Followers

Sunday, July 06, 2008


Pesta Mencari Siput Kabung Di Selat Lubuk Chempedak ,Langkawi .




Masa balik kampung di Selat Lubuk Chempedak ,saya tengok orang ramai sedang mencari sesuatu di tepi laut .Dahulu tempat tersebut di kenali oleh penduduk kampung sebagai ‘Bohor Kabung’ .’Bohor’ adalah nama bagi sesuatu kawasan laut yang singkat (tidak dalam) yang mana tempat tersebut diliputi pasir dan orang boleh berjalan kaki melalui tempat tersebut .’Kabung’ pula adalah nama dari sejenis siput yang dipanggil oleh orang kampung dengan nama Siput Kabung .Mungkin sesetengah tempat memanggilnya dengan nama lain .Siput Kabung ini lebih kecil daripada Siput Sudu yang di teknak oleh orang kampung di sini .Siput Sudu ini adalah nama yg di panggil oleh orang kampung .


Dahulu kawasan ‘Bohor Kabung’ memang mempunyai banyak siput di situ .Memang orang tua-tua (orang lama) memungut siput tersebut untuk di makan…dah lama ..masa umur saya 7 – 8 tahun dahulu lebih kurang 27 tahun dahulu .Selepas itu tiada lagi siput yang terdapat kat situ ..yang tinggal hanya nama Bohor Kabung sahaja .


Tapi hari ni bila saya balik kampung dengan anak-anak dan isteri …muncul kembali Siput Kabung ini .Tak tahu sebabnya .Banyak pulak tu .Sekarang ramai orang kampung pergi memungut siput ini .Lokasi nya mudah di Kampung Selat Lubuk Chempedak ,Langkawi .

Apa lagi kami pun ambil peluang makan sama ,siap bawa balik rumah lagi .Di sini ada gambar siput tersebut .Bagi saya mungkin ada sesuatu yang menarik di tempat – pantai tersebut yang menyebabkan munculnya kembali siput ini .


Bayangkan sudah lebih 25 tahun kini muncul kembali …menarik bukan ! Sekarang ni orang kampung masih lagi memungut siput tersebut dana saya pun balik semula kerumah bersama keluarga dan membawa pulang siput yang telah dibelah kulitnya untuk mengambil isi siput tersebut .


Kereta Sewa Di Langkawi dan Pakej Penginapan di Langkawi - Iswara = RM50/24hrs

No comments: