Followers

Wednesday, March 09, 2011

Bermain dan Makan di Pantai Kok Langkawi

Petang ni lepas balik kerja anak isteri ajak pi jalan-jalan . Jadi kami pergi kawasan yang terdekat dengan rumah . Ambil kunci kereta terus ke Pantai Kok .
Kawasan Pantai Kok ini terletak berdekatan pula dengan Burau Bay / Cable Car / Telaga Tujuh dan sebuah resort 5 bintang baru di Perdana Quay - kat Telaga Harbour Park tu - The Danna Resort .

Kat Pantai Kok ni ada gerai jual bihun sup / koy tiew sup / mee rebus dan banyak lagi . Jadi apa lagi pekena bihun sup ..Najibah makan Koy tiew sup .. Najihah hanya makan tembikai sahaja .  2 mangkuk bihun sup + 1 mangkuk koy tiew sup + 2 mangkuk hirisan tembikai + 3 gelas oren   = total = RM13.00 .. makan kat situ .Pemandangan mememang menarik kat sini .
Najibah pulun makan koy tiew sup ..

Video  yang sempat di ambil..
Sudah makan terus ke tepi pantai - main pasir .
Nabil tak sabar nak mandi laut tu ..tapi tak boleh mandi -main saja . Tapi Nabil kalau main habis seluar dan baju basah . Bila Nak balik baju dan seluar di tanggal kan ..hehe ..
Kawasan berdekatan dengan Pantai kok iaitu Perdana Quay ( ambil gambar masa kami nak balik  ).
Kelihatan sebuah Resort 5 bintang yang baru saja beroperasi di Perdana Quay ini iaitu The Danna Langkawi Resort .
Bukan calang-calang orang ler kalau menginap kat sini . Rasa - rasa semalam RM700 ke atas utk 1 bilik . Tapi apa salah nya kalau nak cuba .. mesti menarik .

1 comment:

Danielave said...

Langkawi memang menarik.Tahun lepas saya dan keluarga pergi ke sana .Kami tinggal di Hotel Helang dekat airport.Hotel ni pun cukup cantik dan bersih.

Rasanya nak pergi lagi ,mungkin next year kerana tak dapat naik cable car di sana kerana cuaca tak mengizinkan.