Monday, November 24, 2008
Monday, November 17, 2008
Najibah hadir di Komplek Kraftangan Langkawi di Teluk Yu untuk menerima hadiah untuk akhir tahun anugerah kecemerlangan KEMAS yang di buat di tempat tersebut .Anjuran ini telah di buat bersama Kemas Lafarge Langkawi dan juga Kemas Pasir Hitam .


Anugerah ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Adun Air Hangat , YB Mohd Rawi .Beliau juga telah menyampaikan anugerah serta hadiah kepada pelajar - pelajar ini .
Termasuk lah Najibah .
Sunday, November 09, 2008
Saturday, November 01, 2008
Sekali sekala kena ajar anak gosok gigi juga. Kadang-kadang kalau kita suruh sendiri memang anak tak nak gosok .Macam-macam idea nak suruh anak berus gigi .Janji dia boleh gosok sendiri .Kadang-kadang tu kita tolong berus tapi dia lari .kadang-kadang tu bagi berus dia baling .Jadi kita carikan model untuk dia berus gigi dan jadi kan keadaan suasana tersebut ceria .Model ini adalah kakaknya Najibah ...untuk menunjukkan kepada Najihah cara-cara untuk berus gigi sambil berseronok .Nampaknya berjaya ...boleh tengok kat vedio tu ...
Sewa kereta dan juga pakej penginapan di Langkawi ..klik sini
Thursday, October 23, 2008
Wednesday, October 08, 2008
Pada hari raya ke 4 (Sabtu) satu perjumpaan bekas pelajar SMVK 90/91 telah di adakan di luar KFC jalan Stadium Darulaman (Bersebelahan Stadium Darulaman dan juga Hotel Seri Malaysia .Perjumpaan yang pertama kali di adakan di Utara Semenanjung Malaysia .

Ramai juga kawan-kawan yang hadir pada masa tu .Bagi saya hari raya tahun ini sangat meriah sekali dengan adanya perjumpaan ini .Ada yang bersalaman dengan kawan-kawan tapi tak ingat nama ,ada yang sudah berubah wajah (bertambah sihat) ,ada yang masih macam dulu juga dan ada yang sudah beristeri/bersuami dan masih ada lagi yang belum kahwin .

Walaupun perjumpaan ini mempunyai masalah sedikit pasal lokasi ,tapi ia sungguh meriah .Sampai tak sempat nak bersembang lama ..bila cakap dgn kawan ni ..kawan tu pula tanya soalan lain ..lepas tu kawan sorang lagi pula tanya soalan lain ..

Antara kawan-kawan yang hadir dari Langkawi ..aku,jas Ek,Ismail KFL .Dan yang lain Zaki Tyson,Shabani Auto,Din Trash,Khairul Sukmi,Nidzam bunga,Azrin Serawak,Idris(Nawab),Amir BB,Norzaileha PPj,Norhairani PPJ,Zaidi PPN,Rosli Bunga BB,Sazmi PPN,Anuar EK,Mahadzir KFL,Sani PPN,Shaharudin ABM,Mohd Zaini EK,Fazdli BB,Ghazali Auto,Khairul K’on ABM,Zawawi Auto , Muhisham EK,Fesol KFL, dan ada lagi bekas pelajar wanita ... Gambar Zaileha dan Halimaton tak ada dalam simpanan saya .Nanti saya akan dapatkannya .

Gambar- gambar semasa perjumpaan tersebut .Ada lagi gambar yang di ambil menggunakan kamera kawan-kawan yang lain ,harap2 diorang dapat hantar gamabr tersebut semoga jadi kenangan kepada kita .Bagi-bagi ler gambar tu yer .Kepada Nawab email ler kat aku sama ,atau hng masukkan dalam flickr ke , facebook ker, fototpage ker supaya senang kita nak copy ...hehehe . Nanti aku akan upload lagi ..


Apa-pun ucapan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin untuk semua kawan-kawan samada yang hadir ataupun yang tak hadir pada hari tersebut .Ada masa lain kali ,kalau tiada masalah kita berjumpa lagi .Rancang betul-betul harap jadi ...jumpa lagi .
Friday, September 26, 2008

Apa pun kalau ada kawan-kawan yang berminat sila hubungi Din Trash (dulu kat sekolah panggil Din Trash - la ni panggil apa tak tau la pulak ) 017-6918238 . Rasa-rasa dia ada kat Alor Setar . Harap kita berjumpa semula ...datang jangan tak datang ok ..saya janji saya akan datang jika tiada apa-apa masalah .Harap2 kawan yang dok kat KL dan Selangor pun dapat datang - Zaki jangan lupa bagitau kawan-kawan .
Monday, September 22, 2008
Saturday, September 20, 2008
Friday, September 19, 2008
Tajuk : Surat Untuk Ayah
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
Moral : Cakap biar teranggg..
Monday, September 15, 2008

Mungkin yang hadir tu mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor .Harap-harap nanti ramai lagi yang pergi jika ada penganjuran .Perjumpaan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kangar 90/91 ini di adakan dengan selamatnya .Harap – harap peluang sebegini dapat mengeratkan lagi semangat kawan yang telah lama terputus .Moga akan kekal dan anak-anak pun akan mengenali kita .
Tuesday, September 09, 2008
dapatkan disini..
Anda Akan Tahu Lebih Banyak Mengenai Buat Duit Dengan Internet Dari Lebih 90% Orang Lain di Luar Sana!
Bagaimana ebook ini dapat membantu anda:
Membantu sesiapa sahaja membina kedai online sendiri walaupun tiada asas kemahiran teknikal dapatkan di sini...
Memulakan langkah pertama dalam perniagaan Internet dengan betul
Dapat mengkonfigurasi dan menggunakan beberapa fungsi asas dalam Zen Cart, perisian yang digunakan untuk membina kedai online ini
Jika anda komited untuk berjaya dengan kedai online anda sendiri, mempunyai kemahuan yang kuat dan berani mencuba, anda juga boleh berjaya menjana pendapatan dengan kedai online anda sendiri.
dapatkan di sini...
Sabri Hassan adalah merupakan pelajar tahun akhir B.Sc (Hons) Information System (specializing in EBusiness) di Universiti Teknologi Petronas.
Beliau juga merupakan salah seorang pengasas syarikat konsultansi Ecommerce, SaifulSham Consultants dan pengarang buku bestseller "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"
Dan juga ikuti seminar mereka di Berjaya Times Square …klik pada banner dibawah
Monday, September 01, 2008
Hari Keluarga Lafarge Malayan Cement Langkawi 2008
Sempena menyambut Hari kemerdekaan pada 31 ogos 2008 .Lafarge Malayan Cemen Langkawi telah mengadakan Hari Keluarga 2008 di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi .Hari Keluarga ini telah di adakan di Pantai Pasir Tengkorak antara pantai yang cantik di Langkawi yang terletak di jalan Datai ..berdekatan juga dengan Air Terjun Temurun yang tertinggi di Pulau Langkawi ini .

Bermula dari jam 8.30pg untuk pendaftaran ahli keluarga Lafarge Malayan Cement Langkawi ,sehingga tamat jam 3.30ptg .Banyak acara yang telah di anjurkan oleh pihak penganjur untuk memeriahkan lagi suasana di Hari Keluarga tersebut .
Ahli - ahli keluarga ini telah di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyertai berbagai acara yang di anjurkan .Kumpulan HIJAU,Kumpulan MERAH dan Kumpulan KUNING .Juara keseluruhan untuk acara yang tersebut adalah dari kumpulan HIJAU .Aktiviti atau acara yang di anjurkan oleh penganjur adalah seperti ;
Pertandingan Mewarna kanak2,Susun Puzzle kanak2,Bina Istana Pasir campuran,Solek Bapak Garang,Chopstick Kacang,Solekan SiBUta,Isi Air Dalam Botol,Lontar Peluru Pantai Dewasa,Tiup Belon,Tikar Terbang,Pulangkan Telur Penyu,Mencari Harta Karun,Golf Tangan,Jolok Sarang Tebuan,Bowling Padang,Bola Beracun,...
Atas : Video acara - Jolok Sarang Tebuan - Abah
Bawah : Video Acara Mewarna kanak-kanak - Najibah
Najibah juga mengambil bahagian dalam 3 acara iaitu Pertandingan Mewarna,Susun Puzzle dan Mencari Harta Karun .Najibah telah memenangi hadiah mencari Harta Karun dan juga Susun Puzzle.Tahniah Najibah .

Abah juga telah menyertai 2 acara yang di anjurkan iaitu Jolok Sarang Tebuan dan juga Pulangkan Telur Penyu ,Nak tahu kedua-dua acara ini telah dimenangi dan menjadi johan .Kedua-dua hadiah pun dah dapat .
Thursday, August 28, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Orang yang cuba me’reunion’ kita kembali adalah ZAKI TYSON (nama gelaran masa diasrama dulu) .Impian beliau adalah untuk mengingati dan juga supaya persahabatan dan juga saat gembira dan sedih kita pada zaman persekolahan tersebut berkekalan . Selepas di hubngi oleh beliau saya sangat-sangat setuju ,seronok ,dah lebih daripada 17 tahun tiba-tiba ada sahabat lama yang menghubungi saya mengenai perkara ini . Kepada kawan-kawan semua kalau boleh berkumpul semula tentu seronok kan .
Di sini saya ada list yang di berikan oleh ZAKI TYSON antara sahabat dari Sekolah Menengah Vokasional Kangar ,Perlis .Senarai tersebut mengikut bidang kursus mereka .
1. Kamal Ariffin ,ABM, 0132597209
2. Rashid ,ABM ,0126710616
3. Mohd Rizal(mat unta) ,Auto ,0123215462,
4. Ajib Roshidi ,Auto ,0194270282/0194529892
5. Hasbullah L'Kawi .Auto ,0134051974,
6. Roslan Kasim ,Auto, 0194172177, roslan977@yahoo.com.my
7. Wan Mohd Zaki, Auto, 0173781770* /0126447149/ onezcom@yahoo.com
8. Shah, BB, 0173704096, syahmi_anis@yahoo.com
9. Din Trash ,EK, 01934447677/0174907677
10. Kasmantri ,EK, 0174839375,
11. Khairul Sukmi ,EK ,0175931149,
12. Mat Kot, EK, 0192193459,
13. Nizam Bunga, EK ,0192693974, nisha6774@yahoo.com
14. Azrin (Serawak) ,EK, 0194486966,
15. Wan Zuraidi ,EK ,0125783259,
16. Idris (Nawab), EK, 0125544108
17. Fishol Abdullah, EN ,0194152338 fisholabdullah@yahoo.com
18. syed mohd zaki(krosot) ,EN, 0175776698, smz8@tm.net.my
19. Azizan Ahmad(BOMBA) ,EN, 0164862406,
20. Adnan ,EN, 0195609677,
21. Amir, KFL, 0194503946,
22. Azman, PPJ, 0165590318,
23. Erni Jusnita, PPJ, 0175624769,
24. Hasmuna, PPJ, 0124023465, hasmuna@permanis.com.my
25. Hosnita bt Mansor, PPJ, 0129321151, hosnita@gmail.com,hosnita2004@yahoo.com
26. Md Norizan ,PPJ, 0123830229, norizan@otomotif.edu.my
27. Raja Azlan,PPJ ,0176052170/0172969507 razlan@kwsp.gov.my,lanppipo@yahoo.com
28. Reza, PPJ ,0125787900,
29. Rozita ,PPJ ,0124650286, rozita@stttech.com,yu_rar@yahoo.com
30. Sharifah Hasniza ,PPJ, 0125868350,
31. Norzaileha Zainul ,PPJ, 0193115065, zailehaz007@yahoo.com
32.Nor Hairani ,PPJ ,0174043898
33. Hazwan Megat Baharom ,PPJ ,0194816969
34. Azizan Ahmad ,PPN, 0122425083,
35. Hakimi ,PPN ,0129555260, kimi_aki74@hotmail.com
36. Zaidee Razmi ,PPN ,0194701350,
37. Shadinah Sharkan Marecan ,PPN, 0134808808 shadinah@maybank.com.my
38. Azam, PPN, 0193534893
39. Hasmidi Abu Seman ,PPU, 0126725345,
40. Man Jay, 0175777716,
41. Mat Jas ,EK,0174256731,
Semoga sahabat semua yang lain ,yang membaca blog saya ini dapat manghubungi ZAKI TYSON atau kawan-kawan yang lain . Dan berita terbaru yang saya terima dari ZAKI bahawa di Kedah nanti pada hari raya ke 3 ini DIN TRASH akan mengadakan perjumpaan untuk sahabat semua di kawasan berdekatan dengan Stadium Darulaman . Harap-harap sahabat dari berbagai kursus ; Auto,PPJ,PPN,Eletronik,BB,KFL,PPU,ABM,SRT Dapat menghubungi DIN TRASH . Kemungkinan saya dan keluarga akan hadir sama , Mat Jas juga berminat ...Mat Lah (Hasbullah Langkawi) mungkin datang . ...saya akan cari sahabat di Langkawi yang lain seperti Ismail (KFL) , Tonga (Auto) , Yusni (Auto ) ...kalau jumpa saya akan beritahu mereka nanti . Ok Kita jumpa semua semula ok ... Mungkin keadaan sudah berubah .. Seperti saya …dahulu slim ..sekarang mengandung 7 bulan ..ehehehe ..
Friday, August 22, 2008
Najibah dan Najihah telah dapat kakak sepupu yang baru pada 18/08/08 ( Isnin ) jam di antara 4.30pg .Keadaan sihat .Pada petang tersebut sudah boleh di bawa pulang ke rumah .Semasa di hospital sementara menunggu proses untuk pulang ke rumah ,tok dan tok wan dah pun ada kat hospital untuk melihat cucu yang baru .Sebelum mereka masuk ke hostipal sempat juga bergambar bersama-sama ( tok dan tokwan ) .
Intan Syafiqah
Sekarang ni hari-hari Najibah ajak pergi ke rumah Maklong dan Paklong untuk melihat Intan Syafiqah .Ramai juga yang datang ke rumah Maklong pada hari kedua untuk melihat orang baru ini .Antarnya termasuklah acu,makcik,pakcik,pakngah,makngah dan juga tok Tih Najibah .Semua mereka tinggal di kawasan Kuah .
Sewa Kia Picanto (auto) = RM60/24jam..klik disini
Wednesday, August 06, 2008
Hari yang di hebohkan di Langkawi mengenai Raja Ular berbisa iaitu Othman dan isterinya akan tinggal bersama lapan jenis ular berbisa di dalam sangkar atau tempat yang di khaskan untuk mereka berdua dan juga ular berbisa tersebut .Tujuan nya tinggal bersama ular ini adalah untuk membuat kajian ke atas ular tersebut .


Ini adalah hari pertama Othman dan isterinya mula tinggal dengan ular-ular berbisa tersebut .Masuk pula pada hari pembukaan ini adalah percuma .Bawa Najibah dan juga Najihah serta Mama tengok sekali .Mula masuk jam 3ptg ada pertunjukkan permainan ular oleh para penjinak ular yang bekerja di situ .


Di Langkawi ini lokasi Taman Ular terletak di kawasan Mata Air ,Ulu Melaka atau lebih di kenali sebagai kawasan Tok Senik .
Seronok juga tengok gelagat Najihah .Najihah pun terkejut juga tengok ular senduk yang di cium oleh penjinak ular tu .
Kepada sesiapa yang nak datang tu ..,ada berbagai jenis ular berbisa di pameran ini .Sila lah datang tiket masuk murah jer RM10 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak
Sunday, August 03, 2008
Namun begitu, Maria tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.walaupun hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa! Sepi hatinya tiada siapa yang tahu...Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.. beliau terbangun dari katilnya...badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.....beliau terasa begitu dahaga sekali.
..email yg di hantar kepada saya entah dari mana ...
Dapatkan pakej penginapan di Langkawi - 3hari2mlm ( kereta + bilik = RM260.00 )
Tuesday, July 22, 2008
Hari cuti ..bawa Najibah ,Najihah dan juga isteri ke Galeria Perdana di Kilim Langkawi .Galeria Perdana adalah tempat di mana di simpan hadiah-hadiah bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad serta juga Dr. Siti Hasmah .
Banyak koleksi pemberian hadiah dari pelbagai kerajaan di dunia ini kepada bekas pemimpin Malaysia ini .Hadiah dari pelbagai kerajaan termasuk juga syarikat koporat serta individu-individu tertentu .
Dahulu dah masuk dah ,tapi kamera dan juga video tidak di benarkan dibawa masuk ke dalam .Sekarang ni sudah benarkan dan boleh diambil gambar serta video di dalam Galeria Perdana .
Sewa kereta di Langkawi hanya RM50/24jam








