Hari yang di hebohkan di Langkawi mengenai Raja Ular berbisa iaitu Othman dan isterinya akan tinggal bersama lapan jenis ular berbisa di dalam sangkar atau tempat yang di khaskan untuk mereka berdua dan juga ular berbisa tersebut .Tujuan nya tinggal bersama ular ini adalah untuk membuat kajian ke atas ular tersebut .
Ini adalah hari pertama Othman dan isterinya mula tinggal dengan ular-ular berbisa tersebut .Masuk pula pada hari pembukaan ini adalah percuma .Bawa Najibah dan juga Najihah serta Mama tengok sekali .Mula masuk jam 3ptg ada pertunjukkan permainan ular oleh para penjinak ular yang bekerja di situ .
Di Langkawi ini lokasi Taman Ular terletak di kawasan Mata Air ,Ulu Melaka atau lebih di kenali sebagai kawasan Tok Senik .
Seronok juga tengok gelagat Najihah .Najihah pun terkejut juga tengok ular senduk yang di cium oleh penjinak ular tu .
Kepada sesiapa yang nak datang tu ..,ada berbagai jenis ular berbisa di pameran ini .Sila lah datang tiket masuk murah jer RM10 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak
No comments:
Post a Comment