Followers

Sunday, September 30, 2007

10 ayat utk menilai diri – kepada anak-anak

5 ayat yg baik utk di ucapkan kepada anak

1.”Buatlah pilihan sekarang” – menyuruh anak melakukan sesuatu .
2.”Mama sayang kakak ,tapi cara kakak buat ni tak betul ,cuba buat macam ni “
3.”Boleh tak kakak tolong mama selesaikan masalah ni?”
4.”Kakak nak cakap apa ni …cakap la nanti boleh mama Bantu”
5.”Kakak kena paham ..tak semua orang paham”

5 ayat tidak boleh kita ucap pada anak

1.”Cuba jangan menangis ,kakak dah besar”
2.”Kenapa kamu ni lembab sangat”
3.”Cuba tengok adik tak buat sepah pun bila makan”
4.”Jangan lari nanti jatuh!”
5.”Kamu mesti belajar pandai-pandai,kita orang susah”

Sunday, September 23, 2007

Jambatan Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba


Pembinaan jambatan di antara Pulau Dayang Bunting ke Pulau Tuba telah pun bermula .Pada gambar di bawah terdapat tiang-tiang yang telah di tanam di antara kedua pulau ini .Tiang-tiang untuk jambatan ini boleh dikatakan telahpun siap di pacak ke dalam laut .

Dengan kemudahan jambatan ini nanti maka mudahlah pelajar sekolah menengah Langkawi ,pulau Tuba untuk datang belajar .Begitu juga dengan penduduk setempat jika ingin mengunjungi rumah saudara-mara serta kenduri dan sebagainya .








Monday, September 17, 2007

Perkembangan Bayi Kita

Bayi adalah seorang individu yang unik dan mempunyai keperibadian tersendiri yg akan berkembang dalam bulan berikutnya .Menyaksikan perwatakannya setiap hari bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu kita menyedari keperluannya dan membolehkan kita menyuburkan peribadi positif dalam diri .

Perwatakan ;
1.Anak yang tenang yang tidak meragam mungkin kelihatan mudah dijaga ,namun perhatian dan ransangan masih di perlukan .
2.Anak kita yang pemalu dan berat mulut memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi orang baru .
3.Anak yang terganggu dan mendesak memerlukan ibubapa yang tenang dan konsisten serta penuh kesabaran untuk menguruskannya .



Saturday, September 15, 2007

Sekolah dah mula/ Hujan di Langkawi
Hari ni Najibah akan pergi ke sekolah setelah 4 hari bercuti menyambut bulan Ramadan .Bulan puasa ni Najibah akan cuba berpuasa walaupun hanya separuh hari .
Nampaknya beliau berminat untuk puasa apabila di tanya .Tapi bila bangun tidur dah mula minta susu ...kata nak puasa . Takpe Najibah akan cuba berpuasa .









Dari permulaan bulan puasa ..cuaca di Langkawi ini mendung dan selalu hujan .Keadaan di Langkawi sekarang hujan bersama angin .Kadang-kadang angin juga kuat .Berhati -hati kepada sesiapa yang ingin datang melancong ke Langkawi pada waktu ini .


Friday, August 31, 2007



Sahabat Lama Datang Melancong Di Langkawi


Sahabat lama saya semasa datang melancong ke Pulau Langkawi .Gambar ini di ambil semasa lawatan di Makam Mahsuri .Lebih kurang 12 tahun tak berjumpa .Semasa cuti sekolah pada bulan OGOS 2007 .Lan dan keluarganya datang melancong selama 3hari 2 mlm di sini .Harap jumpa lagi .(Dulu sama-sama belajar di Politeknik Kota Bharu dalam tahun 1992-1993 dalam jurusan yang sama) .


Gambar terbaru Najihah semasa sedang menunggu di KFC Telaga Harbour Park Langkawi .




Gambar Najibah semasa berada di rumah .Sedang bersiap nak balik kampung .



Friday, August 17, 2007

Wawancara/Temuramah
Menemuramah Najibah selepas pulang dari mengadakan lawatan ke UnderWaterWorld
Langkawi bersama-sama dgn PASTI NURUL SYIFA .
Selepas pulang Najibah menceritakan apa yang di lihatnya di underwaterworld Langkawi.
Beliau ingin membawa abah , mama ,adik ,umairah ,umi Kalsom ,tok dan tokwan .Saksikanlah video ini ...dengarkanlah ceritanya .

Jumpa lagi .

Tuesday, August 14, 2007

Lawatan Ke UnderWaterWorld Langkawi

Besok pada 16 ogos 2007 (Khamis)

Nurul Najibah bersama sama dgn kawan dari PASTI NURUL SYIFA akan mengikuti
lawatan ke UnderWaterWorld Langkawi .
Bayararan yang di kenakan sebanyak RM15 seorang .
Masa lawatan jam 9.00pagi hingga 12tengahari.

Semoga Najibah dan kawan-kawan seronok apabila berada
di sana melihat ikan-ikan dan Najibah kata nak tengok PINGU (penguin).
Syamil dan juga Man serta kakak Alia juga akan pergi .
Cikgu Ariyan dari Pasti Nurul Syifa akan membawa mereka .
Semoga berjaya .

Saturday, July 14, 2007

Happy family
Najibah sedang memeluk adik (Najihah).
Video ini juga terdapat dalam Youtube .
Ada lagi video lain di dalam .. Http://www.youtube.com/roslankasim
Di bawah ini gambar Najibah sedang memeluk adik .
I
I
I
I

Sunday, May 20, 2007


Lokasi atau kedudukan rumah Datuk Najibah

Gambar-gambar di ambil menggunakan Google Earth
Tengok ler kot-kot dah mai dah .Lokasi ini terletak di Kg Selat Lubuk
Chempedak , kawasan Pulau Tuba ,Langkawi .Tengok betul-betul .



Kadang -kadang kami balik di Rumah Datuk Najibah 2 minggu sekali . Acu Najibah sekolah kat gambar , sekolah kebangsaan Langkawi , Pulau Tuba .



Wednesday, May 02, 2007

Nurul Najihah

Tanggal 07.04.07 adik kepada Nurul Najibah selamat di lahirkan di Hospital Bukit Tekuh ,Langkawi jam 5.00 pagi .




Masa menunggu kelahiran Nurul Najihah , Abah dan Kakak(Nurul Najibah) tidur dalam kereta di Hospital Langkawi .




Kedua-dua ibu dan anak selamat .....alhamdullillah .
Anak pun dah dua orang ,satu lagi rezeki Allah berikan .

Sunday, April 08, 2007

Jambatan Antara Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting

Hari ini Menteri Besar Kedah akan merasmikan acara
pecah tanah untuk membina Jambatan di antara Pulau
Tuba dan Pulau Dayang Bunting .

Jambatan tersebut akan di bina di Kampung Selat Lubuk
Chempedak (Kawasan Pulau Tuba ) dan merentasi laut ke
Kampung Selat Bagan Nyior (Kawasan Pulau Dayang Bunting) .

Dengan ini ia dapat memudahkan pelajar untuk ke Sekolah Menengah
Langkawi ,Pulau Tuba yang terletak di Kampung Selat Lubuk Chempedak .
Tahniah kepada penduduk Pulau Tuba dan Juga penduduk Pulau Dayang Bunting .

Friday, March 09, 2007

Gambar - Gambar Keluarga




(Mohd FakrulRadzii)

(Mohd Najib)


(Azizi)

(NurulNajibah)


Sunday, January 14, 2007

Aktiviti Yg Boleh Dilakukan Bersama Bagi Menjana Minda Dan Fizikal Anak 18 bulan hingga 5 tahun

Pada usia 18-2 tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Baca dengan kuat buku yang mengandungi lebih banyak perkataan ,terutama buku puisi .Atau reka cerita dan jadikan anak sebagai teraju utamanya .

Fizikal dan permainan ;
Bermain dan di sertai dengan aksi memang mengasyikkan sikecil ,pilihlah lagu yang sesuai seperti ,’Old McDonald has a farm’ Anda boleh menggayakan bunyi haiwan –haiwan peliharaan yang dinyanyikan .



Seni ;
Aktiviti seperti meletakkan kolaj menggunkan kertas ,plaster,tali,beras,kain dan bahan lain sangat menarik buat mereka .Namun aktiviti ini perlu pengawasan dari orang dewasa.


Pada usia 2-3 ½ tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Cuba permainan huruf dan mengira serta perkenalkan jenaka yang mudah .

Fizikal dan permainan ;
Anak kita kini sudah boleh melakukan aktiviti dan permainan yang berkisar muzik misalnya ‘kerusi berirama’ dan sebagainya .

Aktiviti seni ;
Sekarang masanya untuk memperkenalkan lukisan kepada anak .Gunakan pelbagai jenis bahan lukisan seperti warna air,krayon,pencil warna dan sebagainya .

Lawatan ;
Lawatan ke lokasi menarik perlu di lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali .Misalnya pergi ke zoo,muzium,taman bunya permainan dan lain-lain .

Pada usia 3 ½ - 5 tahun ;

Bunyi dan perkataan;
Beri tumpuan kepada puisi dan lagu sebagai satu bentuk permainan matematik .Misalnya mengajar anak tentang nombor sambil menyanyi .


Aktiviti seni ;
Membuat topeng mungkin seronok di lakukan sekali sekala .Anak boleh berimaginasi mereka topeng kegemarannya .Kita juga boleh mengalakkan anak membuat beberapa kraftangan lain seperti menbuat ‘puppet’ ,kad kreatif,membuat kerusi menggunakan kotak dan sebagainya .

Lawatan ;
Kita sudah boleh mula membawa anak menonton wayang ,teater,konsert dan sebagainya .Lawatan ke tempat yang lebih kompleks seperti pusat sains juga boleh di lakukan agar anak mendapat ilmu pengetahuan yang lebih luas .-TQ PA&MA

Thursday, November 23, 2006

Aktiviti Yg Boleh Dilakukan Bersama Bagi Menjana Minda Dan Fizikal Anak 0 hingga 18 bulan

Pada usia 0 – 6 bulan ;

Bunyi dan perkataan;
Menyanyi atau membaca ayat Al quran untuk bayi seperti mendodoi ketika memberi anak susu ,memeluk dan mengayun sehingga tidur .





Fizikal dan permainan ;
Menari secara mengayun anak ,mendodoi dan membuai kehadapan kebelakang mengikut irama muzik yang mudah .Permainan ringkas yang digmari bayi adalah seperti duduk tegak ,merangkak dan meniarap di sekitar bilik dgn lembut dan bayu diampu dgn baik .

Barnes & Noble.com - BOOKS ONLINE -Bestsellers


Pada usia 7 – 12 bulan ;

Bunyi dan perkataan;
Anda boleh menyanyi dan bertepuk tangan seperti lagu ‘rasa sayang’ ,’ikan kekek mak iloi-iloi’,’burung kakak tua’dan sebagainya .
Fizikal dan permainan ;
Permainan untuk anak pada usia ini lebih kreatif dan aktif .Misalnya main seperti menunggang kuda dan angkat kaki memang menyeronokkan lebih-lebih lagi untuk anak yang lebih besar .Permainan ‘ba-cak’ pun boleh dimulakan kerana permainan ini sangat menarik buat mereka .

Barnes & Noble.com BOOKS ONLINE Home Page

Pada usia 12 – 18 bulan ;

Bunyi dan perkataan;
Teruskan aktiviti menyanyi lagu kanak-kanak kerana ia baik untuk perkembangannya .Banyakkan bicara dengan anak perihal apa saja .



Fizikal dan permainan ;
Permainan pergerakkan mudah seperti ,’tepuk tangan’ ‘sembunyi-sembunyi’sangat baik bagi memaksimumkan penggunaan tenaga anak .
Seni ;
Aktiviti melekat ,mewarnakan dan mengecatboleh di lakukan di bawah pengawasan .Pastikan semua bahan tidak mengandungi toksik .
-TQ PA&MA

Tuesday, November 14, 2006

PENDIDIKAN ROHANIAH ANAK-ANAK DARI KECIL

Pendidikan Rohaniah – Langkah Awal Untuk Anak

Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk mengajar anak tentang tanggungjawab moral .Ia adalah peranan yang amat penting .Mereka boleh di ajar dengan menggunakan imaginasi dan kreativiti .Kita juga boleh bekerjasama dengan guru anak kita untuk mengajar tanggungjawab yang satu ini .

Antara Langkah-langkahnya .

1.Didikan Agama

Tiada satu agama pun yang tidak menekankan soal nilai-nilai murni .Semua agama mengajar penganutnya tentang etika .Bagi kita yang beragama islam ,selain daripada didikan di rumah terdapat juga tadika islam dan sekolah agama yang memberi pendidikan formal berdasarkan islam .Aktiviti seperti membaca buku berkisar riwayat hidup para nabi dan menonton program berunsurkan islam dapat memupuk tanggungjawab moral .

2.Kisah Dongeng

Tanggungjawab moral juga boleh di ajar melalui cerita-cerita yang dipetik daripada kisah-kisah dongeng .Sebagai contoh kisah si Tanggang yang menderhaka kepada ibunya .Anak-anak akan memahami tentang balasan yang bakal diterima jika tidak menghargai pengorbanan ibu .Manakala dalam kisah dongeng arnab dan kura-kura ,anak-anak diajar tentang sikp angkuhakan membawa kerugian pada diri sendiri .


3.Balasan

Anak-anak perlu tahu untuk tanggungjawab keatas setiap perlakuan yang dilakukannya .Samaada baik atau buruk ,mereka akan dapat balasannya .Untuk itu anak-anak akan sedar dan cuba berkelakuan baik demi memastikan mereka tidak mendapat balasan yang tidak baik .

4.Ganjaran

Apabila anak-anak diberikan upah setelah melaksanakan sesuatu ,mereka bukan sahaja dapat belajar menilai wang malah turut tahu tentang kepentingan memenuhi tanggungjawab masing-masing .Lama kelamaan mereka akan belajar untuk merasa bangga dalam menjalankan tugas dengan baik .


5.Teladan

Sebagai bapa kita seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak .Dengan yang demikian anak-anak akan meniru perbuatan baik yang telah kita tunjukkan itu .Sekiranya kita sendiri menunjukkan tingkah laku yang tidak elok ,jadi jangan salahkan anak-anak jika mereka bersikap negative di kemudian hari .

6.Penghargaan

Dengan menunjukkan atau memberi penghargaan kepada anak-anak ,mereka akan rasa lebih di hargai .Jadi mereka akan berterusan bertingkah laku baik .Sebagai contoh,Kita boleh menunjukkan penghargaan dengan memuji mereka di atas kerja rumah yang telah dilakukan .
-TQ PA&MA

Monday, November 06, 2006

Berkongsi Panduan Mendidik Anak 3

1.Mimpi Ngeri

Dengarlah mimpi ngeri anak-anak kita .Mimpi ngeri mereka adalah nyata dalam dunia mereka .

2.Barang Kesayangan

Hargailah barang kesayangan anak kita .Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita .Hindari membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak .

3.Beri Ciuman

Janganlah membiarkan anak-anak kita tidur tanpa ciuman setip malam .

4.Jaga Perasaannya

Anak-anak juga mempunyai perasaan sperti kita .Kain yang putih terpulang pada kita untuk mewarnakannya .

5.Beri Alasan

Jangan memarahi anak tanpa ada sebarang alasan .Berikan alasan kepada anak kenapa kita tidak suka dia bersikap begitu .Jangan memarahinya sesuka hati dan di depan orang lain .Mereka pun mempunyai perasaan malu apabila di marahi . TQ PA&MA


Najibah bersama ahli keluarga yang lain

Monday, October 30, 2006

Berkongsi Panduan Mendidik Anak 2

Berkongsi Panduan Mendidik Anak 2

1.Bersabar

Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak ,janganlah kita mengeluh.Keluhan akan membuat anak-anak merasakan diri mereka beban .Banyaklah bersabar dalam melayan kerenah anak-anak .

2.Pendengar Setia

Dengarlah cerita anak kita ,cerita itu tak akan kita dapat dengar lagi di masa akan datang .Tunggu giliran kita untuk bercakap ,ini akan mengajar anak kita tentang giliran untuk bercakap .

3.Tenangkan Diri

Tenangkan anak kita setiap kali mereka memerlukannya.Tunjukkan kepada anak kita bagaimana cara untuk menenangkan diri .Pasti mereka akan menirunya .

4.Hadiah Hari Jadi

Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut ulang tahunnya .Sediakanlah hadiah ulang tahun yang unik walaupun harganya murah .Keunikkan akan membuatkan anak kita menghargainya .

5.Pimpin Tangan

Luangkanlah masa bersama anak kita di luar rumah ,peganglah tangan anak-anak apabila kita berjalan bersama mereka . TQ PA&MA


Gambar-gambar Najibah bersama dengan Mama

Sunday, October 29, 2006

Berkongsi Panduan Mendidik Anak 1

Berkongsi Panduan Mendidik Anak 1

1.Nama Panggilan

Memulakan hidup anak dengan panggilan yang baik.Nama yang kurang baik akan menyebabkan anak kita malu dan terasa merendah diri

2.Pelukan

Peluk erat anak kita .Berikan anak kita pelukan setiap hari (penelitian menunjukkan anak yang di peluk setiap hari akan mempunyai IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang di peluk)

3.Tenung Matanya

Pandanglah anak kita dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak kita lebih percaya diri apabila berhadapan dengan lingkungan )

4.Penghargaan

Berikan penghargaan setiap kali anak kita berbuat kebaikan (berilah pujian ,pelukan ,ciuman ,hadiah ataupun sekurang - kurangnya senyuman untuk setiap kebaikkan yang di lakukannya .

5.Jangan Mendesak

Jangan mengharapkan anak kita yang belum matang itu melakukan perbuatan baik secara berterusan ,mereka hanya anak-anak yang sedang berkembang . TQ PA&MA


Gambar bersama anak .... Nurul Najibah