Followers

Saturday, February 09, 2013

Birthday Muhammad Nabil

Malam tadi , 09Feb2013 
Nabil dah cukup 3 tahun .
Kami makam malam di Jai Island Cafe . Lebih di kenali Jai Restoran . Berdekatan dengan pasar malam Kuah .
Walaupun takde kek dan lilin utk di tiup , kami makan nasi jer .
Makan malam kami jemput Acu dan kawan Acu ( Zaid ) makan sekali . Yang best nya kat sini sambil makan sambil tengok bola EPL  ( Tottenham Hotspur Vs Newcastle United ) .
Selesai makan kami terus balik selepas hantar Acu . Sekarang umur Nabil telah pun mencapai 3 tahun .







Sunday, February 03, 2013

Pertama kali tengok Nabil lukis

Ini pertama kali tengok Nabil lukis .
Nabil lukis rupa orang .. mula mula dia tunjuk mata dan hidung saja . Lepas tu sekarang ni Nabil dah mula boleh lukis rupa orang . Siapa yg ajar ni .. kakak Najihah ke kakak Najibah ? Terkejut juga . Baru jer lepas minum milo .

Sebelum melukis Nabil melakukan senaman jari
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Video Nabil sedang lukis rupa orang 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Nabil bersama Kakak Najihah dan Kakak Najibah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bersama dengan sepupu - Azid 







Sunday, January 13, 2013

Mencuba terapi buang toksin

Hari ni aku mencuba terapi buang toksin ..
Terapi Ion Detox Rendaman Kaki adalah sejenis terapi ion terkini .
Betul ke tidak tak pasti la .. selepas cuba menarik juga . Rm10 utk 30minit , boleh la ..nanti nak mai lagi . Alang - alang ada masa - baik kita cuba . 



Ini dia kebaikkan yang di beritahu .. boleh cuba ........
 ...Khasiat Rendaman Terapi Ion:-
1.Memperbaiki sistem buah pinggang dan hati
2.Menghilangkan keletihan badan
3.Menguruskan badan dan mengurangkan paras kolestrol dalam tubuh badan
4.Melancarkan Perjalanan darah
5.Menguatkan daya ingatan seseorang
6.Memulihkan penyakit gout,diabetis, sendi
8.Mengatasi masalah kewanitaan/sakit puan
9.Meningkatkan tenaga batin dan ketahanan badan
10.Merawat dan mencegah penyakit stroke/angin ahmar
11.Mengatasi masalah gastrik,kembung perut
12.Mengatasi masalah sukar tidur malam
13.Menghilangkan jerawat dan mencantikkan kulit

Kesan perubahan warna air selepas rendaman Terapi Ion:-
Warna Kuning kehitaman: Toksin dari saluran buah pinggang
Warna Kuning kemerahan: Toksin akibat Penyakit Gout
Warna Kuning berminyak: Toksin yang mengandungi Kolestrol
Warna Coklat kelabu : Toksin dari hati dan Hempedu
Warna Hijau tua: Toksin dari (Pundi hempedu) toksin ini boleh menyebabkan Batu Karang
Warna Buih putih belendir : Toksin dari kelenjar limpa Buih gelembung: Penyakit Gastrik
Warna Putih keju: Toksin ini boleh mengundang Ortoprosit tulang
Warna Hitam: Toksin dari Paru-paru, minuman berkafein, nikotin akibat rokok, dan pengamal ubat-ubatan
Warna Merah: Toksin inilah menjadi punca Perjalanan Darah tidak lancar..

AYUH! BEBASKAN TUBUH ANDA DARI RACUN&TOKSIN SEKARANG!...




 










Friday, January 04, 2013

Mandi di Lost World Of Tambun - cuti sekolah 2012

Mandi di Lost World of Tambun .
Satu lagi tarikan di negeri PERAK .. Ipoh .
Taman Tema Air di Malaysia - anak anak pasti suka . Sebelum ni kami pernah ke Taman Tema Bukit Merah - jadi sekarang ni kami cuba pulak tempat yang baru Lost World Of Tambun . Tempat nya di kelilingi Bukit di belakang taman ini . 
- Kalau tengok iklan terbaru dia akan datang nanti adalah roller coaster - masih lagi dalam pembinaan . Pasti menarik nanti .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Video

&&

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hotel terdekat di sini adalah Sunway Hotel . Tapi kami tidur di Hotel Seri Malaysia  (rekomen) sebelum besoknya mandi puas-puas . Hotel Seri Malaysia ni jauh skit - tapi berbaloi la dgn harga kalau berbanding dgn Sunway Hotel tu - sebab pilih hotel Seri Malaysia pasal jalan nya terus ke Tambun - tak perlu belok kiri atau kanan  . Kalau nak mandi dari jam 10 pagi hingga petang boleh - bawa masuk sekali baju sembahyang dan jua telekung . Tempat sembahyang di sediakan . Lepas sembahyang mandi lagi .

Jangan tak percaya sebab anak anak pasti tak nak balik . Nak sambung malam pun boleh untuk air panas . Pasti menarik kat sini untuk anak anak kita dan kita sendiri .





Sunday, December 30, 2012

Melawat Bukit Bendera Penang

Lama dah tak pi Bukit Bendera Penang ni .
Dulu masa umoq 17tahun pernah naik sekali ... la ni umoq pun dah 38 tahun .
Kami tidur 2 mlm kat Grand Continental Hotel di georgtown - tingkat 15
Tapi kalau tengok kat bawah dia ni masih lagi dalam ubah suai utk kemudahan dan sebagai nya  - seperti bangunan utk parking kereta belum siap lagi . Dan Train naik bukit pun dah laju dah .

 Bilik hotel ( grand Continental )
 dalam feri 


Thursday, December 13, 2012

Chalet di Kampung Selat Bagan Pauh Pulau Tuba

Di Langkawi ada sebuah satu lagi pulau yg mempunyai  penduduk lebih kurang 5000 orang . Pulau Tuba . Pulau Tuba adalah pulau ke 2 mempunyai kepadatan penduduk  - dan Pulau Dayang Bunting ke 3 ramai penduduk . 
Di Pulau Tuba terdapat beberapa motel atau chalet  utk pelancong  di antara nya Faridzuan Motel  , Tok Pah Motel ( Idan Motel )  berdekatan dengan jeti terpanjang di Kedah ini ini . Satu lagi motel ialah motel Tok Wan di Teluk Puyuh ( tak sempat nak upload gambar ) .

Nak bagi tau kat sini - Sebuah lagi motel di Bagan Pauh baru lagi sedang di bina oleh seorang penduduk di situ - aku panggil ' bang en' . Motel ini masih dan sedang di bina lebih kurang 5 pintu . bilik luas dan bilik mandi pun luas - harga dia bermula dengan RM60 semalam . Aku ada upload skit gambar dia -dan ada juga dalam website dengan nama Bagan Pauh Chalet . Menarik juga bersebelahan dgn jeti Bagan Pauh . Kalau sapa2 atau orang bandar nak kan kesunyian dan suasana kampung air / angin / bukit  - kat sini la tempatnya di PULAU TUBA . Kalau nak pakej memancing dan juga lawatan ke gua serta BBQ pun boleh di sediakan .  Bagan Pauh Chalet - walaupun masih dalam penambahbaikkan tapi sesetengah bilik boleh menerima tetamu atau pelancong - sedia utk tempahan   .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini pasal Bagan Pauh Chalet
Call Owner - Ismail -
017-5924213 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pakej memancing pun boleh di bincang kan hanya hubungi abang ismail
Ini gambar jeti yang berdekatan dengan Bagan Pauh Chalet 


Kalau nak tahu kat mana  - zoom dgn google earth lokasi chalet ni klik kat sini 

 Untuk booking Chalet ini -  Call Owner - Ismail - 017-5924213
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar chalet ni aku ambil masa balik kampung . Kat bawah ni aku upload skit gambar kami makan ramai ramai di rumah adik aku 


Besttttt ... masa balik ni abang aku pi memukat ikat bawal - dekat 20 ekor dia bagi bawal saja pastu campur pula dgn ketam / kerang / petai  / ulam raja / sambal belacan .. pehhhh .. makan ramai2 pulak ..

..