Followers

Wednesday, June 18, 2008


Mengunjungi Underwater World Langkawi

Menjadi penduduk atau kepada semua pekerja yang bekerja di Langkawi amat bertuah kerana promosi dari Underwaterworld Langkawi – Kerana di beri diskaun untuk mengunjungi dan melihat berbagai ikan air tawar dan kehidupan laut pada harga RM10.00 utk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak .


Pada harga biasa untuk mengunjungi Underwater world Langkawi ini pada harga RM28.00 dewasa .Pemberian diskaun untuk penduduk dan pekerja di Langkawi adalah sempena pembukaan semula kawasan tangki /terowong ikan yang telah di racun dahulu .
Najibah sebelum ini telah pun datang mengunjungi Underwater World Langkawi .Tapi bagi Najihah ini adalah yang pertama beliau tengok ikan kat sini .Ingatkan takut ..bersemangat sekali ..seronok tengok aksi – aksi Najihah dan Najibah semasa tengok ikan kat situ .Seronok….!! .Antara yang menarik di tempat tersebut adalah Penguin dan juga aksi Anjing Laut kat situ .Siap bergambar …bukan setakat Najihah dan Najibah jer yang seronok ..termasuk MAMA dia sekali ..amboi lebih-lebih pula !
Ok utk tiket diskaun ini kami hanya membayar hanya RM20.00 sahaja utk 4 orang kami .2 dewasa dan 2 kanak-kanak di bawah 5 tahun .


Sesiapa yang belum datang lagi terutama penduduk Langkawi ,tawaran ini sehingga 30/jun/008 .
Tak tengok rugi .Peluang dah diberi .Buka senang nak dapat diskaun macam ni .
Apapun koleksi gambar disimpan di http://www.flickr.com/photos/roslan
Dan koleksi untuk video di simpan di http://www.youtube.com/roslankasim
Boleh ler link tengok kat situ .

No comments: