Saturday, January 30, 2010
Cerita Menantu yang Gabra - hanya hiburan ringan
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
(dah lama tak balik kampung..... )
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
(dah lama tak balik kampung..... )
Sunday, January 17, 2010
Cuti Sempena Keputeraan Sultan Kedah - Berkunjung ke Underwaterworld Langkawi
Seluruh negeri Kedah bercuti sempena hari keputeraan Sultan Kedah - Semoga di panjang kan umur dan negeri Kedah bertambah makmur .



Sempena cuti ini Underwaterworld Langkawi telah memberi diskaun kepada seluruh penduduk di negeri Kedah pada harga yang rendah selama 3 hari iaitu dari 15 - 17 januari .
Apa lagi bawa Najibah dan Najihah ke Underwaterworld Langkawi ler .. tiket diskaun RM10 utk dewasa dan RM5 utk kanak - kanak - jadi total semua sekali RM25 utk satu keluarga .
Tuesday, January 05, 2010
Gambar lama dan terbaru Najibah
Gambar Najibah dulu dan sekarang


umur 6 tahun dan 7 tahun


Sekarang bersedia untuk ke sekolah tahun 1
di Sekolah Kebangsaan Ewa , Langkawi
( Kelas 1 Pintar )


Rombongan Acu di musim cuti sekolah penghujung tahun 2009
ke KL dan Selangor


Musim cuti sekolah penghujung tahun 2009 ; Acu melancong lagi ke Bangkok ..eh siapa pula jejaka hensem kat sebelah tu...treng teng teng .. ini lah ayah Acu ..yang berpangkat Tokwan kepada Najibah dan Najihah ..hehehe..
koleksi yang Acu berikan semasa di Bangkok Thailand .


Ini emak Acu semasa bersama di Bangkok Thailand .. berpangkat Tok kepada Najibah dan Najihah ...melancong sakan depa ...
Wednesday, December 30, 2009
Sunday, December 20, 2009
Penginapan di Langkawi homestay ....memperkenalkan website baru ..
Kepada pelancong yang datang ke Langkawi untuk cuba menginap di homestay ..selain daripada hotel ,anda boleh cuba di http://www.langkawihomestay.com/ . Bukan saja kepada pelancong tetapi kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan kenduri saudara di Langkawi dan sebagainya ..
Homestay di Langkawi ini hanya untuk keluarga islam sahaja ...sebuah rumah teres kos sederhana ..
Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi ...
ada Astro
klik pada link ini ..
Monday, December 14, 2009
Dasyat nya malam jumaat
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka"
Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......
Tuesday, December 01, 2009
Lima2009 di Langkawi pada 1 disember 2009 - ramai nyerrrr..
Tanggal 1 dec 2009 di Langkawi - Ramai pelancong dan penduduk Langkawi tak sabar nak tengok LIMA2009 ..

