Followers

Monday, October 11, 2010

Pesan Dato Dr Fazilah Kamsah

Banyak juga email yang menceroboh dalam inbox aku . yang mana aku tak suka aku buang ler . Ada yang menarik cerita kadang tu aku terima . Ada info menarik ada info iklan dan sebagainya . Ini adalah email yang menarik bagi aku ..yang mana sebelum ni aku belum dengar lagi dan dlm tak sedar mungkin kita akan sedar .
Terima kasih kepada yg tolong forward kan nya utk aku dan aku upload kan dalam blog ini ,utk peringatan pada diriku dan juga orang lain

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu....

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Insya Allah


No comments: