Followers

Friday, April 11, 2008

Sambut Birthday Najihah yang Pertama
Pada 07/04/2008 .

Sambut birthday Najihah di rumah .Dah cukup setahun dah .Najihah dan boleh jalan .Ada 4 batang gigi .Kawan2 Najibah (kakak Najihah) yang bersebelahan rumah datang untuk menyambut sekali .Najihah selamba jer .Tak kisah pun .Yang lebih2 tu kakak - Najibah .



Lepas tu bawa pergi mandi kat pantai Kilang simen .Wow ...lokasi ni memang sesetengah orang tak tau .Tempat ni dijaga oleh Kilang simen dan mengupah pekerja untuk membersih kan kawasan di pantai ini .Ada juga kemudahan untuk pengunjung untuk berkelah .Tempat nye teduh ,sesuai sekali apabila air pasang .Najihah tak mandi pun ,Najibah saja yang mandi .Abah turut sama mandi .....




http://www.panduanmelanconglangkawi.com/

http://www.langkawipages.com/


Saturday, March 29, 2008

Info dari pencinta Alam Sekitar
Ais mencair dgn terlampu laju .Iklim yg berubah terlalu mendadak di bumi ini .Ais laut artik pantulkan kira-kira 80% haba matahari,mensabilkan suhu sejuk lautan .
Mengikut maklumat satelit terkini yang di petik dari sebuah artikel pada Disember 2007,saintis iklim ,Dr.H.J.Zwally ,dari (NASA) Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional jangkaan hampir SEMUA AIS AKAN HILANG dari Laut Artik sebelum AKHIR MUSIM PANAS 2012 .
Kerana jika semua ais mencair ,jika semua kutub ais mencair ,kemudian jika laut memanas,gas akan di bebaskan dari laut ,dan kita semua akan di racuni gas dari lautan.Betul-betul banyak gas,cukup untuk bunuh semua orang .
Tanda-tanda amaran ;
1. Sebuah laporan Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) tentang bencana alam 2007 menyatakan 9/10 yang terburuk adalah disebabkan oleh gangguan iklim .
2. Kerajaan menhijrahkan 20000 penduduk pulau pada tahun 2000 dari kawasan terendah Duke ,Pulau Yoke,satu drp pulau-pulau Papua New Guinea.
3. Atas sebab keterlaluan penangkapan ikan dan kehilangan berpuluh jutaan ikan sardin yang penting ,persisiran pantai Barat Daya Afrika dipenuhi gas toksik yang dibebaskan dari dasar laut ,membunuh kehidupan marin di satu kawasan sebesar negari USA,New Jersey dan memburukkan lagi kesan rumah hijau .
4. Ahli oseanografi Australia Dr.Steve Rintoul jangkakan yang kadar cair ais yang laju bermaksud 100 juta orang yang tinggal dalam lingkungan 1 meter atas aras laut "harus pindah ke suatu tempat " untuk menjauhi peningkatan aras laut .
butiran terpirinci ... http://www.suprememastertv.com/

Monday, March 03, 2008

Demam Pilihanraya di Selat Lubuk Chempedak
Balik Selat pada hujung minggu ..terkejut juga ,kat jeti Selat terdapat juga bendera parti-parti politik .Dulu ...pada mengundi yang sebelumnya hanya ada bendera parti Barisan Nasional sahaja ,tapi sekarang ni ada pula bendera parti Keadilan .

Ini merupakan tanda-tanda hari mengundi tak sabar di nanti oleh penduduk pulau Tuba ini .Pulau Tuba ni dalam kawasan DUN kuah dan Parlimen Langkawi .Yang saya tahu Calon Barisan nasional DUN kuah adalah NAwawi dan calon Pas pula tak pasti .Manakala calon Parlimen BarisanNasional ialah Datuk Abu Bakar dan yang nak cabar dari parti Keadilan ..iaitu dengar-dengar cakap Pakwan .Datuk Abu Bakar ni dah 3 kali dah menang kerusi Parlimen .

Sambil dok tunggu bot penumpang mai ...sempat juga ambik gambar bendera dan juga jambatan yang belum siap lagi tu .

Friday, February 15, 2008

Makan Mee Goreng dan ABC kat Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Sekali sekala teringin nak rasa ABC kat restoran di Pantai Tanjung Rhu .Najibah ajak makan mee sama kat situ . Order 'ayiaq Nyoq' sekali..sebiji siap dgn isi kat dalam tu .Lepas makan petang tu ramai juga orang kat pantai Tanjung Rhu ...Najibah ajak bergambar sekali .Apa lagi kamera yang sentiasa di simpan dalam keta kita ambil .Dan bergambar kat situ .Di Lokasi ini juga ada juga perkhidmatan bot utk pelancong yang ingin memancing serta ingin melihat keindahan Kilim Langkawi Geopark / Geoforest (Langkawi Mangrove tour / Dangli Island tour or Fishing ).Perkhidmatan ini di lakukan oleh En.Romli Che Ros ,anda boleh menghubunginya sendiri untuk membincangkan harga untuk perkhidmatan beliau,apa yang saya tahu utk mangrove tour island RM180/sebuah bot .Maksimum sebuah bot adalah 8 orang ....murah..murah tu ...019-4171340



Atau anda boleh melihat iklan beliau di htttp://www.langkawipages.com



ATAUinfo pasal Langkawi di


Sunday, January 27, 2008

Perkidmatan Cuci Muka
Najihah sedang mencuci muka kakak (Najibah) .Dengan hanya menggunakan tuala yang telah dibasahkan sedikit. Muka kakak sebenarnya telah kotor kerana dipenuhi bedak yang tumpah .Aktiviti ini sentiasa dan kadangkala berlaku di setiap rumah yang mempunyai anak lebih daripada seorang .Jadi senang la emak dan ayah nak masak atau nak tengok tv hehehe...

Saturday, January 26, 2008

Balik kampung Selat Lubuk Chempedak ,Langkawi

Balik kampung di Selat Lubuk Chempedak ,Pulau Tuba .Siap bergambar di Jeti Selat Bagan Asam yang berlatar belakangkan Bukit Batu Reban (kawasan Pulau Dayang Bunting ) .Ramai pnenduduk di kawasan Bagan Asam ini bekerja sebagai nelayan.

Dulu masa kecil-kecil saya pernah pergi berkelah di pantai Bukit Batu Reban tersebut dengan keluarga .Sekarang bawa anak dan isteri tengok pantai cukup ler .Tempat ni masih lagi ok ,pantainya yang bersih .

Gambar kat atas ni adalah pembinaan jambatan di antara Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting .Nanti bila siap kedua penduduk boleh menggunakan motosikal utk berhubung .Sekarang ni masih guna bot (jalan laut).


Saturday, December 08, 2007

Hari ke 2 di LIMA 2007 Langkawi

Hari ni adalah hari yang ke 2 pergi tengok LIMA 2007 .Fokus utama nak pi tengok pameran maritim di Awana Porto Malai .Nak tengok kapal selam India ,dan juga beberapa lagi pameran yang di tunjukkan .Sampaidi jalan pantai Cenang da berlaku kesesakkan jalan raya .Bermula dari AB Motel samapai ke simpang berdekatan Aseania Hotel ambil masa 30 minit (lama tu ..kalau waktu biasa 3 minit jer ) . Bila sampai disimpang hendak ke Awana Porto Malai ,polis trafik bagitau tak payah pergi tengok ...pasai apa pulak dahhh... dia kata jalan nak pi ke sana dah penuhhh...sesak ...dia suruh balik ...balik ler .. dah tak boleh tengok ..
Apa lagi patah balik pergi ke Dewan Mahsuri semula tengok pameran kapal terbang .Masuk pulak bayar RM40.00 utk sekeluarga . Masa masuk tu jam 2.00 ptg .Beratur panjang nak bergambar dengan Angkasawan Negara (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) .Pehhh..beratur selama 30 minit pasal nak ambil gambar saja . Masa dok beratur tu ...kat luar sana Red Arrows sedang buat persembahan ..(tapi takpa ..semalam dah tengok) ..wow panjangnyer buat barisan .Ingat sessi bergambar dgn Dr. Sheikh Muszaphar ni ler yang paling ramai pengunjung .Tak rugi ler bergambar dgn beliau .

Friday, December 07, 2007

LIMA 2007
( Langkawi International Maritime And Aerospace )


Pada tarikh tarikh 7 Dec 2007 adalah hari pertama pembukaan pameran LIMA 2007 untuk orang awam .Semua penduduk langkawi atau pelancong yang ingin melihat dgn lebih dekat di dalam dewan Mahsuri perlu membayar RM20.00/seorang .Tak rugi kalau masuk tengok .Dalam dewan luas .Lepas masuk dewan keluar pulak tengok pertunjukkan udara oleh Red Arrow dari Britain ,TUDM, Sukhoi 30 MKM dan helikopter .Bukan setakat Najibah sajer yang tengok ...Najihah pun ikut sekali ....Sebelum tu ..masa dalam dewan Mahsuri orang begitu ramai nak ambil gambar bersama dgn angkasawan negara ..Syed Muzaffar ,ramainyerr beratur .Masa tu ler Red Arrow buat pertunjukkan .Pi tengok Red Arrow dulu ler .Ada juga gambar Syed Muzaffar.




Besok pulak nak pi kat Awana Porto Malai tengok pameran maritim pula ,yang ni free ..tiada bayaran .Besok mesti pergi .Bukan senang nak tengok pameran 2 tahun sekali ni .
Ada lagi rakaman LIMA 2007 ..sila link

Sunday, November 18, 2007

Keluarga Maklong/Paklong Najibah Datang Langkawi

Cuti sekolah telah pun bermula .Keluarga Maklong/paklong Najibah telah pun datang ke Langkawi .Tidur kat rumah Najibah . Antara yg turut datang sekali Farah , Najib , Farhan dan juga kakak Nurul Amalina .
Datang pada hari Jumaat tengahari .Pada Waktu petang semuanya pergi mandi kat Pantai Pasir Tengkorak di jalan Datai .Mandi puas-puas sampai air surut . Ramai juga ada orang yang mandi kat situ .Mandi kalau tak bawa pelampong rugi jadi , siap sewa pelampung kat situ .Habis mandi terus balik rumah .
Besok pula (sabtu) pegi naik Cable Car .Maklong dan Najib kata lain kali tak mau nak naik dah ...takut ..gayat ...Cuaca kat sana ok .Ramai orang dah sampai dan ada kat situ .Lebih kurang 2 jam ada kat atas tu ,siap bergambar dan sebagainya . Turun saja ,tengok ramai orang beratur panjang nak naik Cable Car .Nasib baik datang awal ,kalau tidak kena beratur panjang .

Lepas turun tu pegi beri makan arnab dan juga rusa yang ada berdekatan dgn Cable Car. Gajah pun ada Kalau nak naik 5 minit RM40.00 (2dewasa 1kanak-kanak) .
Lepas tu Maklong/Paklong Najibah ajak makan kat Restoran Nasi Ayam Pakya kat Kuah dan berangkat pulang ke Alor Setar jam 2.30ptg .

Lagi gambar kat Cable Car ...klik di sini..



Monday, November 12, 2007

Antara Cara Ajar Anak Berbudi Bahasa

1.
Walau apa keadaan sekalipun ..cakap elok-elok dgn anak-anak supaya nanti tingkah laku kita ini akan di lakukannya kepada orang lain .
2.Sering kali praktikkan perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ apabila ingin meminta bantuan dan juga selepas menerima sesuatu .

3.Latihkan supay minta kebenaran apabila ingin mengambil sesuatu .

4.Berikan pujian jika anak kita apabila beliau dapat melakukan sesuatu yang betul dan berjaya ,elakkan drp mengkritik .
5.Beri juga kata pujian jika anak kita sedia berkongsi mainan dgn kawan yg lain .
6.Berikan komen - komen kearah positif .
7.Menghulurkan salam atau berjabat tangan apabila bertemu dgn orang yg legih tua .

Sunday, November 04, 2007

Tip-tip Ceriakan Hidup Anak

1.Tetapkan waktu bermain setiap hari .
2.Beri hadiah istimewa .
3.Ajak rakan sebaya datang ke rumah.
4.Bawa pergi jalan-jalan tempat yang disukainya.
5.Sesekali memilih barang yang baru yang di sukainya .

*Info * : Memberi pujian kepada anak-anak membuatkan di berasa yakin kepada dirinya,dan keyakinan itu membuatkan dia berani utk mencuba sesuatu yang baru semasa dalam proses pembelajaran di dalam kelas dan sebagainya .*


Monday, October 22, 2007

Hari Raya Aidil Fitri

Selamat hari raya maaf zahir batin .Kini Najibah bertemu dengan semua keluarga yang pulang ke Kampung samada Kg Selat Lubuk Chempedak dan juga Kg Alur Ganu .Di Kampung Alur Ganu ,Najibah berjumpa dengan Umairah ,Umi ,Kak Cik ,Kak Nurul, BangCik(Abdul Rahim),dan ramai lagi .

TAMBAH PENDAPATAN DGN MENULIS EBOOK ,NAK TAHU RAHSIANYA . . . CLICK KAT SINI !!

Sunday, September 30, 2007

10 ayat utk menilai diri – kepada anak-anak

5 ayat yg baik utk di ucapkan kepada anak

1.”Buatlah pilihan sekarang” – menyuruh anak melakukan sesuatu .
2.”Mama sayang kakak ,tapi cara kakak buat ni tak betul ,cuba buat macam ni “
3.”Boleh tak kakak tolong mama selesaikan masalah ni?”
4.”Kakak nak cakap apa ni …cakap la nanti boleh mama Bantu”
5.”Kakak kena paham ..tak semua orang paham”

5 ayat tidak boleh kita ucap pada anak

1.”Cuba jangan menangis ,kakak dah besar”
2.”Kenapa kamu ni lembab sangat”
3.”Cuba tengok adik tak buat sepah pun bila makan”
4.”Jangan lari nanti jatuh!”
5.”Kamu mesti belajar pandai-pandai,kita orang susah”

Sunday, September 23, 2007

Jambatan Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba


Pembinaan jambatan di antara Pulau Dayang Bunting ke Pulau Tuba telah pun bermula .Pada gambar di bawah terdapat tiang-tiang yang telah di tanam di antara kedua pulau ini .Tiang-tiang untuk jambatan ini boleh dikatakan telahpun siap di pacak ke dalam laut .

Dengan kemudahan jambatan ini nanti maka mudahlah pelajar sekolah menengah Langkawi ,pulau Tuba untuk datang belajar .Begitu juga dengan penduduk setempat jika ingin mengunjungi rumah saudara-mara serta kenduri dan sebagainya .








Monday, September 17, 2007

Perkembangan Bayi Kita

Bayi adalah seorang individu yang unik dan mempunyai keperibadian tersendiri yg akan berkembang dalam bulan berikutnya .Menyaksikan perwatakannya setiap hari bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu kita menyedari keperluannya dan membolehkan kita menyuburkan peribadi positif dalam diri .

Perwatakan ;
1.Anak yang tenang yang tidak meragam mungkin kelihatan mudah dijaga ,namun perhatian dan ransangan masih di perlukan .
2.Anak kita yang pemalu dan berat mulut memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi orang baru .
3.Anak yang terganggu dan mendesak memerlukan ibubapa yang tenang dan konsisten serta penuh kesabaran untuk menguruskannya .



Saturday, September 15, 2007

Sekolah dah mula/ Hujan di Langkawi
Hari ni Najibah akan pergi ke sekolah setelah 4 hari bercuti menyambut bulan Ramadan .Bulan puasa ni Najibah akan cuba berpuasa walaupun hanya separuh hari .
Nampaknya beliau berminat untuk puasa apabila di tanya .Tapi bila bangun tidur dah mula minta susu ...kata nak puasa . Takpe Najibah akan cuba berpuasa .









Dari permulaan bulan puasa ..cuaca di Langkawi ini mendung dan selalu hujan .Keadaan di Langkawi sekarang hujan bersama angin .Kadang-kadang angin juga kuat .Berhati -hati kepada sesiapa yang ingin datang melancong ke Langkawi pada waktu ini .


Friday, August 31, 2007



Sahabat Lama Datang Melancong Di Langkawi


Sahabat lama saya semasa datang melancong ke Pulau Langkawi .Gambar ini di ambil semasa lawatan di Makam Mahsuri .Lebih kurang 12 tahun tak berjumpa .Semasa cuti sekolah pada bulan OGOS 2007 .Lan dan keluarganya datang melancong selama 3hari 2 mlm di sini .Harap jumpa lagi .(Dulu sama-sama belajar di Politeknik Kota Bharu dalam tahun 1992-1993 dalam jurusan yang sama) .


Gambar terbaru Najihah semasa sedang menunggu di KFC Telaga Harbour Park Langkawi .




Gambar Najibah semasa berada di rumah .Sedang bersiap nak balik kampung .



Friday, August 17, 2007

Wawancara/Temuramah
Menemuramah Najibah selepas pulang dari mengadakan lawatan ke UnderWaterWorld
Langkawi bersama-sama dgn PASTI NURUL SYIFA .
Selepas pulang Najibah menceritakan apa yang di lihatnya di underwaterworld Langkawi.
Beliau ingin membawa abah , mama ,adik ,umairah ,umi Kalsom ,tok dan tokwan .Saksikanlah video ini ...dengarkanlah ceritanya .

Jumpa lagi .

Tuesday, August 14, 2007

Lawatan Ke UnderWaterWorld Langkawi

Besok pada 16 ogos 2007 (Khamis)

Nurul Najibah bersama sama dgn kawan dari PASTI NURUL SYIFA akan mengikuti
lawatan ke UnderWaterWorld Langkawi .
Bayararan yang di kenakan sebanyak RM15 seorang .
Masa lawatan jam 9.00pagi hingga 12tengahari.

Semoga Najibah dan kawan-kawan seronok apabila berada
di sana melihat ikan-ikan dan Najibah kata nak tengok PINGU (penguin).
Syamil dan juga Man serta kakak Alia juga akan pergi .
Cikgu Ariyan dari Pasti Nurul Syifa akan membawa mereka .
Semoga berjaya .

Saturday, July 14, 2007

Happy family
Najibah sedang memeluk adik (Najihah).
Video ini juga terdapat dalam Youtube .
Ada lagi video lain di dalam .. Http://www.youtube.com/roslankasim
Di bawah ini gambar Najibah sedang memeluk adik .
I
I
I
I