Followers

Tuesday, June 04, 2013

Taman tema RM1.2b dibina di Langkawi

 Pembinaan taman tema berkonsepkan ekopelancongan bernilai RM1.2 bilion di kawasan Oriental Village dan Pulau Intan Besar di sini bakal menjadikan Langkawi antara 10 pulau terkemuka di dunia.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, projek yang dijangka siap pada 2015 di tapak seluas 10.35 hektar itu menawarkan produk pelancongan terbaharu berasaskan tiga konsep iaitu hiburan, sejarah dan alam sekitar.

"Pembinaan yang menelan belanja RM1.2 bilion itu turut memuatkan pembinaan sebuah hotel bertaraf enam bintang, restoran dan apabila siap kelak taman tema itu dijangka boleh membantu Langkawi menarik kedatangan sehingga tiga juta pelancong setahun," katanya....

No comments: