Hari Khamis awal pagi balik naik feri ke kuala Perlis . Ambil kereta sewa terus ke office IM Global di Alor Setar . Jumpa pn Sariah untuk ambil dokumen Tmn Teja Changlun serta kunci rumah .
Perjalanan ke Hospital Pakar Metro Sungai Petani utk berjumpa dengan Doktor Pakar perut iaitu buyer Tmn Teja .
Singgah di makan kat higway Gurun
Alhamdullillah ..doktor berminat dgn rumah ini . Kemungkinan esok hari akan pergi melawat rumah tersebut .
Pulang semula ke Alor Setar sebab ada program di pejabat IMglobal penerangan oleh pihak lawyer Mohd Akhir & Partner di sampaikan oleh Pn Rozakiah (Peguambela & Peguamcara ) Sampai lewat skit pasal tersesat kat bandar Sungai Petani tadi .
Lepas selesai penerangan menuju ke Kuala Kedah ambil isteri dan anak2 untuk balik ke Alur Ganu - esok kan cuti - tumpang ler balik .
Esok pagi ajak isteri dan emak ke nat jumaat di Pauh dan singgah sarapan pagi di Restoran Tok Keramat .
Di hadapan Restoran Tok Keramat
No comments:
Post a Comment