Followers

Friday, November 20, 2009


Hari penerimaan sijil tamat belajar di Tadika Cahaya Intelek Langkawi - Graduations and Concerts 2009 ..

Antara aktiviti yang di jalankan di semasa anugerah tersebut yang di adakan di komplek Dewan Serbaguna Komplek Sukan Langkawi oleh pelajar -pelajar serta tenaga pengajar ..
tarian ranggeela ..
bercerita ..
Dikir barat ...
Dangdut ...
Town mouse and Country mouse ..
dan banyak lagi yang tak ingat ...
Najibah bersama tenaga pengajar (teacher Ida/teacher Su/teacher Rekha/Ummi)

teima sijil bersama mama dan Adik Najihah oleh Dato Mansor

Najibah telah pun tamat belajar di tadika ini .Telah menerima sijil tamat belajar yang di terima bersama mama dan adik - Najihah di atas pentas .Sijil di berikan oleh Dato Mansor ...
Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari tersebut - Khamis ( 19/11/2009 ) .


Najibah juga terlibat dengan beberapa acara yang di adakan seperti ..tarian Ranggeela dan juga cerita mengenai 2 ekor katak ( 2 mice ) ...

Sedang tunggu giliran utk penerimaan sijil / Bercerita mengenai Town Mouse and Country Mouse
Najibah menari tarian Ranggeela / Naik terima sijil bersama mama dan adik

Tarian Ranggeela oleh tenaga pengajar

Itulah hari terakhir Najibah bersama dengan kawan2 ..guru2 dan juga trlibat dengan tadika cahaya intelek ..tahun depan dah darjah satu dah ..



Tuesday, November 17, 2009

Kepada sesiapa yg menghadapi masalah Kencing Manis ..Penyakit Kulit..Kanser..dan sebagainya ..

Individu yang mengidap type 2 diabetes mellitus menghadapi masalah mengawal paras gula dalam darah mereka sebab sel badan tidak menyerap gula dari saluran darah sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya paras gula tinggi dalam darah, air kencing, dan paras insulin tinggi dalam darah.

Jika tidak dirawat dengan baik, type 2 diabetes boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, peredaran darah, kebas kaki, infeksi bahaya dan disfungsi erektil. Keadaan penyakit ini juga akan membawa kepada sakit jantung, yang meragut nyawa 80% pesakit diabetes. Berita baiknya pula ialah dengan perubahan cara pemakan boleh membantu mengawal paras gula darah dan menghalang kerosakan disebabkan oleh type 2 diabetes.

Sunday, October 25, 2009


Birthday Najibah - 6 tahun sambut kat Tadika Cahaya Intelek dan di Kampung Selat Lubuk Chempedak ....

Lepas ambil Najibah di di Tadika - terus balik kampung di selat - Kawasan Pulau Tuba - kat Langkawi juga .Selepas sambut hari lahir kat Tadika ,Najibah sekali lagi potong kek kat rumah tokwan pula ..lepas tu besok pagi ada gotong royong ramai -ramai dengan orang kampung mengangkat rumah Pak Ngah Najibah untuk ubah sedikit ke hadapan .Tujuan ubah rumah ini adalah untuk memudahkan menyiapkan rumah baru pakngah yang bersebelahan rumah lama tersebut .




Buat kat Tadika dan Kat Kampung Selat Lubuk Chempedak


Dalam bot penumpang pulang ke kampung


Najibah,Intan,Adib,Fakrul Razi,Syikin dan Najihah

Ramai-ramai angkat rumah ...berat oooo...sakit badan ..tapi ramai-ramai dengan orang kampung memang best ..sekali sekala baru ada ...ambil masa juga nak jalan


Video gotong royong usung rumah Pak Ngah
Gambar persediaan sebelum usung rumah

Sunday, October 18, 2009

Sempena cuti Deepavali ...bawa Najibah dan Najihah berkelah ...

Sempena cuti Deepavali ni ...Najibah kata ,"Abah kita pi mandi laut ?" .


Apa lagi ..dah lama tak mandi laut ..duduk pun kat pulau ,tapi jarang-jarang mandi laut ..jadi kita pergi berkelah di Pantai Pasir Tengkorak ...best mandi makan kat tepi pantai .Tengok apa yang mama masak untuk makan kat pantai ni ..gulai ketam + kacang panjang goreng + ayam goreng ..sedap .




