Followers

Friday, February 10, 2012

Website untuk di jual


Sebelum ni nak jual domain saja .
Tapi sekarang dah masukkan hosting sekali ,jadi nak jual ler website ni .



2 website ni masih baru lagi - dalam 2 minggu dari hari ni . Tapi domain nya dah masuk 2 tahun dah . Kepada mereka2 yg mempunyai khidmat kereta di langkawi dan juga khidmat tour utk island hopping boleh le beli web ni . Pada jangkaan aku dlm masa 2 bulan dari sekarang ni website ni akan menjadi mesra Yahoo , Google dan Bing  .
Kenapa ? Sebab ia menggunakan keyword yang akan di taip oleh pelancong yg inginkan khidmat berkenaan . Website ini dgn nama domain keyword amat sesuai sekali .
Pasal harga RM7800 utk setiap website .

Sementara ni utk  website http://www.keretasewalangkawi.com/ aku menggunakan sendiri utk khidmat tersebut .
Dan http://www.langkawiislandhopping.com/ aku gunakan nama PAKSU MARDU sebab dia adalah pelanggan aku. Paksu adalah owner boat menyediakan khidmat tersebut di jeti pelancongan Pekan Rabu .

Sesiapa yg beli nanti boleh la uploadkan lagi page utk khidmat lain - seperti hotel ,mangrove dan juga pakej yang mereka buat .

Hubungi : Roslan 0194172177



Saturday, January 28, 2012

Gambar Najihah dan Najibah - Persekolahan 2012

Lupa pula nak upload gambar Najihah dan Najibah dgn pakaian sekolah utk tahun 2012 ni ..

Nurul Najihah - 5 tahun
Tadika Cahaya Intelek Langkawi .
Untuk tahun pertama di Tadika ini .
Pada hari pertama tunggu van ke tadika ( 4jan2012 )

Nurul Najibah - 9 tahun
Sekolah Kebangsaan Ewa Langkawi
Tahun ke 3 di sekolah ini
Uniform - pengawas sekolah
 Awal pagi sebelum bertolak ke sekolah pada 4jan2012 - pi naik bas




Wednesday, January 25, 2012

Mandi di Pantai Cenang Langkawi

Mandi kat pantai cenang Langkawi .
2 anak saudara mai Langkawi - Najib dan Taufik .
Sampai saja aku terus booking 2 bilik di Cenang Beach Motel kat Pantai Cenang . Kami tidur 1 mlm kat situ . Lokasi berhadapan atau bertentangan dengan Restoran Haji Ramli . Sempena cuti Raya Cina ramai sungguh pelancong yang datang Langkawi .
Kami mandi di kat sini sampai puas hati . Lepas tu makan malam kat restoran haji ramli . 2 ekor ikan - sekor siakap putih buat stim dan sekor lagi siakap merah masak 3 rasa . Tomyam . Pehh... kenyang.. Pastu ronda-ronda kat pantai cenang dan cuci cuci mata kat sana .




Wednesday, January 04, 2012

Mandi di Laketown Waterpark Bukit Merah

Nak upload sikit masa penghujung cuti bulan disember . Kami tidur semalam kat Laketown hotel . Mandi kat Laketown waterpark . Kat Bukit Merah .
Tak sempat nak update . Selepas tidur 2 mlm kat rumah tok dan tokwan di Alur Ganu . Dapat idea nak pi Penang . Tak jadi pulak . Terus ke Bukit Merah Laketown .
Mandi punya mandi sampai terlupa nak pi tengok Orang Utan kat pulau di Bukit Merah ni . Nanti kita mai pulak - ajak maklong sekali .
-
-
Mula-mula sampai tu takde tempat nak parking dah . Punya la ramai kat sini . Pihak hotel cakap parking kat luar sana lepas tu nanti petang boleh ler parking kat depan hotel - pasal orang dah mula balik . oh..macam tu ke . Ni ada skit video dan gambar aku upload kat sini ...







Monday, January 02, 2012

Langkawi - Cenang akan berubah wajah pada 2015

Lokasi di Pantai Cenang Langkawi akan berubah wajah dari 2011 - 2015 .
Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015 [RKK Pantai Chenang 2015] merupakan laporan perancangan dan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172 ].

Ni nak  info skit kepada pelancong ..
 
Boleh di katakan seluruh penginapan yang berada di tepi Pantai Cenang ( yg menghadap ke laut ) akan ranapkan . Pelangi Resort dan Casa Der Mar selamat dan Underwaterworld pun selamat . Selepas Casa Der Mar semua penginapan atau chalet akan di roboh kan ..antaranya Melati Tanjung / Restaurant / AB motel / Malibest / Sandy Beach Resort / BestStar Resort / Langgura Baron / Nasi Kandar Tomato dan yang seangkatan dengan nya .
Kawasan ini adalah di antara Casa Del Mar dan Underwaterworld
 Tempat yang di robohkan ini akan di bangunkan hanya untuk pejalan kaki sahaja - dan pantai dan laut jelas kelihatan walaupun dari seberang jalan . Menarik bukan! . Semua mereka (pengusaha yg terlibat) di beri pampasan dan di pindahkan ke lokasi lain - detail klik kat sini dan download (kalau nak download la).

Projek ini di jangka siap pada 2015 . Sebuah Hotel bertaraf 4 bintang akan di bangunkan - mungkin di tapak Nadias Inn Resort .

