Sunday, July 05, 2009
Friday, May 22, 2009

Beliau dulu adalah rakan sekuliah akau kat Politeknik Kota Bharu , Kok Lanas , Kelantan .
Kami sama -sama ambil kursus DAD selama 3 tahun kat sana .

Jaya anak kelantan . Sekarang beliau telah pun berjaya di bidang nya sendiri ..sebagai ketua bahagia Mekanikal kat CIAST - Shah Alam .
Dah lama tak jumpa . Nasib baik dia call .Hari ni masing-masing dgn haluan sendiri . Tapi kawan tetap kawan . Masa dia nak balik hari kami pergi makan kat Pantai Cenang .Pekena Laksa .Flight di jam 5.40 ptg MAS .
Lama juga sembang .. ada sorang lagi kawan yang dia bawa Hazid . Dari ILP kat Pahang .Best juga Laksa kat Pantai Cenang tu .Siap ambil gambar kenangan skit .
Saturday, May 02, 2009
Dulu Najihah susah sungguh nak makan ubat . Tapi sekarang dah ok dah ..cuma perlu ayat power baru boleh ..yang penting kakaknya perlu makan ubat baru dia ikut .Dah tahu dah cara mana nak suruh Najihah makan ubat .
Jadi sekarang ni perlu lah bagi ayat 'power' dan kakaknya Najibah perlu juga ada di sisi .
Saturday, April 11, 2009
Tengok macam – mana nak beri Najihah makan ubat . Kakaknya, Najibah terpaksa tolong mama untuk memudahkan Najihah makan ubat .Selalunya Najihah akan tutup mulut dengan giginya supaya ubat tersebut tidak dapat masuk ke dalam mulut . Tapi lepas paksa dia akan buka mulut pastu ,di luahkan pula ubat tersebut .
Lepas tu dah ok . Kena makan juga ,doctor kata kalau tak makan kena cucuk .
Harap-harap Najihah cepat sembuh .
Wednesday, April 01, 2009
Saturday, February 28, 2009
Thursday, February 26, 2009
.......Peneraju kepada topik/niche/bidang yang anda bincangkan.
Peluang untuk dikenali di internet (personal atau perniagaan)
Peluang untuk buat duit di internet dengan banyak. Traffic = $$$$$
Peluang untuk mendapat targeted trafik yang tinggi dan berkualiti.
PANDUAN SEO
Sebelum saya mengunakan model seo ini, saya juga seperti anda iaitu tercari-cari bagaimana cara yang paling mudah dan tidak begitu teknikal untuk membawa website/blog ke kedudukan yang baik di google.com. Antara lain masalah yang anda hadapi adalah:
1. Website/blog yang tidak dijumpai di Search Engine Result Page
2. Website/blog yang tidak pernah di index di Google.com
3. Website/blog yang tidak pernah dikunjungi oleh trafik dari search engine
4. Tidak tahu bagaimana membuat "link building"
5. Tidak tahu struktur website/blog yang mesra search engine
6. Tidak tahu bagaimana mengatur kedudukan website/blog di search engine
Bagaimana sekarang?
Anda masih tercari-cari formula yang berkesan untuk mendapat trafik dari search engine? Tiada lagi masalah untuk anda....
Antara yang terdapat dalam website beliau .
Friday, February 13, 2009
Wednesday, January 07, 2009
Ali & Abu ialah dua sahabat baik.
Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.
Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."
Abu : "Berita apanya?"
Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."
Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"
Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana..."
Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."
Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.
Di Kaki Gunung Kinabalu...
Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."
Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."
Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.
Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."
Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."
Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..
Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"
Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"
Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"
Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"
Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib' yang tidak wujud sebenarnya..."
Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"
Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah tanpa usul periksa..."
Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"
Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."
Ali : "Hmmm..."
Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."
Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya...kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul...."
Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."
Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"
-Tamat-
Anda mungkin pelik kan...apa benda cerita ini...macam cerita dongeng aje...
MORAL CERITA 'LIF AJAIB'
Sebenarnya, apa yang ingin saya beritahu anda ialah jika anda ingin melakukan sesuatu seperti mencari duit di internet maka anda perlukan ILMU yang betul bukan hanya menyertai sesuatu program kemudian tunggu duit masuk macam dijanjikan, ianya amat mustahil.
Satu perkara yang anda lupa atau terlepas pandang....
Bila anda nak buat duit MAKNANYA anda HENDAKKAN duit dari ORANG LAIN....
Maksudnya, orang lain yang akan berikan anda duit.
Orang lain yang akan keluarkan duit dari kocek mereka dan beri pada anda.
Bukannya Program Janawang yang beri anda duit.
Duit bukan datang dari Program...duit datang dari orang2 lain.
Jadi...yang paling penting di sini ialah...bagaimana anda hendak membuatkan orang lain memberi anda duit...
Itu yang sebenarnya...
Oleh itu...bagaimana nak dapatkan duit dari orang lain? Minta derma ke?
Jawapannya : ILMU...belajar ilmu dan teknik yang betul...
Orang akan beri anda duit jika anda berikan apa yang mereka mahukan...
Ini bermaksud, anda mempunyai produk dan orang yang berminat akan membelinya dari anda dan anda akan dapat DUIT..
Mesti anda mula rasa macam tak best aje kan...tetapi itulah hakikatnya...
Macam anda sendiri...anda hanya akan keluar duit kalau anda berminat dengan sesuatu benda...betul atau tidak?
Mungkin anda akan cakap.."saya tak ada produk nak jual..."
Itu senang aje...anda jadi affiliate (ejen)...promosikan produk orang lain dan anda dapat KOMISEN...
Tak tahu cara nak buat affiliate?...
Mudah saja...anda belajar...benda yang kita tidak tahu...kita kena belajar...
Belajar kenali affiliate
Belajar pilih produk yang sesuai
Belajar cara dan teknik nak promosikan affiliate
Belajar bagaimana nak menghasilkan sekurang2nya RM2,000 sebulan
Pokoknya, kalau anda nak buat duit di internet...ANDA WAJIB BELAJAR ILMU-ILMUNYA...
Email di terima dari Lisa Helmi .
___________________________________
Belajar Cara berniaga di EBay - klik sini
Rahsia -Dengan Youtube boleh Buat Duit ( alang2 upload sampai dapat duit )- klik sini
___________________________________
http://www.panduanmelanconglangkawi.com
http://www.langkawipages.com
http://www.gadgatessite.blogspot.com
Saturday, December 27, 2008
Tuesday, December 23, 2008
Semasa dah nak balik dan berada di Lapangan terbang Kota Kinabalu baru jumpa orang kampung sendiri iaitu NORBEK .Beliau bekerja dengan Tabung Haji di Kota Kinabalu .Memang dah lama tak jumpa lebih dari 20 tahun .Dan rakan-rakan lain juga kenal dengan beliau kereta pernah belajar sekali di Sekolah Menengah Mahsuri dahulu .
Kami bertolak dari KK ke LCCT jam 2.45ptg
Hari kedua adalah hari membeli belah di lokasi-lokasi terkenal dengan ciri-ciri unik negeri Sabah .Bergerak keluar di awal pagi ke Tamu Kota Belud .Pasal yang menjual berbagai –bagai barang-barang pasar – basah dan kering ,serta berbagai alat-alat yang di gunakan oleh masyarakat Sabah di sini .Apa lagi tengok-tengok le pisau atau parang yang banyak di jual di sini .Beli juga satu pisau yang ada ukiran di sarung pisau tersebut - harga pun mesti la murah kat sini .


Kat sini juga ramai rombongan yang membeli Raja Kayu dan juga Kayu Tas yang boleh di gunakan untuk merawat berbagai penyakit bagi penduduk di sini …dan ada juga sesetengah penduduk Malaysia yang mengenali kayu tersebut .
Di sini apa yang paling murah dijumpai ada menjual Madu Lebah dan di perahkan sekali dengan sarang lebah tersebut (dijamin original) pada sebuah botol yang besar ,kalau di tempat saya beharga RM80 .Di sini harga untuk madu lebah asli ini berharga hanya RM10.00 sehaja .


Selepas balik di Kota Belud kami singgah makan tengahari di Kolej E, Universiti Malaysia Sabah dan bersembahyang di Masjid tersebut .Semasa perjalanan dari Kota Belud ke UniMas ini ada juga peminat yang berselera buah Tampoi .Banyaknya makan buah Tampoi .


Selepas itu kami singgah di tempat membeli belah iaitu di Pasar Filipino di Kota Kinabalu ini .Terubuk masin yang di pesan sudah di beli .Ada juga berbagai macam batu untuk gelang tangan ,anting-anting dan sebagainya ..ramai yang cadangkan singgah sama di Kedai Jamilah – sebab boleh dapat murah lagi .
Balik ke Tabung Haji dan berehat serta tidur .
Melancong Ke Negeri Sabah
Hari pertama di Sabah adalah aktiviti meninjau keindahan fauna dan flora negeri Sabah .Peluang untuk merakam foto di lokasi yang berlatar – belakangkan pemandangan indah dan hebat .Lokasi di Kaki Gunung Kinabalu dan juga di Air Panas Poring ( Poring Hot Spring ),Sabah .Serta juga melalu ‘Canopy Walkway’ iaitu berjalan di atas jambatan gantung setinggi 100mtr dari tanah melalui celah-celah kanopi hutan tebal .Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Poring mengambil masa lebih kurang 3 jam .
Thursday, December 18, 2008

Ok lah boleh link dan tengok info-info terbaru pasal keluarga Makteh dan Pakteh serta cerita Umairah dan juga Nurin ...maaf la ..kami tak tahu tarikh b/day Nurin pada 13 Dec hari tu ...ni baru tengok ... dan baru tahu ..
Besok ( 19 -22 Dec 2008 ) Kami semua nak bertolak ke Kota Kinabalu ,Sabah .Flight jam 12 tgh dari Langkawi ke LCCT dan LCCT ke Kota Kinabalu . Ramai juga group yang nak pergi nanti semua kawan2 pakcik . ..
Tuesday, December 16, 2008
Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Mentor Jutawan Malaysia!
Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Dalami minda jutawan supaya anda juga dapat mengaplikasikan minda yang sama.
Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana?
Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau bermula dari ZERO kini menjadi HERO?
Bagaimanakah mindset seorang jutawan Malaysia?
Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini di mana anda juga boleh amalkan?
Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan mencapai kecemerlangan?
Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal, gagal, gagal, dan gagal lagi?
Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan ini?
Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan?
Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih tidak menjadi jutawan?

Monday, December 08, 2008

Monday, November 24, 2008
Monday, November 17, 2008
Najibah hadir di Komplek Kraftangan Langkawi di Teluk Yu untuk menerima hadiah untuk akhir tahun anugerah kecemerlangan KEMAS yang di buat di tempat tersebut .Anjuran ini telah di buat bersama Kemas Lafarge Langkawi dan juga Kemas Pasir Hitam .


Anugerah ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Adun Air Hangat , YB Mohd Rawi .Beliau juga telah menyampaikan anugerah serta hadiah kepada pelajar - pelajar ini .
Termasuk lah Najibah .
Sunday, November 09, 2008
Saturday, November 01, 2008
Sekali sekala kena ajar anak gosok gigi juga. Kadang-kadang kalau kita suruh sendiri memang anak tak nak gosok .Macam-macam idea nak suruh anak berus gigi .Janji dia boleh gosok sendiri .Kadang-kadang tu kita tolong berus tapi dia lari .kadang-kadang tu bagi berus dia baling .Jadi kita carikan model untuk dia berus gigi dan jadi kan keadaan suasana tersebut ceria .Model ini adalah kakaknya Najibah ...untuk menunjukkan kepada Najihah cara-cara untuk berus gigi sambil berseronok .Nampaknya berjaya ...boleh tengok kat vedio tu ...
Sewa kereta dan juga pakej penginapan di Langkawi ..klik sini
Thursday, October 23, 2008
Wednesday, October 08, 2008
Pada hari raya ke 4 (Sabtu) satu perjumpaan bekas pelajar SMVK 90/91 telah di adakan di luar KFC jalan Stadium Darulaman (Bersebelahan Stadium Darulaman dan juga Hotel Seri Malaysia .Perjumpaan yang pertama kali di adakan di Utara Semenanjung Malaysia .

Ramai juga kawan-kawan yang hadir pada masa tu .Bagi saya hari raya tahun ini sangat meriah sekali dengan adanya perjumpaan ini .Ada yang bersalaman dengan kawan-kawan tapi tak ingat nama ,ada yang sudah berubah wajah (bertambah sihat) ,ada yang masih macam dulu juga dan ada yang sudah beristeri/bersuami dan masih ada lagi yang belum kahwin .

Walaupun perjumpaan ini mempunyai masalah sedikit pasal lokasi ,tapi ia sungguh meriah .Sampai tak sempat nak bersembang lama ..bila cakap dgn kawan ni ..kawan tu pula tanya soalan lain ..lepas tu kawan sorang lagi pula tanya soalan lain ..

Antara kawan-kawan yang hadir dari Langkawi ..aku,jas Ek,Ismail KFL .Dan yang lain Zaki Tyson,Shabani Auto,Din Trash,Khairul Sukmi,Nidzam bunga,Azrin Serawak,Idris(Nawab),Amir BB,Norzaileha PPj,Norhairani PPJ,Zaidi PPN,Rosli Bunga BB,Sazmi PPN,Anuar EK,Mahadzir KFL,Sani PPN,Shaharudin ABM,Mohd Zaini EK,Fazdli BB,Ghazali Auto,Khairul K’on ABM,Zawawi Auto , Muhisham EK,Fesol KFL, dan ada lagi bekas pelajar wanita ... Gambar Zaileha dan Halimaton tak ada dalam simpanan saya .Nanti saya akan dapatkannya .

Gambar- gambar semasa perjumpaan tersebut .Ada lagi gambar yang di ambil menggunakan kamera kawan-kawan yang lain ,harap2 diorang dapat hantar gamabr tersebut semoga jadi kenangan kepada kita .Bagi-bagi ler gambar tu yer .Kepada Nawab email ler kat aku sama ,atau hng masukkan dalam flickr ke , facebook ker, fototpage ker supaya senang kita nak copy ...hehehe . Nanti aku akan upload lagi ..


Apa-pun ucapan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin untuk semua kawan-kawan samada yang hadir ataupun yang tak hadir pada hari tersebut .Ada masa lain kali ,kalau tiada masalah kita berjumpa lagi .Rancang betul-betul harap jadi ...jumpa lagi .
Friday, September 26, 2008

Apa pun kalau ada kawan-kawan yang berminat sila hubungi Din Trash (dulu kat sekolah panggil Din Trash - la ni panggil apa tak tau la pulak ) 017-6918238 . Rasa-rasa dia ada kat Alor Setar . Harap kita berjumpa semula ...datang jangan tak datang ok ..saya janji saya akan datang jika tiada apa-apa masalah .Harap2 kawan yang dok kat KL dan Selangor pun dapat datang - Zaki jangan lupa bagitau kawan-kawan .
Monday, September 22, 2008
Saturday, September 20, 2008
Friday, September 19, 2008
Tajuk : Surat Untuk Ayah
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
Moral : Cakap biar teranggg..



