Ramai juga orang datang berkelah kat sini ..janji Najibah dan Najihah serta Abah sekali mandi ..eh..ada orang yang ikut sekali tak mandi pun ...sapa tu ..o.. mama ..tak mandi pun ..kata takut air ..sejuk..sebab tu mama tak mandi ..mandi sampai basah....

Sebenarnya mama ..tolong jaga makanan kat situ ..dan jaga baby kat dalam perut tu ...ok..tengok video Najihah tenggelam dan terminum air laut pulak kat bawah ni ...main pasir lagi

nanti cuti lagi ...najihah kata nak mandi lagi kat situ


Sunday, October 11, 2009

Sekali-sekala senaman muka juga ....

Cucu yang pintar..
Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.....

Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.

Atuk: Tak sama apanyerr?

Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?

TELEFON..
Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

“Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.
Ntah camna,akhirnya aku balas juga “Ok gak ler”

Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??”

Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”

Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??”

Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Thursday, October 01, 2009

Selamat Hari Raya - Suasana Hari Raya 2009

Koleksi di musim perayaan ....


Nur Aisyah


PakNgah dan MakNgah / Pakcik dan Makcik - Najibah



Nuha Addina dgn Maklong






Raya di ALur Ganu dan juga Selat Lubuk Chempedak



Friday, September 18, 2009

Hari Raya Aidil Fitri dah tiba ...


HAri Ahad ni kemungkinan semua orang akan beraya bersama .

Hari ini kat rumah - belum balik kampung lagi - besok baru nak balik .Hari ni Najibah dan mama sedang buat kuih dan di bantu oleh Najihah yang sering ditegur oleh mama ..


Sambil - sambil tu dengar lagu raya la pulak .Lagu Sudirman(dari jauh kupohon maaf) .

Semua baju sudah siap di masukkan dalam beg . 2 beg . Pagi raya sembahyang raya di Selat Lubuk Chempedak dan beraya bersama keluarga di Lubuk Chempedak ,lepas tu tengahari naik bot ke jeti Kuah ..beli tiket feri ..naik feri ke Kuala Kedah ...sewa kereta di Kuala Kedah (dah booking)...dan balik raya pulak ke Alur Ganu , Kepala Batas .

Raya kat sini pula ...itu perjalanan raya tiap -tiap tahun kami ...macam tuu..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, September 05, 2009

Satu email nasihat yang diterima dari Idris (nawab- aloq setaq)




Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda


Kurangkan makan bawang besar Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering Kurangkan menonton hiburan


Kurangkan membaca majalah hiburan


Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak


Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)


Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2


Jangan makan kepala ikan


Jangan minum air yang ada semut


Jangan tidur selepas subuh


Jangan tidur selepas asar


Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang


Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam


Jangan menyapu rumah pada waktu malam


Jangan makan yang masam-masam berlebihan


Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan


Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam




Perkara-perkara yang perlu diamalkan


Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2


Selalu makan makanan yang panas2


Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2


Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2


Selalu mengamalkan pandangan hijau


Selalu bersenam


Selalu menggunakan imajenasi otak


Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya


Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit Jangan ego


Jangan dengki pada orang lain


Jangan makan dari sumber yang tidak halal


Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna


Jangan makan makanan yang ada pengawet


Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali


Jangan mandi selepas 9.00malam


......dan yang paling penting dibawah ini.....


.... selamat beramal.....




Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) -






Sunday, August 23, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Selamat berpuasa
Najibah pun dah mula berpuasa ..masuk hari ni dah 3 hari dah .
ok jer ... tahun lepas pun puasa penuh .
Puasa dari Sudut Kesihatan
sebenarnya bagi orang-orang yang tahu nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak.Diantara kebaikan-kebaikan puasa utnutk kesihatan ialah:
1. Puasa memberi Kesegar kepada fisikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
8. Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox an darah akan kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata

Thursday, August 13, 2009

Gundul Vs Boss
Gundul : Boss,saya nak minta MC lagi hari ini, bolehlah, Boooossss...
Boss : Salam pun tak beri, terus nak minta MC, MC dan MC lagi.Berapa hari dalam seminggu kamu nak MC ni..datang pejabat sekarang, banyak kerja awak tak siap, Gundul! Semalam kata sakit, tapi ada orang lapor pada saya yang awak MC sebab nak kahwin bini yang entah nombor berapa lagi!!!
Gundul : Kali ini, saya tak tipu,terpaksa ambik emergency leave nih.....Gambarnya pun saya dah email pada boss..tolonglah boss,betul boss,saya tak tipu ........ sungguh..... .. Tengoklah email sekarang, bosss..."
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Tuesday, July 28, 2009

Takziah buat Keluarga JASMIN AHMAD

Lepas ni harap ada lagi iklan raya yang menyentuh jiwa ..? Bagi saya ini adalah iklan raya yang menarik .



Banyak lagi iklan iklan pendek dari mereka ini mendapat tempat di hati semua penduduk Malaysia .
Salam takziah buat keluarga Jasmin .. semoga roh nya di cucuri rahmat ilahi .

Sunday, July 19, 2009

Sukaneka Tadika Cahaya Intelek Langkawi

Tadika Cahaya Intelek Langkawi telah mengadakan sukaneka di Dataran Lang berdekatan dengan jeti Kuah . Acara sukaneka ini telah disertai oleh ibubapa dan juga anak -anak tadika ini .Banyak acara menarik boleh di sertai .

Najibah masuk banyak juga acara ..seperti ;
1. Senamrobik - Klik kat sini nak tengok video
2. Isi air dalam botol
3. Lari dalam Guni
4. Bawa bola pingpong - Klik kar sini tengok video

dan acara mama dan abah ;
1. tiup belon sampai pecah - klik kat sini tengok video
2. Pungut kacang dengan mulut
3. Pakain beragam surat Khabar
4. Kerusi muzik
5. Makan epal
6. Origami

Acara ni di lakukan dari 9.00 pagi sampai tengahari jam 12.00 .Semua letih .Nak balik .Najibah pun letih .
Yang pi tengok Najibah tu termasuk lah Tokwan dan juga Tok dari Alor ganu serta Abdul Rahim .

Monday, July 13, 2009

Najihah beri Arnab KangKong

Satu hari bawa Najihah dan juga Najibah pegi kat CableCar Langkawi ..bukan nak naik cable car ..sebelum ni semua dah naik dah .Jadi kami pergi kat bawah cable car .Kat situ ada juga tempat arnab dan juga rusa .

Masuk percuma ..boleh beri makanan pada haiwan ini .Tapi makanan kena beli kat dalam tu .Ada makanan untuk rusa dan ada juga kangkong untuk arnab .Makanan ni satu seringgit ..Jadi sebab cuti hari tu ajak le najibah dan najihah main kat situ .


Lepas bagi makan arnab ..rusa pula .Najibah dan NAjihah takut juga ..tapi ajak datang sini .Suruh beri makan rusa pun takut .Tapi takpe ..janji diorang seronok kat sini .Bukan najihah dan najibah sama ..mama sekali le ..eh eh ..abah sekali hehe..

Najihah dan Najibah kata ..nanti kita mai pulak abah naaa...

Sewa kereta di Langkawi RM50 dan juga homestay di Langkawi - klik kat sini !

Sunday, July 05, 2009






Hari Keluarga Lafarge di Langkapuri Inn Pantai Cenang
Hari keluarga telah di adakan di Langkawi Inn pantai Cenang Langkawi .
Pada 4 julai .
Abah tak dapat pergi kerana terpaksa bekerja pada hari tersebut .
Jadi abah telah booking bilik di Langkapuri Inn utk 2 malam .
Checkin 3julai dan checkout 5 julai .
Jadi Najibah ,Najihah dan mama dapat juga menghadiri hari keluarga ini dan dapat juga menyertai acara- acara yang di adakan di situ .Pasukan yang di wakili adalah warna hijau.


Mewarna
Acara yang di sertai oleh Najibah dan Mama ;
Mama - isi air dalam botol - dapat hadiah tempat pertama - teko
Najibah - mewarna - dapat pensil warna sahaja
Najibah - Membina istana pasir - dapat tempat ke 2 - hadiah set pinggan milamin.
Najihah - tengok saja - takde acara utk dia - kesian

Pendaftaran - Acara Istana Pasir

acara - Istana Pasir



Friday, May 22, 2009

Sahabat lama datang Langkawi - Imalistyahusnanjaya ( Jaya )


Jaya ada datang Langkawi untuk kursus yang di anjurkan oleh JPA .



Beliau dulu adalah rakan sekuliah akau kat Politeknik Kota Bharu , Kok Lanas , Kelantan .
Kami sama -sama ambil kursus DAD selama 3 tahun kat sana .


