Followers

Sunday, December 25, 2011

Aiskrim Goreng - Cara cara buat Aiskrim goreng

Mama Nabil beli aiskrim dan roti keping nak buat aiskrim goreng .
Kat sini kami sekeluarga nak tunjuk cara nak buat aiskrim goreng .
Idea timbul masa beli aiskrim goreng kat Uptown Kuah . Lepas tu cari info dalam internet .

Bahan-bahan nak buat aiskrim goreng ;
1. Aiskrim  - ikut suka perasa apapun
2. Roti Keping - 2 keping roti
3. Minyak masak

Cara-caranya ;
- Ambil  satu scop atau 2 scop aiskrim letakkan di atas sekeping roti . Dan lepas itu tutup dgn sekeping lagi roti di atas aiskrim tersebut .
Ambil cawan dan tekan pada roti tersebut . Potong bahagian roti yang tidak di perlukan . Lihat pada gambar ,pasti jadi punya .
Lepas tu masukkan aiskrim tersebut ke dalam pei sejuk dan biarkan semalaman . besoknya boleh goreng .. pehh rangup roti dan sedapppppppppppp ..


1. Sediakan 2 keping roti dan airskrim

2. Letakkan 1 atau 2 scop aiskrim

3. Tutup dgn sekeping roti di atas aiskrim tersebut

4. Tekan cawan dgn kuat ke atas roti tadi

5. Bentuk roti dan aiskrim dah jadi


Video ringkas cara buat aiskrim goreng


6. Setelah di goreng

7. Aiskrim di dalam roti yang telah di goreng tadi

8. Selamat mencuba sedapp .. rangup ..

Nasihat : Jangan makan banyak sangat nanti terkena penyakit kencing manis .


 




Shopping di Langkawi Billion Supermarket dan Langkawi Fair Shopping Mall

Hari ni pi shopping kat supermarket Billion . Dekat dgn jeti kuah dan Komplek Lada . Sebelum ni kami selalu pi shopping kat TSH supermarket . Sekali sekala tukar angin .
Ada sesetengah orang cakap kat sini murah skit barang berbanding dgn TSH . Tapi sesetengah barang jer .
Selepas habis shopping kami ronda2 kat Langkawi Fair Shopping MAll pulak . Nak relak kejap . Sambil2 tu NAjibah pi beli makanan ikan - sambil2 pakat bagi makan ikan di dalam kolam  .
- Skit info : Billion supermarket kat Langkawi ni adalah bersambungan bangunan dgn Langkawi Fair Shopping Mall - Lokasi bersebelahan dgn Komplek LADA dan juga Jeti Kuah
Nabil pun join sama .
Pastu kami lajak ke restoran di lokasi Trimula - Makan tengahari ( restoran yang kegemaran kami kalau mai kat KUAH ni )  ..hehehe ...




Semasa dok shopping kat Billion Supermarket ni kami terserempak pula dgn KIAH PEKASAM . Apa lagi bergambar sakan ler - siap berpelukan pulak tu .