kat pemandangan Bukit Indah
Banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur sempena acara LIMA2009 .Antaranya aktiviti di KUAH iaitu di PEKAN RABU ..masakan dari semua negeri di Malaysia di adakan di situ .
Begitu juga di Awana PORTO Malai tempat pertunjukkan maritim LIMA09 . Masakan dari semua negeri di Malaysia di sediakan ..boleh pilih nak rasa masakan dari negeri negeri di Malaysia .
Pertunjukkan pesawat pejuang di airport di awal pagi dan cuaca yang baik ... apa lagi ramai nya penonton ..tengok sapa yang datang rumah Najibah kalau bukan Abang Najib ...nak tengok LIMA09 .
menarik le juga ...nak tunggu 5 dec 2009 .. nak masuk dewan pula ..tahun ni tiket hanya RM10 ringgit saja ..2 tahun dulu RM20 seorang ...
jumpa di sana ..
Friday, November 20, 2009
Hari penerimaan sijil tamat belajar di Tadika Cahaya Intelek Langkawi - Graduations and Concerts 2009 ..
Antara aktiviti yang di jalankan di semasa anugerah tersebut yang di adakan di komplek Dewan Serbaguna Komplek Sukan Langkawi oleh pelajar -pelajar serta tenaga pengajar ..
tarian ranggeela ..
bercerita ..
Dikir barat ...
Dangdut ...
Town mouse and Country mouse ..
dan banyak lagi yang tak ingat ...
Najibah bersama tenaga pengajar (teacher Ida/teacher Su/teacher Rekha/Ummi)
Najibah telah pun tamat belajar di tadika ini .Telah menerima sijil tamat belajar yang di terima bersama mama dan adik - Najihah di atas pentas .Sijil di berikan oleh Dato Mansor ...
Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari tersebut - Khamis ( 19/11/2009 ) .
Najibah juga terlibat dengan beberapa acara yang di adakan seperti ..tarian Ranggeela dan juga cerita mengenai 2 ekor katak ( 2 mice ) ...
Sedang tunggu giliran utk penerimaan sijil / Bercerita mengenai Town Mouse and Country Mouse
Najibah menari tarian Ranggeela / Naik terima sijil bersama mama dan adik
Tarian Ranggeela oleh tenaga pengajar
Itulah hari terakhir Najibah bersama dengan kawan2 ..guru2 dan juga trlibat dengan tadika cahaya intelek ..tahun depan dah darjah satu dah ..
Tuesday, November 17, 2009
Kepada sesiapa yg menghadapi masalah Kencing Manis ..Penyakit Kulit..Kanser..dan sebagainya ..
Individu yang mengidap type 2 diabetes mellitus menghadapi masalah mengawal paras gula dalam darah mereka sebab sel badan tidak menyerap gula dari saluran darah sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya paras gula tinggi dalam darah, air kencing, dan paras insulin tinggi dalam darah.
Jika tidak dirawat dengan baik, type 2 diabetes boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, peredaran darah, kebas kaki, infeksi bahaya dan disfungsi erektil. Keadaan penyakit ini juga akan membawa kepada sakit jantung, yang meragut nyawa 80% pesakit diabetes. Berita baiknya pula ialah dengan perubahan cara pemakan boleh membantu mengawal paras gula darah dan menghalang kerosakan disebabkan oleh type 2 diabetes.
Sunday, October 25, 2009
Birthday Najibah - 6 tahun sambut kat Tadika Cahaya Intelek dan di Kampung Selat Lubuk Chempedak ....
Lepas ambil Najibah di di Tadika - terus balik kampung di selat - Kawasan Pulau Tuba - kat Langkawi juga .Selepas sambut hari lahir kat Tadika ,Najibah sekali lagi potong kek kat rumah tokwan pula ..lepas tu besok pagi ada gotong royong ramai -ramai dengan orang kampung mengangkat rumah Pak Ngah Najibah untuk ubah sedikit ke hadapan .Tujuan ubah rumah ini adalah untuk memudahkan menyiapkan rumah baru pakngah yang bersebelahan rumah lama tersebut .
Buat kat Tadika dan Kat Kampung Selat Lubuk Chempedak
Dalam bot penumpang pulang ke kampung
Najibah,Intan,Adib,Fakrul Razi,Syikin dan Najihah
Ramai-ramai angkat rumah ...berat oooo...sakit badan ..tapi ramai-ramai dengan orang kampung memang best ..sekali sekala baru ada ...ambil masa juga nak jalan
Video gotong royong usung rumah Pak Ngah
Gambar persediaan sebelum usung rumah
Sunday, October 18, 2009
Sempena cuti Deepavali ...bawa Najibah dan Najihah berkelah ...
Sempena cuti Deepavali ni ...Najibah kata ,"Abah kita pi mandi laut ?" .
Apa lagi ..dah lama tak mandi laut ..duduk pun kat pulau ,tapi jarang-jarang mandi laut ..jadi kita pergi berkelah di Pantai Pasir Tengkorak ...best mandi makan kat tepi pantai .Tengok apa yang mama masak untuk makan kat pantai ni ..gulai ketam + kacang panjang goreng + ayam goreng ..sedap .




Ramai juga orang datang berkelah kat sini ..janji Najibah dan Najihah serta Abah sekali mandi ..eh..ada orang yang ikut sekali tak mandi pun ...sapa tu ..o.. mama ..tak mandi pun ..kata takut air ..sejuk..sebab tu mama tak mandi ..mandi sampai basah....
Sebenarnya mama ..tolong jaga makanan kat situ ..dan jaga baby kat dalam perut tu ...ok..tengok video Najihah tenggelam dan terminum air laut pulak kat bawah ni ...main pasir lagi
nanti cuti lagi ...najihah kata nak mandi lagi kat situ
Subscribe to:
Posts (Atom)