Followers

Tuesday, December 23, 2008

Melancong Ke Sabah ( 19 - 22 Disember 2008 )

Sabah Hari Ke 2 ;

Hari kedua adalah hari membeli belah di lokasi-lokasi terkenal dengan ciri-ciri unik negeri Sabah .Bergerak keluar di awal pagi ke Tamu Kota Belud .Pasal yang menjual berbagai –bagai barang-barang pasar – basah dan kering ,serta berbagai alat-alat yang di gunakan oleh masyarakat Sabah di sini .Apa lagi tengok-tengok le pisau atau parang yang banyak di jual di sini .Beli juga satu pisau yang ada ukiran di sarung pisau tersebut - harga pun mesti la murah kat sini .

Kat sini juga ramai rombongan yang membeli Raja Kayu dan juga Kayu Tas yang boleh di gunakan untuk merawat berbagai penyakit bagi penduduk di sini …dan ada juga sesetengah penduduk Malaysia yang mengenali kayu tersebut .

Di sini apa yang paling murah dijumpai ada menjual Madu Lebah dan di perahkan sekali dengan sarang lebah tersebut (dijamin original) pada sebuah botol yang besar ,kalau di tempat saya beharga RM80 .Di sini harga untuk madu lebah asli ini berharga hanya RM10.00 sehaja .


Selepas balik di Kota Belud kami singgah makan tengahari di Kolej E, Universiti Malaysia Sabah dan bersembahyang di Masjid tersebut .Semasa perjalanan dari Kota Belud ke UniMas ini ada juga peminat yang berselera buah Tampoi .Banyaknya makan buah Tampoi .
Selepas itu kami singgah di tempat membeli belah iaitu di Pasar Filipino di Kota Kinabalu ini .Terubuk masin yang di pesan sudah di beli .Ada juga berbagai macam batu untuk gelang tangan ,anting-anting dan sebagainya ..ramai yang cadangkan singgah sama di Kedai Jamilah – sebab boleh dapat murah lagi .
Balik ke Tabung Haji dan berehat serta tidur .

No comments: