Followers

Wednesday, January 04, 2012

Mandi di Laketown Waterpark Bukit Merah

Nak upload sikit masa penghujung cuti bulan disember . Kami tidur semalam kat Laketown hotel . Mandi kat Laketown waterpark . Kat Bukit Merah .
Tak sempat nak update . Selepas tidur 2 mlm kat rumah tok dan tokwan di Alur Ganu . Dapat idea nak pi Penang . Tak jadi pulak . Terus ke Bukit Merah Laketown .
Mandi punya mandi sampai terlupa nak pi tengok Orang Utan kat pulau di Bukit Merah ni . Nanti kita mai pulak - ajak maklong sekali .
-
-
Mula-mula sampai tu takde tempat nak parking dah . Punya la ramai kat sini . Pihak hotel cakap parking kat luar sana lepas tu nanti petang boleh ler parking kat depan hotel - pasal orang dah mula balik . oh..macam tu ke . Ni ada skit video dan gambar aku upload kat sini ...







Monday, January 02, 2012

Langkawi - Cenang akan berubah wajah pada 2015

Lokasi di Pantai Cenang Langkawi akan berubah wajah dari 2011 - 2015 .
Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015 [RKK Pantai Chenang 2015] merupakan laporan perancangan dan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172 ].

Ni nak  info skit kepada pelancong ..
 
Boleh di katakan seluruh penginapan yang berada di tepi Pantai Cenang ( yg menghadap ke laut ) akan ranapkan . Pelangi Resort dan Casa Der Mar selamat dan Underwaterworld pun selamat . Selepas Casa Der Mar semua penginapan atau chalet akan di roboh kan ..antaranya Melati Tanjung / Restaurant / AB motel / Malibest / Sandy Beach Resort / BestStar Resort / Langgura Baron / Nasi Kandar Tomato dan yang seangkatan dengan nya .
Kawasan ini adalah di antara Casa Del Mar dan Underwaterworld
 Tempat yang di robohkan ini akan di bangunkan hanya untuk pejalan kaki sahaja - dan pantai dan laut jelas kelihatan walaupun dari seberang jalan . Menarik bukan! . Semua mereka (pengusaha yg terlibat) di beri pampasan dan di pindahkan ke lokasi lain - detail klik kat sini dan download (kalau nak download la).

Projek ini di jangka siap pada 2015 . Sebuah Hotel bertaraf 4 bintang akan di bangunkan - mungkin di tapak Nadias Inn Resort .

Selamat maju jaya untuk penduduk Langkawi .

Sila klik di bawah ini tahu lebih lanjut.
_________________________________

_________________________________