Followers

Saturday, August 07, 2010

Nabil Cuba Nak Belajar Duduk

Hari ni Nabil cuba nak belajar duduk pula . Meniarap dah boleh .
Menyulur ke depan dah boleh .Sekarang ni dia cuba nak duduk
pula .
Video Nabil sedang duduk dan jatuh tergolek


Ada sikit gambar dan video gelagat Muhammad Nabil .
Dah hampir 6 bulan umur Nabil .




Sedang berehat-rehat di buaian nya

Wednesday, August 04, 2010

Piala dunia dah lepas .. kena tunggu 4 tahun lagi ..


Klip video ni kena simpan gak buat kenangan


Wednesday, July 28, 2010

Kata-kata pujian merangsang potensi diri

Bodoh, nakal jangan disebut

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University, Florida, Amerika Syarikat ini turut menegaskan, kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.

''Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama pada anak-anak dan suami isteri kerana ia adalah sebahagian daripada doa,'' katanya yang bermentor kepada seorang pakar bidang metafizik terkenal, T. Harve Eker dari Kanada.

Menurut Dr. Azizan, pasangan juga harus saling puji memuji kerana ia boleh membuatkan getaran kebahagiaan dan kekayaan. Selain itu, sentiasa berterima kasih pada suami isteri selain berterima kasih kepada Tuhan.

Sementara itu, mengenai program percuma bengkel Rahsia Tarikh Lahir- Kenali Potensi Diri yang akan diadakan di seluruh negara bermula 30 Januari ini di Shah Alam, bolehlah layari www.skpd2010.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi 013-2442244.



Sumber: Utusan Malaysia, 26 Jan 2010

Sunday, July 04, 2010

Hari Keluarga Lafarge Langkawi 3 Julai 2010

Hari Keluarga Lafarge Langkawi 3 Julai 2010

Tempat : Langkapuri Inn , Pantai Cenang

Pada hari ini Lafarge Langkawi menyambut hari keluarga di Pantai Cenang .Banyak juga acara yang adakan . Apa lagi semua ambil bahagian . Terbahagi kepada 3 Kumpulan iaitu Rumah Purple , rumah Oren dan rumah Pink .


Makan malam beramai ramai sebelum bermula hari keluarga besok hari - pas tu sambung tengok bola Brazil Vs Belanda


Najibah , Najihah , Nabil , Mama dan Abah
kumpulan rumah Purple .
Antara acara yang di sertai ;
Najibah - acara tiup belon / lari berhalangan dan mekap mama/abah garang
Najihah - acara mewarna ( pertama kali menyertai acara )
Mama - acara Terompah Gergasi Wanita
Abah - acara World cup
Nabil - acara tengok saja dan tidur di buaian


Yang seronok tu kalah atau menang semua dapat hadiah - best

Acara Terompah Gergasi Wanita - Mama ikut serta

Acara Mekap Ibubapa Garang - Najibah sertai


Najihah begitu tekun sekali mewarna



Mendengar nasihat dari pengadil bertugas



Acara mewarna yang disertai Najihah


yes ..dah dapat belon

Saturday, June 05, 2010

Cuti sekolah pertengahan tahun ..

Balik kampung ..
Hantar Najibah Najihah Nabil dan Mama ..
balik kampung ..

Apa lagi cuti-cuti ni...mesti ada aktiviti MAKAN KENDURI .
Kenduri kahwin
Musim cuti sekolah yang paling sibuk mestilah pihak2 katering ..
Booking selalu
..

Siap promosi lagi di atas meja kenduri diselitkan juga kertas promosi
dari pihak katering ..
SELAMAT PENGANTIN BARU AIN DAN SUAMI

Friday, May 21, 2010

Sunday, April 25, 2010

Najihah bantu Mama tidurkan adik ( Nabil )


Bila mama sibuk di dapur utk memasak ,jadi Najihah telah membantu menidurkan adik Nabil dengan caranya sendiri .
Iaitu menyanyikan lagu ciptaan nya sendiri yang kadang-kadang boleh juga paham kadang-kadang tak paham .. antara lagu tersebut berbunyi .. air pasang pagi ...minum susu pagi ..itik bertelur ...ayam menetas ....naik keretapi...cik baba jatuh dalam parit ....


Muhammad Nabil / Nurul Najihah

..dan akhir nya adik Nabil tak juga juga kerana kemerduan suara kakaknya itu .
Najihah kata nanti adik tidur la....



Pengarah : Zaleha ( mama ) - tak memasak ke ?
Pelakon : Nabil dan Najihah
Lokasi filem
: Dalam rumah
Kos filem : Hanya h/phone nokia

Saturday, April 24, 2010

Cerita P Ramlee - Filem apakah ni ...

Cuba anda teka dari filem apakah ni ..
Banyak nasihat utk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM nanti .
Ambil iktibar dari sedutan filem ini semoga kita akan sentiasa beringat selalu ..
walaupun kita telah bersusah payah berusaha .
Selamat menonton ...

Tuesday, April 13, 2010

Minggu yang penuh kekalutan ...
Minggu lepas pada 7 apr 2010 ..
Dapat berita tok wan Najibah telah di tahan di CCU Hospital Sultanah Bahiyah ...kerana di dapati masalah jantung . Sebanyak 4 pain darah telah di tambah di dalam badan . Dan di tahan di wad 3B .
Tok Najibah dan Najibah ,pakngah,acu pergi bersama abah untuk melawat tok wan pada 8 apr . Keadaan tok wan stabil tapi di tahan di wad utk di masukkan di wad pembedahan pada 12 apr .
Tok dan acu tinggal di rumah tokcik Najibah di Tmn Mahsuri Jitra . Abah dan pakngah pula balik ke LAngkawi .
Pada 9 apr - tok Najibah dan Najihah telah pergi ke Kulim utk melawat bisannya yang di jangka akan membuat pembedahan .....tetapi tok Najibah jiga telah di serang sakit jantung di situ . Beliau telah di bawa ke hospital Kulim pada 6pagi 10 apr dan pada mlm tersebut di hantar ke Hospital Besar Pulau Pinang utk terus membuat rawatan jantung - kerana keadaan genting .
Terdapat saluran darah yang tersumbat di dalam jantung .
..... abah Najibah ,makcik dan pakngah telah bertolak ke Penang .
..hari ini ..
..hari ini pada 14 apr .. ada berita baik ...tokwan sudah keluar hospital pada 13apr ..dan berada di Penang untuk melawat tok yang di jangka keluar pada 16 apr ...
bismillahhirahmanirahhim...ya ALLAH ya tuhan ku ..selamat kan lah kedua-dua ibubapa ku ...kurniakanlah mereka kesihatan yang baik ..dan lindungilah mereka di dunia dan akhirat .. ..hanyalah engkau tempat untuk ku meminta dan memohon pertolongan ...amin...

Tuesday, April 06, 2010

Semanam muka sikit - cerita lawak

Panggilan Sayang Untuk Isteri ..

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu.

" Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Tahukah Anda ?

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

rujukan informasi ini : di kahkahkah...

Sunday, March 21, 2010

Gambar terbaru Muhammad Nabil


Gambar sebelum cukur rambut bersama dgn kakak

..dan selepas cukur rambut - gambar terbaru.

Tuesday, March 02, 2010

Nak iklan skit pasal homestay di Langkawi




Hanya RM300 utk 3h2mlm
3 blk tidur dan 2 blk mandi
Ada Astro lagi

http://www.langkawihomestay.com/

Monday, February 15, 2010

Gambar terbaru Muhammad Nabil dan Kakak-kakaknya ..

Selepas 2 malam menginap di hospital bersama mama kerana 'kuning' kini Muhammad Nabil telah pun pulang ke rumah .Apalagi ,disambut oleh kakak-kakaknya Najibah dan Najihah . "kuning" sudah pun berkurangan .


Gambar-gambar di hari ke 6 Muhammad Nabil di lahirkan .

Saturday, February 13, 2010


Muhammad Nabil bin Roslan

Pada 10.10pg bertarikh 09.02.2010 .
Muhammad Nabil telah selamat di lahirkan di Hospital Bukit Tekuh ,Kuah Langkawi.

Pada hari ini iaitu hari ke 5 beliau telah di masukkan di wad utk rawatan 'kuning' bersama
dengan mama sekali .


Koleksi terbaru dan terkini Muhammad Nabil semasa bawa pulang di rumah .

(bersama makcik dan Najihah)