Selamat maju jaya untuk penduduk Langkawi .

Sila klik di bawah ini tahu lebih lanjut.
_________________________________

_________________________________







Sunday, December 25, 2011

Aiskrim Goreng - Cara cara buat Aiskrim goreng

Mama Nabil beli aiskrim dan roti keping nak buat aiskrim goreng .
Kat sini kami sekeluarga nak tunjuk cara nak buat aiskrim goreng .
Idea timbul masa beli aiskrim goreng kat Uptown Kuah . Lepas tu cari info dalam internet .

Bahan-bahan nak buat aiskrim goreng ;
1. Aiskrim  - ikut suka perasa apapun
2. Roti Keping - 2 keping roti
3. Minyak masak

Cara-caranya ;
- Ambil  satu scop atau 2 scop aiskrim letakkan di atas sekeping roti . Dan lepas itu tutup dgn sekeping lagi roti di atas aiskrim tersebut .
Ambil cawan dan tekan pada roti tersebut . Potong bahagian roti yang tidak di perlukan . Lihat pada gambar ,pasti jadi punya .
Lepas tu masukkan aiskrim tersebut ke dalam pei sejuk dan biarkan semalaman . besoknya boleh goreng .. pehh rangup roti dan sedapppppppppppp ..


1. Sediakan 2 keping roti dan airskrim

2. Letakkan 1 atau 2 scop aiskrim

3. Tutup dgn sekeping roti di atas aiskrim tersebut

4. Tekan cawan dgn kuat ke atas roti tadi

5. Bentuk roti dan aiskrim dah jadi


Video ringkas cara buat aiskrim goreng


6. Setelah di goreng

7. Aiskrim di dalam roti yang telah di goreng tadi

8. Selamat mencuba sedapp .. rangup ..

Nasihat : Jangan makan banyak sangat nanti terkena penyakit kencing manis .


 




Shopping di Langkawi Billion Supermarket dan Langkawi Fair Shopping Mall

Hari ni pi shopping kat supermarket Billion . Dekat dgn jeti kuah dan Komplek Lada . Sebelum ni kami selalu pi shopping kat TSH supermarket . Sekali sekala tukar angin .
Ada sesetengah orang cakap kat sini murah skit barang berbanding dgn TSH . Tapi sesetengah barang jer .
Selepas habis shopping kami ronda2 kat Langkawi Fair Shopping MAll pulak . Nak relak kejap . Sambil2 tu NAjibah pi beli makanan ikan - sambil2 pakat bagi makan ikan di dalam kolam  .
- Skit info : Billion supermarket kat Langkawi ni adalah bersambungan bangunan dgn Langkawi Fair Shopping Mall - Lokasi bersebelahan dgn Komplek LADA dan juga Jeti Kuah
Nabil pun join sama .
Pastu kami lajak ke restoran di lokasi Trimula - Makan tengahari ( restoran yang kegemaran kami kalau mai kat KUAH ni )  ..hehehe ...




Semasa dok shopping kat Billion Supermarket ni kami terserempak pula dgn KIAH PEKASAM . Apa lagi bergambar sakan ler - siap berpelukan pulak tu .







Wednesday, December 21, 2011

Homestay di Langkawi

Cakap pasal homestay ni ..
Maklong Najibah pun dah ada homestay baru .
Beli rumah ni kat Tmn Nilam Langkawi juga .
Alang- alang dah ada 2 rumah - yang satu ni buat homestay .
Ok la ..dapat juga bantu pelancong yang datang ke Langkawi - yang keluarga ramai dan nak kurang kos . Amat sesuai sekali adanya homestay ni

Lokasi : No. 422 Tmn Nilam ,Jln Ayer Hangat , 07000 Langkawi

Murah juga la ;
3 blk bilik tidur
ada aircond lagi
RM150 utk 2h1mlm







Monday, November 21, 2011

Bolasepak Sukan Sea Jakarta Akhir - Malaysia tewaskan Indonesia

Syabas Malaysia . Malaysia boleh ..Malaysia menang..
Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas utk bolasepak sukan sea di Jakarta . Stadium Gelora Bung Karno sunyi sepi setelah sepakan penalti yang di lakukan oleh Badroll Bakhtiar menembusi penjaga gol Indonesia .
Yahooooo.. Malaysia mengalah kan Indonesia untuk kali 2 ini . Ternyata skuad bolasepak Malaysia ini menunjukkan semangat yang kental ..teruja tengok permainan yang mendebarkan . Malaysia boleh .. yang hebatnya .. Lagu negaraku berkumandang dan dgn jelas sekali bendera - Jalur Gemilang di naikkan di Stadium Bung Karno ini .

DENGAN INI DI UMUMKAN MALAYSIA JUARA KESELURUHAN SUKAN SEA JAKARTA 2011
 hehehehee...
Saksikan Video kemenangan yang Malaysia mengalahkan Indonesia


Di bawah ini  tajuk tajuk berita tentang bolespak Final Malaysia mengalahkan Indonesai sukan SEA Jakarta

Tuah Baddrol, belang Apek - Harian Metro

Syabas Harimau Muda! - Sinar Harian online 


Syabas Malaysia! - Utusan Malaysia


Tiger cubs roar  -  News Straits Times



SYABAS MALAYSIA >>MALAYSIA BOLEH >>TAHNIAH UNTUK SEMUA ..