Followers

Sunday, November 18, 2007

Keluarga Maklong/Paklong Najibah Datang Langkawi

Cuti sekolah telah pun bermula .Keluarga Maklong/paklong Najibah telah pun datang ke Langkawi .Tidur kat rumah Najibah . Antara yg turut datang sekali Farah , Najib , Farhan dan juga kakak Nurul Amalina .
Datang pada hari Jumaat tengahari .Pada Waktu petang semuanya pergi mandi kat Pantai Pasir Tengkorak di jalan Datai .Mandi puas-puas sampai air surut . Ramai juga ada orang yang mandi kat situ .Mandi kalau tak bawa pelampong rugi jadi , siap sewa pelampung kat situ .Habis mandi terus balik rumah .
Besok pula (sabtu) pegi naik Cable Car .Maklong dan Najib kata lain kali tak mau nak naik dah ...takut ..gayat ...Cuaca kat sana ok .Ramai orang dah sampai dan ada kat situ .Lebih kurang 2 jam ada kat atas tu ,siap bergambar dan sebagainya . Turun saja ,tengok ramai orang beratur panjang nak naik Cable Car .Nasib baik datang awal ,kalau tidak kena beratur panjang .

Lepas turun tu pegi beri makan arnab dan juga rusa yang ada berdekatan dgn Cable Car. Gajah pun ada Kalau nak naik 5 minit RM40.00 (2dewasa 1kanak-kanak) .
Lepas tu Maklong/Paklong Najibah ajak makan kat Restoran Nasi Ayam Pakya kat Kuah dan berangkat pulang ke Alor Setar jam 2.30ptg .

Lagi gambar kat Cable Car ...klik di sini..



No comments: