Followers

Tuesday, October 15, 2013

Hari Raya Korban di Lafarge Cement Langkawi 15 okt 2013

Majlis korban & aqiqah..
Selamat Hari Raya Aidiladha buat rakan taulan dari saya dan isteri. Semoga Ibadah korban dapat menginsafkan kita dan membawa kebaikan kepada kita semua.
Hari ni kami beraya di Perumahan Lafarge Cement Langkawi  - 2 ekor lembu berjaya di lapah . Ramai penghuni di perumahan A & B bergotong royong menjayakan majlis kordan dan aqiqah ini - Makan pun ramai ramai di surau . 
Sembahyang sunat hari raya juga di lakukan beramai ramai di surau ini . Selepas tu baru mulakan proses korban dan sarapan pagi dgn kuih2 raya dan juga ketupat ... 
---------------------------------------------------
 Video
#

---------------------------------------------------
 





Friday, October 04, 2013

Kamera Samsung ST150F baru

Mencuba kamera baru dari Samsung . Model ST150F  - beli baru . Yang lama rosak sebab terjatuh dalam debu simen mm mm   . Sayang pasal yang lama masih elok lagi - jadi terpaksa beli yang baru utk meneruskan projek side income aku .. 

Dengan Samsung ST150F yang baru ni ada tambahan teknologi yg baru  - Wi-Fi  / Facebook / twitter  / Bright lens 3.0" LCD . Yang menarik baru cuba gambar yg boleh di 'split' kan seperti anak anak aku kat bawah ni ..

Pasai apa aku masih cari kamera jenis Samsung ni ? Lain lain kamera standard ini  takde yang boleh ambil video yg ada "pause"  .. yang boleh hold dulu lepas tu sambung lagi utk video seterusnya  ..
boleh beli online kat sini > ONLINE ORDER




Thursday, October 03, 2013

Hari keluarga lafarge Cement Langkawi 2013

Hari keluarga Lafarge Cement Langkawi 
Tarikh : 28 Sept 2013
Lokasi : Langkapuri Inn , Pantai Cenang Langkawi 

Setiap tahun pihak syarikat telah mengadakan hari keluarga di lokasi yang sama iaitu pusat penginapan Langkapuri Inn Langkawi di Pantai Cenang Langkawi  - rasa rasa dah 4 tahun berturut turut di adakah di sini . Mungkin servis dan juga layanan yang di berikan oleh pihak penginapan ni  .

Banyak juga aktiviti permainanan yg di jalankan  , kerjasama oleh teman kerja , keluarga bergembira .. yang best tu anak anak asyik nak ajak mandi laut jer .. apalagi tidur 2 mlm terus kat situ .. 
*************************************************
VIDEO
_____________________
 
____________________________

 
____________________________
  
 Pada malam sebelum bermula nya Hari Keluarga - Makan malam juga di sediakan di Langkapuri Inn utk semua penginap Lafarge . Best . 
*************************************************




Saturday, September 21, 2013

Majlis Kenduri di Kilang Simen Langkawi

Upload skit gambar2 majlis kenduri di rumah Arif ( rakan kerja - Elektrikal ) . Kenduri kahwin ni di adakan di Perumahan B Lafarge Cement Langkawi - adik Arif kahwin dengan pasangannya dari Padang Putih Temonyong Langkawi .

Selamat pengantin baru .
 ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
VIDEO

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




Monday, September 16, 2013

Gunting rambut Najib dan Nabil di Padang Matsirat Langkawi

Hari ni pi gunting rambut anak2 .Mula mula nak pi dekat dengan Pasir Hitam jer  .. pas tu tengok2 kedai pun dah tutup - mungkin sambut hari Malaysia kot . 

Jadi lajak pi ke Padang Matsirat , singgah di Zainas kedai buka - tapi tukang gunting pulak takde  , kalau nak rebonding boleh la ...hihi .. Tanya kedai Zainas  kat mana ada lagi , dia cakap kat tapak pasar malam Padang Matsirat .. Jadi kami pun pi gunting rambut kat situ .. 

Tiga kepala Najibah / Nabil dan Najib  ... semua nya RM12 ...terima kasih kakak ..

 Gambar :  Sesudah gunting rambut 

Sebelum gunting rambut - lebat nya rambut Najib 

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
VIDEO


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^