Followers

Wednesday, April 11, 2012

Najibah jatuh basikal

Petang ni .
Sedang dok ber'facebook' terasa macam ada gegaran pada meja dan laptop aku ni . Tak sedap hati pi tanya isteri - dia cakap tak rasa apa2 pun . Aku pun buat rilek jer . Dok lama skit ada saudara telefon tanya pasal gegaran tu - memang betul la ..tadi tu gegaran gempa bumi . Dapat berita kata berlaku di utara Sumatera . Skala 8.9 richter .

Najibah dan Najihah baru balik mengaji kat surau . Letak beg terus keluar naik geqek ( basikal ) pusing taman dgn kawan2 .

Dok tak lama dengar ramai budak2 bagi salam - tengok kat tingkap wow ! ramai nya budak2 - sedang dok usung Najibah . Depa kata Najibah jatuh basikal . Najibah menangis bukan kepalang - tapi tengok keseluruhan badan ok jer - takde luka apa pun .

Tanya dia jatuh kat mana - tak ingat . Mama dia periksa kepala - Allahuakbar besarnya luka . tapi darah ada kat situ jer ..tak menitik pun . Terus bawa pi Hospital Bukit Tekuh - Hari ni boleh di katakan semua klinik tutup sebab cuti PERTABALAN AGONG . Bawa ke bilik kecemasan . Diorang suruh kami keluar - tinggal mak nya saja kat dalam bilik .
Mama kata Najibah menangis sekuat hati apabila di jahit dan di cuci . Lebih kurang 5 @ 6 jahitan kat kepala dia . Kira masa cuci tu mama kata baru nampak darah keluar ..eeee.. nak pastikan kot kot ada batu yang terdapat dalam luka tu ..eee .. ngeri aku ..






Sunday, April 08, 2012

Langkawi Century Suria Apartment Service

Terbaru dari Langkawi
Perkhidmatan apartment di Langkawi .
Langkawi Century Suria Apartment  . Terletak di Kelibang iaitu berdekatan dengan Pusat Bandar Kuah .
Penginapan diCentury Suria Apartment ini adalah untuk keluarga muslim - utk keluarga islam sahaja .
Sebelum ini tuan punya apartment ini yg tinggal . Jadi sekarang nak buat penginapan pula .
Mempunyai ;
3 bilik tidur
2 bilik mandi
ketiga tiga bilik - aircond
Ruang tamu pun ada aircond
Astro
Memasak tidak di benarkan
Peralatan pinggan mangkuk dan cawan di sediakan
Pemandangan laut - Pulau Dayang Bunting - dari tingkat 5 apartment
Swimming pool
Gym

Jika berminat menginap di sini boleh booking sekarang . Harga bermula dari RM270 utk 2h1mlm .
Untuk lebih lanjut klik kat sini  http://www.langkawiapartments.com/