Followers

Sunday, January 09, 2011

Berita Harian Online | Tolong Ingatkan Aku Lagu Terbaik AJL25


Ana Raffali - Juara AJL25

KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan lirik oleh Ana Raffali menidakkan kekuatan 13 lagu lain untuk dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Lagu yang juga didendangkan oleh beliau sendiri itu menerima hadiah bernilai RM35,000 berserta trofi, yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar. Sementara itu, lagu Drama King nyanyian kumpulan Meet Uncle Hussain dan Black, karya Teja dan Tun Teja muncul naib juara, sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000. Tempat ketiga dimiliki lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam menerima hadiah bernilai RM12,000.


ANA Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku dinobatkan Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.
Kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan hadiah bernilai RM10,000 setiap satu berserta trofi menjadi milik penyanyi Hafiz dan Faizal Tahir menerusi lagu Noktah Cinta dan Hanyut.

AJL25 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 mencipta kelainan untuk tahun kedua sejak diperkenalkan 1992, yang mana semua lagu dipertandingkan secara terbuka, tanpa mengikut pecahan kategori Pop Rock, Balada dan Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.

Komposer terkemuka, M Nasir mengetuai barisan juri yang turut dianggotai Habsah Hassan, Acis, Azmeer, Amy (Search), Pacai dan Andy (Flop Poppy).
Lagu lain yang turut bersaing pada AJL25 adalah Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8); Ku Ada Kamu (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8); Cinta Sempurna (Yuna); Pelita (Loque/Loque/A.P.I) dan Berlari (Shazzy Ishak/Tomok).

Sofea Jane (Iswandy/Sham/Black Mentor); Mencari Konklusi (Noh/Noh/Hujan); Selamat Malam (Audi Mok/Faizal Tahir); Ekstravaganza (Sam/Bunkface) dan Jahat (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy).


No comments: