Followers

Tuesday, March 29, 2011

Pergi KL mcm pi Indonesia ..Bengkel Shopping Chart

Baru-baru ni aku ada pi KL .
Tujuan utama pi KL nak belajar skit dgn En Zaki tentang pembinaan website yang di beri nama Bengkel Shopping Cart kat Puchong . Bengkel ini hanya sehari sahaja - dari pagi  ( 8.30pg )sampai ke petang ( 6.30ptg ) siap ada minum makan minum lagi .. makan memang sedap . Semua peralatan di sediakan oleh encik Zaki .
Encik Zaki juga ada menyediakan kursus melibatkan website seperti Bengkel Bina Website dan juga Bengkel Jomla .




Sebut pasal pi KL macam pi Indon ni ... mcm ni ... selepas turun di LCCT aku naik bas ke KL Sentral . Masa kat dlm bas tu ada 2 3 orang minah indon . Dia cakap dalam dlm telefon macam dalam kereta dia sorang- sorang duduk . Pas tu kawan2 dia pulak bersembang mcm diaorang dok di indon . Itulah Malaysia .

.. dan lagi ...
   Naik bas di Puchong pun macam tu driver nya Indon ... pastu dia turun kat tempat tunggu bas . Masa ni aku dah terlajak dah dari tempat aku pergi tu kat Hotel Sun Inn di Puchong tu .. takpe aku ambil pula teksi kat tempat bas berhenti tu .. alamak driver teksi ni pun Indon .. ( boleh ke diaorang dapat permit bawa teksi ) tapi memang driver teksi Indon di Puchong ni cekap bawa aku ke hotel Sun Inn .
   Baru ku tahu kat Puchong ni ramai driver teksi Indo.tak tahu pulak macam mana diaorang boleh dapat permit utk bawa teksi . Mungkin dah lama kot dok kat sini ...
.. Malaysia tanah air ku ..

( Yang aku tahu sahabat aku kat Langkawi -seorang driver teksi di Langkawi - pernah memohon berkali-kali utk dapatkan permit teksi - dan berkali-kali juga naik turun dari Langkawi ke Sungai Petani utk pohon permit teksi ni ,sekarang dah dapat dah - Sahabat aku ni warga negara Malaysia la - nama Hamid Ngah -orang Temonyong Langkawi - Bang Mid apa habaq lama tak jumpa )



1 comment:

zie said...

btul2 indon ke org jawa pakcik?