Followers

Saturday, September 20, 2008

Satu lagi video pada Hari keluarga
Satu lagi video pada hari keluarga bagi acara PULANGKAN TELUR PENYU .
yang di adakan di Pantai Pasir Tengkorak ,Jalan Datai Langkawi .
Aku yang berbaju kuning dan termengah-mengah .

Penattt..oooooo....Lama sangat tak senaman............


Friday, September 19, 2008

Cerita Seorang Anak dan Ayah - sekali sekala layannnnnn..

Tajuk : Surat Untuk Ayah

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.


Moral : Cakap biar teranggg..

Monday, September 15, 2008

Perjumpaan 13Sept 2008 - Bekas Pelajar SMVK 90/91

Ini adalah sebahagian gambar yang di hantar oleh Zaki Tyson selepas perjumpaan atau majlis berbuka puasa yang telah di adakan pada 13 sept 2008 ,bertempat di Pelaga Café Seksyen 13,Shah Alam .Zaki kata ramai juga yang datang ,ada yang bawa isteri dan ada yang bawa suami serta anak-anak .
Mungkin yang hadir tu mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor .Harap-harap nanti ramai lagi yang pergi jika ada penganjuran .Perjumpaan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kangar 90/91 ini di adakan dengan selamatnya .Harap – harap peluang sebegini dapat mengeratkan lagi semangat kawan yang telah lama terputus .Moga akan kekal dan anak-anak pun akan mengenali kita .


Antara yang hadir di Restoran Pelaga Café itu seperti Sazmi ppn,Raja Azlan ,Firdaus Ghazali serta isteri ,Hosnita ppj bersama suami ,Zaileha ppn ,azizan ppn,khairul sukmi,Nizam,shah BB,Shukri (mat kot) .

Ini juga adalah sebahagian gambar yang di hantar oleh Zaki Tyson .Sorry gambar tak berapa jelas .Pesanan ..nanti beri gambar yang jelas skit .