke jeti Kuah . Tiket dalam pukul 11.30 pagi .
Berjumpa kawan lama . Md Koq ( Shukor Zakaria ) kat jeti . Mad koq nak balik ke Padang Matsirat ( Kg Lawer ) .
Dia baru sampai dari Kuala Kedah bersama isteri . Aku pulak baru nak bertolak ke Kuala Kedah .Beliau bekerja dan tinggal kat Sungai Petani .
Kami dulu sekolah bersama di Sekolah Menengah Mahsuri dari tahun 1987 - 1989 ( dok satu kelas dan satu asrama ) . Pastu aku sambung pi vokasional kangar bersama Md lah . Dia pulak sambung ke Sekolah Teknik AS bersama Basir Ghazali .
 
Kat Jeti Kuah 16Nov2010 - masing2 nak balik raya


Gambar di Asrama Sekolah Mahsuri 1988  /  Jeti Kuah pada 16nov2010


Aku / Shukor / Hasbullah ( asrama SMMahsuri 1988 )


Friday, November 12, 2010

Pertemuan jejak kasih ,manusia dengan binatang ..sungguh sadis

Pertemuan Setelah Setahun Singa Peliharaan dgn tuannya.Syahdu. Jadi aku muat kan di blog ini sebagai kenangan terindah . 

Singa ini dibesarkan ketika masih baby lagi oleh dua orang lelaki.Namun setelah membesar, tuannya ini terpaksa dgn berat hati melepaskannya ke hutan Afrika kerana singa ini terlalu besar.

Setahun kemudian, dimaklumkan secara saintifiknya, singa ini akan menjadi singa liar dan tidak akan mengenalli kedua-dua tuannya ini. Namun, tuannya teramat rindu dan ingin juga menanggung risiko untuk berjumpa dgnnya.

Apakah kepala tuan nya ini dilibas olehnya?atau sebaliknya? saksikanlah...

terharu ..terharu ..terharu ...







Monday, November 08, 2010

Merokok Merbahaya Kepada Kesihatan

Hari ni kita cakap pasal rokok .
Merokok merbahaya pada kesihatan
Macam2 iklan rokok dah di lakukan tapi masih lagi merokok .
Cakap ler apapun tapi rokok kena hisap juga ...kenapa ?
Nasib baik aku tak isap rokok .

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

antara iklan berhenti merokok



Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
 
  

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
•50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
•Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
•Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
•60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
•Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
•Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokok    =  Sumber bahan kimia
        Metanol        =  Bahan Api
Nitrobenzena    =  Gasolin
Karbon Monoksida  =  Asap kereta
                        Butana       =  Cecair pemetik api
                                  Raksa        =  Logam dalam jangka suhu
                 Vinil Klorida       =  Bahan utama plastik
                Toulena       =  Pelarut industri
            Ammonia      =  Pencuci lantai
         Arsenik        =  Racun tikus
                            Kadmium      =  Bahan utama bateri alkali
                               Stearik     =  Bahan utama dalam lilin
                 Sianida     =  Racun berbisa
Infoline berhenti merokok

03-8883 4400






Sunday, October 31, 2010

Annual Dinner Kelab Sukan Kedah Simen Langkawi 2010

Pada 30oktober2010 ,
Annual dinner Kelab sukan telah di adakan dewan besar Berjaya Resort Langkawi . Acara bermula jam 8.00 malam .
Perasmian telah di lakukan oleh Mr Sang Soo Bae  ( Korean ) sebagai wakil daripada pihak mengurusan kilang . Annual dinner ini adalah anjuran Kelab Sukan Kedah Simen Langkawi .Ada yang datang membawa pasangan . Pengacara majlis malam ini adalah DJ terkenal Radio Malaysia Langkawi ( RML ) iaitu DJ Nurul . Selain dari jamuan makan ada juga permainan yg disusun oleh DJ . Nyanyian dari pihak hotel juga di adakan .
 
Antara aktiviti pada malam tersebut

 Yang paling di tunggu adalah cabutan bertuah ... aku tunggu hingga akhir  .. cabutan bertuah .. tka dapat pun .. malam tu memang tak bertuah ler ..
Tapi malam tu ada seorang pekerja kilang yang melepas kan geram nya dengan menyanyi  2 lagu lama - Alias Johari ( orang lama kilang ) . Best gak lagu . Siap isteri dia bagi bunga ..

 
Birthday Ahmad Jeffri / Dan anggukan KPK

Sunday, October 24, 2010

Massage atau reflexolgy atau urut kaki .. baik utk kesihatan

Najihah tolong urut kaki abah ..

Urut sepatutnya di lihat sebagai satu perubatan pencegahan. Ia sangat baik mencegah penyakit daripada menjadi lebih teruk. Ia sepatutnya dilakukan secara kerap seperti melegakan penyakit sengal-sengal badan dan lain-lain .

Najihah sedang urut kaki abah - ini bukan penderaan tapi Najihah memang rajin tolong ,kadang tu dia tolong mama lipat baju
Urut kaki adalah sebahagian dari urutan badan atau urutan tradisional yang
meliputi anggota bawah dari sendi peha sehinggalah di bahagian tapak kaki.
Urutan ini dilakukan samada untuk mengilangkan rasa lenguh, terseliuh atau
beberapa sebab yang lain.

Tambah pendapatan melalui urut kaki
Jika anda mempunyai kemahiran mengurut kaki ,ini adalah satu anugerah kpd anda . Dgn kemahiran ini ramai yang telah dapat menambah pendapatan melalui urut kaki (refloxogy ) ini . Jika di lihat di sekitar tempat perlancongan seperti di Bukit Bintang atau di Pulau Langkawi perkhidmatan urut kaki ini memang banyak sekali . Ini lah peluang nya . Ada depan mata .