Jaya anak kelantan . Sekarang beliau telah pun berjaya di bidang nya sendiri ..sebagai ketua bahagia Mekanikal kat CIAST - Shah Alam .
Dah lama tak jumpa . Nasib baik dia call .Hari ni masing-masing dgn haluan sendiri . Tapi kawan tetap kawan . Masa dia nak balik hari kami pergi makan kat Pantai Cenang .Pekena Laksa .Flight di jam 5.40 ptg MAS .
Lama juga sembang .. ada sorang lagi kawan yang dia bawa Hazid . Dari ILP kat Pahang .Best juga Laksa kat Pantai Cenang tu .Siap ambil gambar kenangan skit .

Saturday, May 02, 2009

Dulu lain ..sekarang dah berubah dah..

Dulu Najihah susah sungguh nak makan ubat . Tapi sekarang dah ok dah ..cuma perlu ayat power baru boleh ..yang penting kakaknya perlu makan ubat baru dia ikut .Dah tahu dah cara mana nak suruh Najihah makan ubat .
Jadi sekarang ni perlu lah bagi ayat 'power' dan kakaknya Najibah perlu juga ada di sisi .

Saturday, April 11, 2009

Najihah di suap ubat – kena paksa .

Tengok macam – mana nak beri Najihah makan ubat . Kakaknya, Najibah terpaksa tolong mama untuk memudahkan Najihah makan ubat .Selalunya Najihah akan tutup mulut dengan giginya supaya ubat tersebut tidak dapat masuk ke dalam mulut . Tapi lepas paksa dia akan buka mulut pastu ,di luahkan pula ubat tersebut .

Lepas tu dah ok . Kena makan juga ,doctor kata kalau tak makan kena cucuk .
Harap-harap Najihah cepat sembuh .

Wednesday, April 01, 2009

Masalah Celcom broadband ...
Sekarang dah lama tak update pasal
masalah dengan celcom broadband .Bila nak online saja masalah tak dapat nak emailkan dan nak reply email .Dah banyak sangat email yang tak boleh di reply .Dah ambil masa hampir sebulan tak boleh diatasi masalah ni ..jadi sekarang STOP kan dulu Celcom Broadband dan mula kan pula pendaftaran dengan Streamyx .
Buat masa sekarang ni ok juga streamyx ni .Cuma dengan celcom tak boleh nak guna masa balik kampung nanti .

Saturday, February 28, 2009

Tindakan Najihah pada Kakaknya,Najibah



Hari ini Najihah cuba cari huruf P yang telah di sembunyi kan oleh kakaknya Najibah .Dia cuba untuk mendapatkan apa yang di sembunyikan oleh kakaknya .Yang penting tak jumpa pun takpe .


Janji dia ada minat ..
Asyik dengar muzik jer....apehal ni ..

Thursday, February 26, 2009

Ebook daripada anak Malaysia - Panduan SEO Google
Memberitahu cara untuk sesiapa sahaja yang mempunyai blog atau website mendapatkan ranking di yahoo atau google search .Bagaimana cara untuk meningkatkan pengunjung ke laman web atau blog kita - nak bagi ramai orang tengok .


.......Peneraju kepada topik/niche/bidang yang anda bincangkan.
Peluang untuk dikenali di internet (personal atau perniagaan)
Peluang untuk buat duit di internet dengan banyak. Traffic = $$$$$
Peluang untuk mendapat targeted trafik yang tinggi dan berkualiti.
PANDUAN SEO
Sebelum saya mengunakan model seo ini, saya juga seperti anda iaitu tercari-cari bagaimana cara yang paling mudah dan tidak begitu teknikal untuk membawa website/blog ke kedudukan yang baik di google.com. Antara lain masalah yang anda hadapi adalah:

1. Website/blog yang tidak dijumpai di Search Engine Result Page
2. Website/blog yang tidak pernah di index di Google.com
3. Website/blog yang tidak pernah dikunjungi oleh trafik dari search engine
4. Tidak tahu bagaimana membuat "link building"
5. Tidak tahu struktur website/blog yang mesra search engine
6. Tidak tahu bagaimana mengatur kedudukan website/blog di search engine


Bagaimana sekarang?
Anda masih tercari-cari formula yang berkesan untuk mendapat trafik dari search engine? Tiada lagi masalah untuk anda....

Antara yang terdapat dalam website beliau .

Dapatkan Panduan SEO di sini