Followers

Saturday, July 02, 2011

Jumpa Sahabat Lama Sekolah Menengah Vokasional Kangar ( 1990 - 1991 )

Jumpa sahabat lama .
Dulu masa 1990-1991 sekolahdi Sekolah Menengah Vokasional Kangar .
Aku ambik course Auto sahabat pula ambik course Elektronik .
Mohd Fishol mai dari Sungai Petani . Ingat zaman masa dok kat asrama . Sembang sampai pukui 1pg kat depan Kondo Istana Apartment .

La ni .. kat Langkawi Julai 2011


kat asrama SMVK 1990-1991

Tu bila nak jumpa pulak tak tau la .. pasai dia sebelum selalu outstation , ni kata nak qeja kat Malaysia pulak . Ok la tu  .Semoga berjaya dlm idup .



Saturday, June 25, 2011

Hari Anugerah Cemerlang Sek Keb Ewa

Pada 26jun2011  - Hari Anugerah Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Ewa .

Hari ni sekali lagi tak dapat nak pergi ke sekolah nak tengok Najibah terima hadiah . Sebelum ni perancangan memang nak pi - sebab kena kerja petang . Anugerah Cemerlang di sekolah mula pagi . Jadi boleh pi ler ... Tapi malam sebelum nak pi dapat call dari teman sekerja ," Lan ..esok saya cuti kecemasan selama 4 hari ," . Nak kata apa . Tak boleh nak pi ler .

Jadi terpaksa la mama Najibah bawa Nabil pi ( Najihah tak ikut sebab ke sekolah ). Takpe suruh mama ambil gambar dan video sekali . Nanti kita kat sini ..



Friday, June 17, 2011

Promosi Homestay di Langkawi

Promosi Homestay utk bulan Puasa

Harga utk bulan puasa ;

Homestay A = RM250 utk 3h2mlm
Homestay B = RM200 utk 3h2mlm






Sunday, June 12, 2011

Rumah dan Tanah utk dijual di Langkawi

Ada sebuah rumah utk dijual di Langkawi
RUmah terletak di Kampung KUAH , Langkawi .
5 minit saja jalan kaki ke Pasar Malam Kuah ( dekat dgn Baron Hotel )
Rumah ada 3 bilik tidur 1 blk mandi
Ruang tamu luas
Luas tanah 6040kps .
Harga : RM150000.00
Sekarang rumah tersebut di sewa sehingga bulan Julai 2011




View House for sale at LAngkawi in a larger map

Sila lihat google map di atas ( klik pada House for sale at LAngkawi )



Berminat ? Nak beli ker ?

Call : Roslan 019-4172177

 



Saturday, June 11, 2011

Aksi Najibah menyertai sukan hari keluarga di Pantai Cenang Langkawi

Nak masukkan sikit penyertaan Nurul Najibah pada hari keluarga yang lepas .
Aktiviti hari keluarga ini seperti biasa di adakan di Pantai Cenang Langkawi . Dan penginapan yang terlibat adalah Langkapuri Inn .
Semua bilik telah di tempah pada hari tersebut .
Acara yang di ambil oleh Najibah adalah ;
Bowling Pantai dan Lari dalam Guni .
Aku kena keja ari tu ..tak dapat nak pi ..
bagi anak-anak jer pi ..

Acara Bowling Pantai

Acara Lari dalam Guni

 

Wednesday, June 08, 2011

Langkawi homestay - Homestay DiLangkawi

Satu lagi homestay yang baru disediakan dgn nama

Homestay ini terletak bersebelahan dengan satu lagi homestay iaiut LANGKAWI HOMESTAY yang beralamat No. 482 , Tmn Nilam .
Alamat Homestay DiLangkawi ini ialah
No.480 , Tmn Nilam , Jln Air Hangat Langkawi .
Homestay ini mempunyai ;
3 blk tidur
2 blk mandi
TV LCD + Astro di ruang tamu
Ruang dapur bersama kelengkapan memasak ( gas / dapur /periuk /belanga )
Ruang Makan - Kipas siling
Sabun Mandi di sediakan
Sejadah + Seterika + Tuala Mandi (6pcs)



Nak booking dah ker ?
Call aku : ROslan 0194172177

Monday, June 06, 2011

Cuti sekolah balik kampung - main kambing

Sempena awal cuti sekolah - kami balik kampung di Alur Ganu Kepala Batas .
Pasal kenduri kahwin , nanti cerita lagi . Kali ni nak masukkan gambar anak-anak main kambing kat rumah tok wan . Anak kambing yang kematian ibu .

Najibah , Najihah , Nabil , Ummi dan Abdul Rahim .. ni aktiviti depa masa kat rumah tokwan .

Semasa di Jeti Kuah ( Bank Buku - memerlukan buku untuk sumbangan ) dan di dalam feri


Nabil sedang memujuk anak kambing utk bermain bersama-sama

Seronoknya  ..!!






Saturday, May 21, 2011

Maharaja Lawak - Kumpulan Jambu

Maharaja Lawak ..
Antara kumpulan pelawak yang menjadi adalah drp kumpulan Jambu .
Jambu dgn trade mark ' muka legend tapi hati kiut ' kat sini aku cedok antara minggu minggu persembahan kumpulan Jambu ni
Kala korang tak ketawa aku nak ketawa ..hahahah..

Minggu ke 7

Minggu Ke 6

Muka ke 5

Minggu Ke 4

Minggu Ke 3

Minggu ke 1




Monday, May 16, 2011

Hari Guru - Majlis Makan Malam Terima Kasih Cikgu di Sekolah Kebangsaan Ewa Langkawi

Selamat Hari Guru . Pada 16mei2011 hari Isnin , Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ewa telah mengadakan Majlis Malam Terima Kasih Cikgu .Majlis ini di adakan juga kenduri di dalam kawasan sekolah . 2 khemah telah di dirikan . Jemputan seramai 1000 orang , diadakan di sebelah malam 8.30mlm . Tetamu terhormat juga di jemput utk majlis makan malam terima kasih cikgu ialah Yang berbahagia Dato' Azhar Mansor ( Pelayar Solo Negara ) .

Persembahan nasyid juga di adakan pada malam tersebut oleh pelajar

Gambar gambar yang di ambil sekitar jam 9mlm di Sekolah semasa jamuan ini .

 Lepas makan baru beri hadiah ...

Ustazag Salmah yang membimbing Najibah Kelas Kafa ( Ustazah dah pencen ) menerima cenderahati daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ewa iaitu Cikgu Ramli ( asai oqang Tuba ni ) .


Bersempena dgn hari guru ini Dato' Azhar Mansor juga memberi hadiah kepada setiap orang guru di Sekolah Kebangsaan Ewa ini . Semua cikgu cikgu dapat hadiah . Antara sebahagian daripada gambar gambar cikgu yang di ambil semasa penyampaian hadiah di bawah ini . Best dapat hadiah ..


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu dan guru besar di seluruh malaysia.Semoga anda semua terus berbakti untuk rakyat dan negara yang tercinta.
Semoga semua cikgu cikgu akan mendapat anugerah istimewa daripada Allah .
Selamat hari Guru.

Saturday, May 14, 2011

F1 di Litar Utama Pekan Rabu Pulau Langkawi

Bawa Nabil tengok F1 di Litar Pekan Rabu Langkawi .
Sebenarnya  setiap hari pada jam 6 petang di Pekan Rabu Langkawi ini pasti ramai yang terhibur dgn permainan kereta kawalan jauh oleh beberapa orang penduduk Langkawi . Ramai juga yang datang tengok - bunyi kereta inilah yang menggamatkan suasana sekitar nya .


Lagipun pada setiap petang di kawasan lapang ini ramai juga yang datang utk berehat dan merasai angin laut yang damai ,melihat bot bot layar serta pulau Dayang Bunting yang berdekatan serta bersebelahan dengan hotel DeBaron yang baru . Terdapat juga restoran utk makan dan minum di bangunan Pekan Rabu dan Jeti Perlancongan .

Dari arah tepian Laut

Pandangan dari Bangunan Pekan Rabu

Sekali sekala layan juga F1 ni ..hehehe ..Nabil pun seronok juga .
Mai la ..rehat rehat kat sini ....cuci cuci mata ..





Monday, May 09, 2011

Nur Kasih The Movie - Cinta Pengorbanan dan Airmata ..

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2011: Diminati dan ditonton 19 juta orang, penangan drama bersiri Nur Kasih bukanlah sedikit. Tidak sama seperti drama bersiri yang lain, Nur Kasih mempunyai sentuhan tersendiri yang membuatkannya sentiasa dinanti.

Malah pengakhiran drama bersirinya, membuatkan khalayak penonton memberontak meminta agar penyudahnya disempurnakan. Dek kerana itu, Nur Kasih The Movie tampil sebagai jawapan kepada segala persoalan yang bermain di minda penonton.

Rata-rata penonton mahu mengetahui apa yang berlaku pada ketiga-tiga karektor utamanya iaitu Adam, Nur Amina dan Aidil.
Memahami kehendak dan permintaan khalayak jelas pengarahnya, Khabir Bahtia, Nur Kasih The Movie dihasilkan mengikut kehendak penontonnya serta disulami dengan mesej yang berguna.

Masih mengekalkan elemen cinta, pengorbanan dan kasih sayang sebagai asas, Khabir optimis, filem tersebut mampu mencuit hati khalayak

"Filem ini dihasilkan khas buat peminat drama bersiri tersebut yang begitu setia mahu mengetahui cinta antara Adam dan Nur serta kasih seorang abang, Aidil pada adiknya, Adam. Dari filem kita kembangkan setiap karakter agar jalan ceritanya menyentuh hati setiap yang menonton," katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton Nur Kasih The Movie di TGV, KLCC, baru-baru ini.

Mengakui satu tugas yang berat mengadaptasikan karya bersiri ke layar perak, kata Khabir Bhatia, skrip filem berbujet 2.8 juta itu terpaksa dirombak beberapa kali.

Sedutan dari filem Nur Kasih
"Memang susah untuk nak hasilkan sebuah filem yang diadaptasi dari drama bersiri. Satu cabaran buat saya dan penulis skrip, Mira Mustaffa. Tapi selepas melihat hasilnya saya sangat berpuas hati," jelasnya lagi.

Sementara itu, ditanya kepada Mira Mustaffa sudahkah bersedia sekiranya hasil kerja layar peraknya itu dipertikaikan oleh peminat fanatik siri itu, tutur Mira, dia bersedia dengan segala kemungkinan.

"Kami dah bagi yang terbaik dan ini saja yang boleh diberikan. Terpulang pada penonton untuk menilainya. Kami tonjolkan satu cerita yang mempunyai kesinambungan serta perkembangan watak dari drama bersiri ke filem. Guna acuan yang sama cuma pada skala yang lebih besar," jelasnya.

Lagu dari filem Nur Kasih



Dibintangi oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Liza Othman, Nur Kasih The Movie bakal membuka tayangannya di lebih 65 buah pawagam termasuk di Brunei bermula 19 Mei depan.

Nur Kasih The Movie diterbitkan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd, dan Juita Viden Sdn Bhd.


Artikel drp : Zyzamani MuraiDOTcom