Followers

Monday, May 09, 2011

Nur Kasih The Movie - Cinta Pengorbanan dan Airmata ..

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2011: Diminati dan ditonton 19 juta orang, penangan drama bersiri Nur Kasih bukanlah sedikit. Tidak sama seperti drama bersiri yang lain, Nur Kasih mempunyai sentuhan tersendiri yang membuatkannya sentiasa dinanti.

Malah pengakhiran drama bersirinya, membuatkan khalayak penonton memberontak meminta agar penyudahnya disempurnakan. Dek kerana itu, Nur Kasih The Movie tampil sebagai jawapan kepada segala persoalan yang bermain di minda penonton.

Rata-rata penonton mahu mengetahui apa yang berlaku pada ketiga-tiga karektor utamanya iaitu Adam, Nur Amina dan Aidil.
Memahami kehendak dan permintaan khalayak jelas pengarahnya, Khabir Bahtia, Nur Kasih The Movie dihasilkan mengikut kehendak penontonnya serta disulami dengan mesej yang berguna.

Masih mengekalkan elemen cinta, pengorbanan dan kasih sayang sebagai asas, Khabir optimis, filem tersebut mampu mencuit hati khalayak

"Filem ini dihasilkan khas buat peminat drama bersiri tersebut yang begitu setia mahu mengetahui cinta antara Adam dan Nur serta kasih seorang abang, Aidil pada adiknya, Adam. Dari filem kita kembangkan setiap karakter agar jalan ceritanya menyentuh hati setiap yang menonton," katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton Nur Kasih The Movie di TGV, KLCC, baru-baru ini.

Mengakui satu tugas yang berat mengadaptasikan karya bersiri ke layar perak, kata Khabir Bhatia, skrip filem berbujet 2.8 juta itu terpaksa dirombak beberapa kali.

Sedutan dari filem Nur Kasih
"Memang susah untuk nak hasilkan sebuah filem yang diadaptasi dari drama bersiri. Satu cabaran buat saya dan penulis skrip, Mira Mustaffa. Tapi selepas melihat hasilnya saya sangat berpuas hati," jelasnya lagi.

Sementara itu, ditanya kepada Mira Mustaffa sudahkah bersedia sekiranya hasil kerja layar peraknya itu dipertikaikan oleh peminat fanatik siri itu, tutur Mira, dia bersedia dengan segala kemungkinan.

"Kami dah bagi yang terbaik dan ini saja yang boleh diberikan. Terpulang pada penonton untuk menilainya. Kami tonjolkan satu cerita yang mempunyai kesinambungan serta perkembangan watak dari drama bersiri ke filem. Guna acuan yang sama cuma pada skala yang lebih besar," jelasnya.

Lagu dari filem Nur Kasih



Dibintangi oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Liza Othman, Nur Kasih The Movie bakal membuka tayangannya di lebih 65 buah pawagam termasuk di Brunei bermula 19 Mei depan.

Nur Kasih The Movie diterbitkan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd, dan Juita Viden Sdn Bhd.


Artikel drp : Zyzamani MuraiDOTcom

1 comment:

Unknown said...

wahh. ramai cakap citew nie best.
tapi still belum berkesempatan nak tengok lagi.
huhu ~