Followers

Thursday, May 01, 2008

Perkelahan di Pantai Pasir Tengkorak ,Pulau Langkawi

Sempena hari cuti pekerja
( 1 Mei 2008 ),kami sepakat sekeluarga pergi berkelah di Pantai Pasir Tengkorak ,Langkawi . Perancangan pagi di rumah,ialah masak dahulu sebelum pergi .Pada jam 10pg semua telah siap sedia bertolak dari rumah ke Pantai Pasir Tengkorak .Lebih kurang jam 10.30pg kami pun sampai .Ingatkan kami yang awal sampai kat situ ,rupa-rupanya ramai dah yang ada termasuk sekumpulan pelatih perguruan dari negeri Perlis yang datang berkhemah di situ .Lepas tu ada juga satu kumpulan pelajar dari SMLangkawi Pulau Tuba .
Sampai Pantai Pasir Tengkorak ,Najibah ajak mandi …tengok keadaan tu air dah pasang ..ombak pun kuat juga ..ajak makan nasi dulu .Kami pun makan bersama setelah dapat lokasi yang sesuai .
Najihah nak main air sungai yang ada mengalir kat situ .Suruh kakak Najibah main sekali dengan Najihah dan pas tu ada juga anak-anak yang lain datang bermain sama kat sungai kerana kat pantai tu pun dah ramai yang mandi ,lagipun kat tepi sungai tu juga air sejuk serta teduh skit .
Lepas makan semua sudah siap di simpan .Orang ramai sudah mandi mandi kat Pantai Pasir Tengkorak ni .Pas tu ada lagi yang masih datang lagi .Mandi pun best kat sini .Kira ok ler pasal sempena dengan cuti hari pekerja ni boleh datang berkelah bersama-sama .Dah lama tak datang berkelah .Kat sini ok .Ramai juga pelancong yang datang mandi manda …di hujung minggu juga penduduk tempatan juga ramai yang datang .Kalau datang kat sini jang pula lupa ke tempat air terjun yang tertinggi di Langkawi ni.Iaitu air terjun TEMURUN .Air terjun tu memang tinggiiii. Rugi ler sapa..sapa yang datang ke Pantai Pasir Tengkorak tidak pergi ke Air Terjun TEMURUN kerana lokasi kedua tempat ini berdekatan .
Setelah lama juga mandi dan hamper jam 1 tgh kami pun berangkat pulang ( Najibah tak nak pulang lagi ..pujuk juga sebab abah ada keje skit ) . Dalam perjalanan pulang tu sempat singgah beli mempelam kat jalan simpang Datai memang kawasan ni adalah lading mempelam jenis CUKANAN atau CAKANAN lebih bunyi macam tu .Memang Ladang mempelam yang terbesar di Langkawi ini – Jalan Datai .

No comments: