Followers

Friday, April 04, 2014

MH370


Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pada 24 Mac, iaitu hari ke-17 misi pencarian, Najib mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, dan usaha pencarian membabitkan pelbagai negara diteruskan di situ.
Pembabitan 26 negara itu membentuk operasi mencari dan menyelamat terbesar pernah dijalankan, yang menyaksikan kerahan ratusan aset termasuk kapal selam bagi membantu Malaysia mencari pesawat itu.
Sehingga ke hari ini ( 05April2014 ) masih belum di jumpai ..

Marilah kita bersama sama berdoa  supaya MH370 ini di temui ... amin .

Gambar gambar mengenai MH370 ..





Monday, February 17, 2014

Sambut emak balik dari umrah

Menyambut emak serta beberapa orang lagi yang baru pulang dari menunaikan umrah di Langkawi International Airport  . Di khabar dari Pulau Langkawi sahaja seramai 37 orang yg pergi menunaikan umrah  . Travel ejen dari Alnine Tour . Orang kampung dalam 8 orang yang pergi .

Alhamdullilah mak balik dalam keadaan sihat .. syukur .. :)





Sunday, February 02, 2014

Makan malam di Tasik Dataran Lang Jeti Kuah


Makan malam di restoran Laksa Penarak jeti Kuah .

Sebelum nak kemas homestay utk besok ada check in ( www.langkawihomestay.com ) . Kena belanja makan dulu . Di sini antara tempat yg selalu kami singgah .

Balik Kampung Pulau Tuba , Langkawi

Sempena cuti Tahun Baru Cina ..
Kami balik Kampung di Selat Lubuk Chempedak , Pulau Tuba , Pulau Langkawi .

Balik 2 hari jer ..

Jalan2 di Tanjung Pandan tempat menarik yang berhadapan dengan Westin dan jeti Kuah  . Tempat yang kami pi ni adalah tanah persendirian yang di beli oleh seorang Datuk kpd penduduk di sini . Cantik tempat ni setelah Datuk membersihkan sekitarnya .. sementara boleh la rehat2 kat sini .. datuk pun mai sekali sekala . Angin kat sini best .. boleh tidur ..
Masa nak nak balik pula ..tengah tunggu bot penumpang , ada orang kampung balik dengan siput Kemudi yang banyak ..setengah orang panggil siput Paha Ayam .. isi dia sekilo RM5 .  Penuh perahu .