Petang ni lepas balik kerja anak isteri ajak pi jalan-jalan . Jadi kami pergi kawasan yang terdekat dengan rumah . Ambil kunci kereta terus ke Pantai Kok .
Kawasan Pantai Kok ini terletak berdekatan pula dengan Burau Bay / Cable Car / Telaga Tujuh dan sebuah resort 5 bintang baru di Perdana Quay - kat Telaga Harbour Park tu -
The Danna Resort .
Kat Pantai Kok ni ada gerai jual bihun sup / koy tiew sup / mee rebus dan banyak lagi . Jadi apa lagi pekena bihun sup ..Najibah makan Koy tiew sup .. Najihah hanya makan tembikai sahaja . 2 mangkuk bihun sup + 1 mangkuk koy tiew sup + 2 mangkuk hirisan tembikai + 3 gelas oren = total = RM13.00 .. makan kat situ .Pemandangan mememang menarik kat sini .
Najibah pulun makan koy tiew sup ..
Video yang sempat di ambil..
Sudah makan terus ke tepi pantai - main pasir .
Nabil tak sabar nak mandi laut tu ..tapi tak boleh mandi -main saja . Tapi Nabil kalau main habis seluar dan baju basah . Bila Nak balik baju dan seluar di tanggal kan ..hehe ..
Kawasan berdekatan dengan Pantai kok iaitu Perdana Quay ( ambil gambar masa kami nak balik ).
Bukan calang-calang orang ler kalau menginap kat sini . Rasa - rasa semalam RM700 ke atas utk 1 bilik . Tapi apa salah nya kalau nak cuba .. mesti menarik .