Followers

Tuesday, June 04, 2013

Beli barang di Komplek HIG Haji Ismail Group Langkawi

Petang semalam lepas balik kerja pergi ke Kuah ..
Beli barang skit utk persiapan homestay aku . Masa sampai tengok kat depan pintu utama Komplek Haji Ismail Group nampak orang ramai berkumpul kat situ . Apa cerita ni .. ooo .. sebenarnya tuan Guru Haji Hadi Awang  dah nak balik dah - selepas singgah di komplek ni . 
 Bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang
Apa lagi kita pun sama ambil kesempatan utk bersalaman dan bergambar dengan tok guru  - alhamdullillah boleh juga ambik gambar tu - tuan guru haji Hadi ada juga bertanya dgn aku - 'orang mana ni '? aku jawab - 'orang Langkawi ' .. lama juga la tuan guru tunggu nak masuk kereta sebab orang ramai dok masih nak bergambar .

Bagi peluang kat oqang lain pula la yg nak bergambar .. :)
 

Semoga selamat pulang .. amin



Taman tema RM1.2b dibina di Langkawi

 Pembinaan taman tema berkonsepkan ekopelancongan bernilai RM1.2 bilion di kawasan Oriental Village dan Pulau Intan Besar di sini bakal menjadikan Langkawi antara 10 pulau terkemuka di dunia.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, projek yang dijangka siap pada 2015 di tapak seluas 10.35 hektar itu menawarkan produk pelancongan terbaharu berasaskan tiga konsep iaitu hiburan, sejarah dan alam sekitar.

"Pembinaan yang menelan belanja RM1.2 bilion itu turut memuatkan pembinaan sebuah hotel bertaraf enam bintang, restoran dan apabila siap kelak taman tema itu dijangka boleh membantu Langkawi menarik kedatangan sehingga tiga juta pelancong setahun," katanya....