KUAH - Pembentangan bajet 2012 disifatkan sebagai mesra rakyat membabitkan semua peringkat, kawasan dan negeri.
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, peruntukan sebanyak RM420 juta untuk pembangunan Langkawi diyakini dapat melonjak dan menjana pendapatan negara menerusi pelancongan sekali gus meletakkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terulung di Malaysia dan antarabangsa.
“Saya mewakili penduduk Langkawi bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi perhatian khusus terhadap pembangunan pelancongan di Langkawi,” katanya.
Menurutnya, peruntukan RM420 juta itu dipercayai mampu memberi kesan positif kepada penduduk Langkawi untuk sama-sama berusaha dan mengambil peluang yang terbuka dari peruntukan itu.
“Rakyat perlu bijak teroka peluang perniagaan menerusi sektor pelancongan,” katanya.
Mengulas mengenai perancangan memperkemas Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Abu Bakar berkata, ia juga akan memberi nafas baru kepada pembangunan sedia ada dan berharap semua pihak dapat bekerja keras untuk merealisasikan harapan kerajaan.
Kakitangan awam, Sabitah Pa, 43, berkata, bajet 2012 secara umum adalah memuaskan dan menggalakkan terutama dalam mendengar keluhan rakyat.
“Peruntukan yang diperoleh akan membuka peluang baru terutama pada penduduk Langkawi, pelbagai aktiviti bertaraf antarabangsa juga perlu diperbanyakkan untuk menarik kemasukan pelancong secara berterusan,” katanya.
Menurutnya, mengulas mengenai janji kerajaan untuk menaik taraf sistem pengangkutan sedia ada, dia berharap isu kenaikan harga tiket feri dan mutu perkhidmatan feri dapat diselesaikan segera.
“Isu ini perlu diberi tumpuan supaya rakyat bawahan tidak terbeban,” katanya.
Pekerja swasta, Roslan Kassim, 37, berkata, peruntukan pembangunan pelancongan di Langkawi perlu dipantau untuk mengelak ia dimonopoli pihak tertentu.
“Rombakan terhadap Lada mesti telus, bukan hanya bertukar kulit sahaja tetapi isinya sama. Kerajaan perlu memandang kegagalan Lada sebelum ini terhadap pembangunan menyeluruh di Langkawi sebagai panduan,” katanya.
Menurutnya, isu kroni dan kerakusan kuasa dalam memperoleh projek di Langkawi juga tidak harus berlaku lagi.
“Sebagai contoh pembinaan jambatan Sungai Kuah yang masih belum menampakkan tanda-tanda siap. Rakyat nampak semua ini, banyak projek yang terbengkalai dan gagal disebabkan pelaksanaan yang lemah. Ini memberi kesan pada kerajaan selain menjejaskan imej Langkawi,” katanya.
Sumber : SinaHarian Online
* Kalau boleh drp RM420j tu .. RM5j pun dah jadi le untuk pembangunan PULAU TUBA ni ..utk pembangunan Pulau Tuba dan juga kesenangan penduduk nya . Jgn le buat projek yang masih lagi terbengkalai hingga sekarang ni ..harapan sebagai penduduk TUBA ..*
Wakil wakil penduduk PULAU TUBA
2 comments:
projek jambatan kuah tu dari mula2 sya dtg langkawi smpai skrg masih dok lagu tu ja. Leceh sungguh kalu lalu kat situ kan. Projek sape lah tu kan
Borgata Hotel Casino & Spa - JTR Hub
Located in 출장샵 Atlantic City, Borgata Hotel Casino & Spa offers 출장안마 the ventureberg.com/ finest https://febcasino.com/review/merit-casino/ in amenities and entertainment. It also provides a seasonal titanium flat iron outdoor swimming
Post a Comment