Followers

Wednesday, November 16, 2011

Bawa Nabil Ke Taman Burung Langkawi ( Langkawi Wildlife Park )

Hari ni kena mengasuh Nabil lagi .

Kakak Najibah sekolah Ewa
KakaK Najihah Kemas Lafarge
Mama pergi belajar menjahit .
Aku keja petang . Jadi kena la jaga Nabil sampai 12tgh .
Jadi 9pg bertolak pi ke Taman Burung Langkawi - masuk tunjuk IC boleh la tiket RM8 .
Nampak Nabil teruja sangat2



Wednesday, November 02, 2011

Bersama Pemain Bolasepak Kebangsaan di Komplek Kraf Langkawi

Hari ni tinggal Najihah tak pergi Kemas ..  . Mama pegi belajar menjahit  dan Najibah ke sekolah . Nabil ada dgn Shafrina anak jiran ( Kak Suri ) .
Jadi bawa Najibah pegi bayar duit kereta .. pastu balik singgah di Komplek Kraf Langkawi di Teluk Yu . Kat sini ada Minggu Kraf dan Budaya selama 3 hari . Bermula dari 1 - 3 Nov , banyak juga aktiviti yang di jalan kan antaranya pertandingan Congkak , jualan barang IKS mencorak dan mewarna batik dan lain-lain lagi ...



Sahabat Lama org kuat Sinar ( On Pa ) bersama Aidil


Bersama skuad Bola Sepak Kebangsaan menyertai acara mewarna Batik

Pelancong juga terlibat

Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Ewa juga di jemput

bersama jurulatih kebangsaan - Rajagopal






Monday, October 31, 2011

Apsal dgn gigi Nabil ni ?

Terperasan pasal gigi Nabil .
Masa dok main2 dgn Nabil ..tengah dok gelak2 nampak gigi Nabil warna merah .
Gigi ni baru nak tumbuh - tapi merah tak nampak langsung gigi yang nak tumbuh tu ..
Risau juga ni ..







Wednesday, October 12, 2011

RM420 juta untuk pembangunan Langkawi - Budget 2012

KUAH - Pembentangan bajet 2012 disifatkan sebagai mesra rakyat membabitkan semua peringkat, kawasan dan negeri.
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, peruntukan sebanyak RM420 juta untuk pembangunan Langkawi diyakini dapat melonjak dan menjana pendapatan negara menerusi pelancongan sekali gus meletakkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terulung di Malaysia dan antarabangsa.
“Saya mewakili penduduk Langkawi bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi perhatian khusus terhadap pembangunan pelancongan di Langkawi,” katanya.

Menurutnya, peruntukan RM420 juta itu dipercayai mampu memberi kesan positif kepada penduduk Langkawi untuk sama-sama berusaha dan mengambil peluang yang terbuka dari peruntukan itu.
“Rakyat perlu bijak teroka peluang perniagaan menerusi sektor pelancongan,” katanya.
Mengulas mengenai perancangan memperkemas Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Abu Bakar berkata, ia juga akan memberi nafas baru kepada pembangunan sedia ada dan berharap semua pihak dapat bekerja keras untuk merealisasikan harapan kerajaan.
Kakitangan awam, Sabitah Pa, 43, berkata, bajet 2012 secara umum adalah memuaskan dan menggalakkan terutama dalam mendengar keluhan rakyat.

“Peruntukan yang diperoleh akan membuka peluang baru terutama pada penduduk Langkawi, pelbagai aktiviti bertaraf antarabangsa juga perlu diperbanyakkan untuk menarik kemasukan pelancong secara berterusan,” katanya.
Menurutnya, mengulas mengenai janji kerajaan untuk menaik taraf sistem pengangkutan sedia ada, dia berharap isu kenaikan harga tiket feri dan mutu perkhidmatan feri dapat diselesaikan segera.
“Isu ini perlu diberi tumpuan supaya rakyat bawahan tidak terbeban,” katanya.
Pekerja swasta, Roslan Kassim, 37, berkata, peruntukan pembangunan pelancongan di Langkawi perlu dipantau untuk mengelak ia dimonopoli pihak tertentu.
“Rombakan terhadap Lada mesti telus, bukan hanya bertukar kulit sahaja tetapi isinya sama. Kerajaan perlu memandang kegagalan Lada sebelum ini terhadap pembangunan menyeluruh di Langkawi sebagai panduan,” katanya.
Menurutnya, isu kroni dan kerakusan kuasa dalam memperoleh projek di Langkawi juga tidak harus berlaku lagi.
“Sebagai contoh pembinaan jambatan Sungai Kuah yang masih belum menampakkan tanda-tanda siap. Rakyat nampak semua ini, banyak projek yang terbengkalai dan gagal disebabkan pelaksanaan yang lemah. Ini memberi kesan pada kerajaan selain menjejaskan imej Langkawi,” katanya.



* Kalau boleh drp RM420j tu .. RM5j pun dah jadi le untuk pembangunan PULAU TUBA ni ..utk pembangunan Pulau Tuba dan juga kesenangan penduduk nya . Jgn le buat projek yang masih lagi terbengkalai hingga sekarang ni ..harapan sebagai penduduk TUBA ..*

Wakil wakil penduduk PULAU TUBA



Sunday, October 09, 2011

Bajet 2012 - LADA dapat RM420juta utk pembangunan Langkawi

Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta bagi memesatkan lagi industri pelancongan negara. Harap2 LADA dapat membangun kan Langkawi serta meningkat kan pendapatan penduduk sekitar .
Cuba-auba lah fikir kan pasal pembangunan di PULAU TUBA utk penduduk kat situ .







Wednesday, October 05, 2011

Lassi Hurskainen

Kemahiran seseorang itu sukar di tandingi oleh orang lain jika usaha untuk mempelajari nya tidak pernah luntur . Pasti akan berjaya . Lihat sahaja penjaga gol ini , Lassi Hurskainen dari UNC Asheville . 






Tuesday, October 04, 2011

PMR dah pun bermula bagi tahun 2011

PMR dah mula . Hari ni hari Selasa 5/10/2010 .
Selamat berjuang untuk seluruh pelajar tingkatan 3 di Malaysia .
Kepada anak2 saudara sahabat adik kakak pakcik makcik paklong maklong berilah semangat utk anak2 kita berjuang di dalam PMR ( peperiksaan menengah rendah )

Najib dan Idan seperti pakcik dan makcik janji 
5A  - pakej melancong ke Genting + RM300 utk setiap orang .
janji .. selamat berjuang .




Sunday, September 25, 2011

Sepakat pekena ABC kat Tasik Dataran Lang

Malam tadi .. kami sepakat semua order ABC .
Lokasi : Restoran Laksa Penarak .
Sebelum tu ada juga pesanan istimewa untuk makan malam .
Jadi sebelum sampai makanan istimewa ( terlupa nak ambil gambar ) semua kena order ABC . Kecuali Nabil ,dia kena share dgn kami semua - takut nanti kalau order juga pasti tak habis . ABC kat Restoran Laksa Penarak ni memang ok la ..halus saja ..
Tiap tiap malam boleh di katakan mesti ramai pelanggan yang datang ..



Sunday, September 18, 2011

Motel utk di jual di Langkawi

Peluang kepada ahli perniagaan utk mengembangkan sektor perlancongan di Langkawi . Sebuah motel di Kuah utk di jual segera .

Mempunyai 37 bilik . Berdekatan dgn bandar KUAH . Tepi jalan utama .
 Masih lagi beroperasi sekarang ni .

Bumi ( freehold )
Harga : RM2.5juta ( harga tetap )

Hubungi : Roslan 0194172177



 



Sunday, September 11, 2011

Koleksi Hari Raya Kami 2011

Kami beraya di Langkawi dan Alor Setar dan Jitra  .
Selepas sembahyang hari raya di Selat , Lepas tu beraya dgn keluarga di sana di rumah tokwan Kasim Najibah . Jam 11.30pg ke jeti utk pulang ke Alur Ganu Kepala Batas .
Feri dari Jeti Kuah ke Kuala Kedah jam 12.30tgh . Sampai Kuala Kedah jam 2ptg .
Ambil kereta sewa ( kelisa ) terus ke Alur Ganu . ..



di rumah Makcik Kiah kalau sebelah keluarga aku .
Kalau sebelah keluarga isteriku di rumah Kak Ngah