Followers

Tuesday, March 02, 2010

Nak iklan skit pasal homestay di Langkawi




Hanya RM300 utk 3h2mlm
3 blk tidur dan 2 blk mandi
Ada Astro lagi

http://www.langkawihomestay.com/

Monday, February 15, 2010

Gambar terbaru Muhammad Nabil dan Kakak-kakaknya ..

Selepas 2 malam menginap di hospital bersama mama kerana 'kuning' kini Muhammad Nabil telah pun pulang ke rumah .Apalagi ,disambut oleh kakak-kakaknya Najibah dan Najihah . "kuning" sudah pun berkurangan .


Gambar-gambar di hari ke 6 Muhammad Nabil di lahirkan .

Saturday, February 13, 2010


Muhammad Nabil bin Roslan

Pada 10.10pg bertarikh 09.02.2010 .
Muhammad Nabil telah selamat di lahirkan di Hospital Bukit Tekuh ,Kuah Langkawi.

Pada hari ini iaitu hari ke 5 beliau telah di masukkan di wad utk rawatan 'kuning' bersama
dengan mama sekali .


Koleksi terbaru dan terkini Muhammad Nabil semasa bawa pulang di rumah .

(bersama makcik dan Najihah)

Saturday, January 30, 2010

Cerita Menantu yang Gabra - hanya hiburan ringan

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

(dah lama tak balik kampung..... )

Sunday, January 17, 2010


Cuti Sempena Keputeraan Sultan Kedah - Berkunjung ke Underwaterworld Langkawi

Seluruh negeri Kedah bercuti sempena hari keputeraan Sultan Kedah - Semoga di panjang kan umur dan negeri Kedah bertambah makmur .

Sempena cuti ini Underwaterworld Langkawi telah memberi diskaun kepada seluruh penduduk di negeri Kedah pada harga yang rendah selama 3 hari iaitu dari 15 - 17 januari .
Apa lagi bawa Najibah dan Najihah ke Underwaterworld Langkawi ler .. tiket diskaun RM10 utk dewasa dan RM5 utk kanak - kanak - jadi total semua sekali RM25 utk satu keluarga .



Tuesday, January 05, 2010

Gambar lama dan terbaru Najibah

Gambar Najibah dulu dan sekarang

Semasa umur 4 tahun dan 5 tahun


umur 6 tahun dan 7 tahun



Sekarang bersedia untuk ke sekolah tahun 1
di Sekolah Kebangsaan Ewa , Langkawi
( Kelas 1 Pintar )

Acu bersama rombongan cikgu dan kawan2 di Sri Pentas TV3 dan sekitar KL serta Selangor

Rombongan Acu di musim cuti sekolah penghujung tahun 2009
ke KL dan Selangor


Musim cuti sekolah penghujung tahun 2009 ; Acu melancong lagi ke Bangkok ..eh siapa pula jejaka hensem kat sebelah tu...treng teng teng .. ini lah ayah Acu ..yang berpangkat Tokwan kepada Najibah dan Najihah ..hehehe..



koleksi yang Acu berikan semasa di Bangkok Thailand .


Ini emak Acu semasa bersama di Bangkok Thailand .. berpangkat Tok kepada Najibah dan Najihah ...melancong sakan depa ...

Wednesday, December 30, 2009

Sekolah dah nak buka ...
Besok pada pada 31 dec 2009 ..
Adalah hari pertama persekolahan Najibah di sekolah Rendah Kebangsaan Ewa . Besok adalah untuk memastikan semua pelajar darjah 1 akan memasukki kelas masing - masing . Najibah dah tidur awal malam ni ..persediaan untuk ke sekolah .

Sunday, December 20, 2009

Penginapan di Langkawi homestay ....memperkenalkan website baru ..

Kepada pelancong yang datang ke Langkawi untuk cuba menginap di homestay ..selain daripada hotel ,anda boleh cuba di http://www.langkawihomestay.com/ . Bukan saja kepada pelancong tetapi kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan kenduri saudara di Langkawi dan sebagainya ..

Homestay di Langkawi ini hanya untuk keluarga islam sahaja ...sebuah rumah teres kos sederhana ..


Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi ...
ada Astro

klik pada link ini ..



Monday, December 14, 2009

Dasyat nya malam jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka"
Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......

Tuesday, December 01, 2009


Lima2009 di Langkawi pada 1 disember 2009 - ramai nyerrrr..

Tanggal 1 dec 2009 di Langkawi - Ramai pelancong dan penduduk Langkawi tak sabar nak tengok LIMA2009 ..Align Center


kat pemandangan Bukit Indah
Banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur sempena acara LIMA2009 .Antaranya aktiviti di KUAH iaitu di PEKAN RABU ..masakan dari semua negeri di Malaysia di adakan di situ .


Najihah / Najib



Begitu juga di Awana PORTO Malai tempat pertunjukkan maritim LIMA09 . Masakan dari semua negeri di Malaysia di sediakan ..boleh pilih nak rasa masakan dari negeri negeri di Malaysia .

Pertunjukkan pesawat pejuang di airport di awal pagi dan cuaca yang baik ... apa lagi ramai nya penonton ..tengok sapa yang datang rumah Najibah kalau bukan Abang Najib ...nak tengok LIMA09 .


Najib/Najibah/Najihah

menarik le juga ...nak tunggu 5 dec 2009 .. nak masuk dewan pula ..tahun ni tiket hanya RM10 ringgit saja ..2 tahun dulu RM20 seorang ...
jumpa di sana ..

Friday, November 20, 2009


Hari penerimaan sijil tamat belajar di Tadika Cahaya Intelek Langkawi - Graduations and Concerts 2009 ..

Antara aktiviti yang di jalankan di semasa anugerah tersebut yang di adakan di komplek Dewan Serbaguna Komplek Sukan Langkawi oleh pelajar -pelajar serta tenaga pengajar ..
tarian ranggeela ..
bercerita ..
Dikir barat ...
Dangdut ...
Town mouse and Country mouse ..
dan banyak lagi yang tak ingat ...
Najibah bersama tenaga pengajar (teacher Ida/teacher Su/teacher Rekha/Ummi)

teima sijil bersama mama dan Adik Najihah oleh Dato Mansor

Najibah telah pun tamat belajar di tadika ini .Telah menerima sijil tamat belajar yang di terima bersama mama dan adik - Najihah di atas pentas .Sijil di berikan oleh Dato Mansor ...
Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari tersebut - Khamis ( 19/11/2009 ) .


Najibah juga terlibat dengan beberapa acara yang di adakan seperti ..tarian Ranggeela dan juga cerita mengenai 2 ekor katak ( 2 mice ) ...

Sedang tunggu giliran utk penerimaan sijil / Bercerita mengenai Town Mouse and Country Mouse
Najibah menari tarian Ranggeela / Naik terima sijil bersama mama dan adik

Tarian Ranggeela oleh tenaga pengajar

Itulah hari terakhir Najibah bersama dengan kawan2 ..guru2 dan juga trlibat dengan tadika cahaya intelek ..tahun depan dah darjah satu dah ..