Followers

Friday, December 17, 2010

Bawa Najibah dan Najihah cat pagar Homestay

Masa cuti persekolahan ni ( disember ) homestay penuh .Ramai yang call terpaksa tolak sebab dah di booking . Kalau hari ni diaorang checkout ,esok tu mesti  checkin .Contoh pagi ni ada pelancong checkout awal pagi . Besok ada pelancong nak masuk .

Jadi ambil kesempatan hari ni untuk cat pagar yang tergendala . Jadi Mama kemas kat dalam rumah dgn Nabil . Najihah dan Najibah tolong abah cat pagar .

Hanya lokasi ini saja Najibah dan Najihah di benarkan untuk mengecat pagar . Itupun berebut-rebut nak mengecat .

Najihah membantu kakak Najibah mengecat pagar . Siap mandi lagi kat tepi tu . Mentang-mentang ler air free . Pantang jumpa air ,mesti nak mandi .
Sebenarnya proses mengecat pagar Homestay ni terpaksa di tunda sehingga hari yang akan datang ( tak tahu lagi bila sempat ) sebab nya HUJAN turun pulak dah . Tak sempat habis mengecat , cuaca kat Langkawi ni dah berubah dari panas terik menjadi redup dan hujan pun turun .
Jadi tak siap lagi ler proses mengecat ni .
Besoknya ada pelancong nak tinggal kat sini . Takpa lah nanti sambung lagi bila ada waktu nya .
Sebahagian yang telah siap di cat .. posing pulak kat situ Najihah .
Selepas mengecat  ( tak siap pun ) MAMA marah semua sekali sebab nya Najibah dan Najihah bukan saja cat pagar ! rambut , baju , seluar ,tangan semua diorang cat ...sapa nak basuh ni ..







No comments: