Followers

Friday, March 18, 2011

Gatsby Styling Dance ( GSD ) 2010 - 2011 Jackson Chua

Siapa Jackson Chua ..? .

Pertandingan Gatsby Styling Dance (GSD) 2010-2011 peringkat Asia Pasifik di Jepun . GSD menggabungkan peserta dari tujuh buah negara di atas satu pentas .Peserta dari Hongkong , Korea Selatan ,Jepun , Indonesia , Taiwan dan Malaysia .


Jackson Chua Chua telah mengharumkan nama negara Malaysia setelah menjadi juara bagi pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM11000.00  . Pertandingan ini diadakan pada 18 Feb 2011 di Tokyo .
Jackson berasal dari negeri Kelantan  . Ucapan tahniah kepada Jackson Chua .

Sebenarnya setengah kita tak tahu pun perkara2 macam ni .. aku pun cuma nak bagi tau jer ..hehe



Wednesday, March 16, 2011

Hatyai Thailand - Pi shopping naik TUK TUK

Lokasi seterusnya .. di bandar Hatyai pergi membeli belah di Shopping Plaza yang menjadi tempat pertama pelancong yang datang  bershopping utk menghabis kan wang mereka di sini .hahaha.. jangan lupa naik TUK TUK kalau nak ke sini . Di Bandar Hatyai ni sebut saja kemana nak pergi ,TUK TUK sentiasa ada - usah risau pasal pengangkutan kat sini .
Kat Bandar Hatyai ni bukan setakat riuh dengan orang ramai - siap riuh dengan TUK TUK lagi . Bawa TUK TUK macam nak rempit ooo..

NaikTuk Tuk untuk ke Shopping Plaza di Hatyai
 Gambar - gambar shopping kat Plaza di Hatyai ni tak sempat ambil sebab mata jadi kelabu..macam macam ada sampai tak sempat nak bergambar .


Kat dalam hotel semasa bersiap nak pergi shopping di Shopping Plaza Hatyai

Gambar ni persediaan nak pulang ke Langkawi - Pakai Tshirt TUK TUK yg di beli di di plaza Hatyai

Di Lobi hotel Florida  menunggu van utk pulang ke Satun dan pelabuhan Tammalang
Kalau ada masa yang sesuai atau persiapan yang secukupnya kami akan datang lagi ke Hatyai ni ..haha..



Tuesday, March 15, 2011

Songkhla Floating Market - Destinasi seterusnya Pasar Terapung Songkhla Thailand

Floating Market atau Pasar Terapung di Songkhla ini baru saja beroperasi lebih kurang 3 - 4 tahun lepas . Dengar kata sambutan pelancong amat menggalakkan . Kenyataan nya apabila kami sampai kat sini ada hampir 20 buah bas - termasuk dari Malaysia . Bas pelancongan Thailand pun banyak . Tu belum di kira van pelancong lagi . Sungguh sesak kat sini ..sebabnya macam-macam adaa...

apa yang menarik kat sini - di tepi sungai ini para peniaga menjual berbagai jenis barangan - kebanyakkan nya makanan - panas panas lagi . Turun saja kat tepi sungai tu dah bau dah udang bakar ..mmm . Yang menarik juga kalau beli air - air tersebut di isi dalam bekas berbentuk doremon dan kartun kanak-kanak  , ada juga di isi dalam buluh yg di potong dan di ikat  . Nak kena pi lagi ni ...


Ni antara video yang sempat aku ambik ..


Sebelum turun ke tepi sungai tu ..ada banyak gerai yang menjual barang kraf / cenderahati / pakaian dan juga ada gerai makan kat sini ...bukannya rambang mata kalau mai sini ..rabun mata !

Lain kali kalau nak mai pulak ke pasar terapung ni .. jangan kalut sangat nanti penat .. relax .Lokasi seterus nya nanti kami akan menginap di Florida Hotel Hatyai  . Shopping pulak di sana - bazar apa entah nama nyer ! .. apa lagi jom naik tuk tuk ..


Monday, March 14, 2011

Pantai Samila Songkhla Thailand - sawadeekap..


apa yang di tulis pun aku tak tau ..rasa-rasa aku Pantai Samila kot .. atau jangan buang sampah kat sini ..hahaha ..
Selamat datang ke Songkhla Thailand .Perjalanan pertama kami singgah di Pantai Samila Songkhla setelah bertolak dari Pulau Langkawi ke jeti Tammalang Satun dan terus ke sini ..lama ooo dok dalam Van , tapi takpa van kat sini ok . Singgah dan makan semua kat sini


University Technology Srivijaya - Songkhla


Boleh rasa bunyi angin dan kekuatan ombak kat sini

Lokasi persinggahan pertama di Pantai Samila Songkhla - keadaan semasa sampai hujan renyai - renyai .

posing....syoknyerrr..
Bergambar berdekatan dgn patung Duyong ,daya tarikan utama di Pantai Samila ini
Jangan lupa jika anda sampai di sini - bab makan ,cuba rasa resepi Belangkas Bakar bersama Kerabu Pelam (mempelam) ..meleleh air liur .. tak rasa rugi ..sedappppppppppp...nyum nyum nyum..

Lepas ni kami nak bertolak ke Pasar Terapung atau Floating Market pulak - rasa rasa kawasan Songkhla la juga ....jom ramai- ramai kita pi Floating Market ..pai pai ..

Friday, March 11, 2011

Najihah dengan basikal baru nya ..

Basikal lama tu dah tak boleh nak kayuh dah oleh Najihah .. asyik-asyik tukar bearing saja . Hantar kedai tukar bearing ..hantar kedai tukar bearing .. tapi basikal tu memang dah lama dah .. dari kakak Najibah lagi .. akhir nya ini lah basikal baru yg di ganti kan ..warna putih pilihan hati .. basikal baru Najihah .

Dan sempat posing utk bersama basikal baru - tak sabar nak .


Tungga apa lagi naik ler ..

Wednesday, March 09, 2011

Bermain dan Makan di Pantai Kok Langkawi

Petang ni lepas balik kerja anak isteri ajak pi jalan-jalan . Jadi kami pergi kawasan yang terdekat dengan rumah . Ambil kunci kereta terus ke Pantai Kok .
Kawasan Pantai Kok ini terletak berdekatan pula dengan Burau Bay / Cable Car / Telaga Tujuh dan sebuah resort 5 bintang baru di Perdana Quay - kat Telaga Harbour Park tu - The Danna Resort .

Kat Pantai Kok ni ada gerai jual bihun sup / koy tiew sup / mee rebus dan banyak lagi . Jadi apa lagi pekena bihun sup ..Najibah makan Koy tiew sup .. Najihah hanya makan tembikai sahaja .  2 mangkuk bihun sup + 1 mangkuk koy tiew sup + 2 mangkuk hirisan tembikai + 3 gelas oren   = total = RM13.00 .. makan kat situ .Pemandangan mememang menarik kat sini .
Najibah pulun makan koy tiew sup ..

Video  yang sempat di ambil..
Sudah makan terus ke tepi pantai - main pasir .
Nabil tak sabar nak mandi laut tu ..tapi tak boleh mandi -main saja . Tapi Nabil kalau main habis seluar dan baju basah . Bila Nak balik baju dan seluar di tanggal kan ..hehe ..
Kawasan berdekatan dengan Pantai kok iaitu Perdana Quay ( ambil gambar masa kami nak balik  ).
Kelihatan sebuah Resort 5 bintang yang baru saja beroperasi di Perdana Quay ini iaitu The Danna Langkawi Resort .
Bukan calang-calang orang ler kalau menginap kat sini . Rasa - rasa semalam RM700 ke atas utk 1 bilik . Tapi apa salah nya kalau nak cuba .. mesti menarik .

Tuesday, March 08, 2011

Persiapan Utk Ke Hadyai ( Hatyai ) Selatan Thailand

Dah dok kat Langkawi ..!
Orang kata alang - alang dah dekat dgn sempadan Thai -kena pergi jugak tengok negara jiran ,kat sempadan pun cukup ler .

Jadi bermula cuti sekolah ini pada 12 mac 2011 kami sekeluarga akan bertolak ke Songkhla di Pantai Samila yang ada gambar Model seorang Duyong .. Dijangka bertolak di awal pagi di jeti Kuah menaiki feri ke Satun .

Persiapan yang pertama perlu di lakukan adalah ke pejabat Imigresen Langkawi di Pantai Kok utk memohon Pas Sempadan ( Borber Pass ) . Utk buat Border Pass ni ,ada orang cakap satu keluarga kena pergi sekali semasa memohon . Jadi kami pi satu keluarga . ...mm ..mm..mm.. sekajap saja tak sampai 1 jam border dah siap .
Jadi tunggu tarikh nak pergi jer .
Tidur di jangka kat Grand Plaza hotel Hatyai - satu malam . Besoknya petang balik ler ( perancangan ) .Pasal nak pergi 2 hari 1 mlm saja .
Sebenarnya nak pergi satu rombongan seramai 100 orang ..hehehe..



Friday, March 04, 2011

Pembayaran Saman Ekor di Lanjutkan Lagi

Nak bayar ker ?

Antara sebab-sebab pesalah saman ekor tak bayar saman mereka :

1.Ada terdapat kes di mana individu ini memakai kereta tetapi menggunakan no plat orang lain yang bertujuan lari daripada hutang bank yang tertunggak. Kemudian kena pula saman ekor. Yang terkena bahananya pemilik no kenderaan tersebut.

2.Surat saman pun tidak dihantar kepada pesalah. Kebanyakan bukannya rajin nak semak saman dengan cara online dan sms ini. Bukan suatu tugas yang sukar pun nak buat surat untuk diberikan pesalah berbanding bayaran yang diterima oleh mereka disebabkan saman ekor ini.

3.Jikalau mahu menghantar surat saman selepas ini, bukan sahaja dimasukkan speeding di kilometer berapa sahaja tetapi patut juga disertakan sekali gambar yang menunjukkan kenderaan yang kena caj itu. Ini tidak, nak tengok gambar kenderaan tersebut, kena bayar pula. Ini nak meniaga ker atau nak mendisiplinkan pengguna sebenarnya?

4.Ada nak tambah?

Bagi saya saman ekor ini kalau dibuat betul-betul dengan tujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya ada bagusnya. Tetapi apabila ingin melaksanakan sebarang peraturan, perlulah dibuat dengan sebaik mungkin jangan biarkan peraturan yang dibuat itu begitu dimanipulasikan. Setakat ini sahaja, lebih 10 juta saman ekor sejak dikeluarkan pada tahun 2000, masih tidak dihiraukan oleh pesalah.

Cuba tengok dan fahami video ini ,bukan pasal politik tapi pasal HAK kita ..



Sunday, February 27, 2011

Ganti Video Keluarga yg baru

Sebelum ni ada letak video keluarga kat side blog ( my video ) tu . Rasa- rasa dah lama dah dok kat situ . Jadi tambah dgn video baru skit . Sebenar nya hanya himpunan gambar-gambar keluarga sahaja . Tapi takpa Najihah dan Najibah suka bila tunjuk gambar diorang ada kat situ ..hehe .. jadi apa lagi letak je la .

Sebelum ni di selitkan lagu Adibah Nor utk video yang lama tu . Yang terbaru ni masukkan lagu kumpulan Wali - baik baik sayang .. menarik juga . Dah cakap kat Najibah dan Najihah nanti bila besar boleh tengok kat sini antara koleksi masa kecik kecik .

    
Selingan lagu Adibah Nor                             Lagu Wali .. Baik-baik sayang

Laaayyyyaaaaannnnnn....jangan tak layan ...



Saturday, February 26, 2011

Gunting rambut lagi...

Ini adalah kali kedua rambut Nabil di gunting . Sikit - sikit garu kepala , sikit nak garu kepala ..apa lagi ,ajak Nabil pi gunting rambut ler .. Sekarang dah ok ler skit . Boleh tengok la perbezaan Nabil sebelum dan selepas gunting .

 Sebelum di gunting                     Selepas gunting



Monday, February 21, 2011

Pemusnah bumi?


Saintis ramal asteroid Apophis seberat 25 tan hentam bumi seawal 2029
JIKA mengambil kira pandangan saintis Barat bahawa kiamat bakal terjadi akibat bumi dihentam asteroid, penduduk planet ini sudah tidak punya banyak masa untuk bersedia berdepan dengan malapetaka paling dahsyat itu.
Ia disebabkan sudah banyak kali bumi terselamat dan mengelak daripada menjadi sasaran pelanggaran asteroid. Malah, tanpa disedari sejak awal bulan ini, sudah lebih 40 objek berhampiran bumi yang ditemui dan dicatatkan, termasuk ancaman tahi bintang yang melintasi bumi tetapi dapat ‘ditepis.’ Namun, apakah kemungkinan bumi untuk terus bernasib baik daripada ancaman asteroid atau merujuk batu atau himpunan batuan pejal bahan logam besi atau nikel yang dalam, pelbagai saiz ini termasuk batu gergasi?
 
Terbaru, saintis Russia - Leonid Sokolov daripada Univesiti St Petersburg, meramalkan bumi bakal dihentam asteroid Apophis pada 13 April 2036. Ini bukan kali pertama ramalan impak maut bakal dicetuskan Apophis kerana pada 2004, saintis Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) meramalkan asteroid ini akan menghentam bumi pada 2029. NASA turut meramalkan pertembungan hampir Apophis-bumi pada 2068.

Sebagai orang Islam kita wajib percaya HARI KIAMAT
Ringkasnya, berdasarkan kedua-dua ramalan itu, hayat bumi didakwa mereka cuma tinggal antara 18 - 25 tahun kerana impak Apophis boleh meragut jutaan nyawa selaencetuskan kekalutan di seluruh dunia.
Menurut ramalan saintis Russia itu, asteroid sepanjang 270 meter, ukur lilit 330 meter itu dan ketinggian bangunan 90 tingkat dengan berat sekitar 25 juta tan, itu bergerak pada jarak 37,014 kilometer sejam dan dianggarkan merentasi lohong graviti pada 2029 lalu melanggar bumi tujuh tahun kemudian.

Ketua Program Objek Menghampiri Bumi NASA, Deo Yeomans, berkata pengiraan lebih tepat laluan Apophis dalam tempoh beberapa tahun sudah pasti menyaksikan usaha pakar mengeluarkannya daripada mana-mana kemungkinan perlanggaran dengan Bumi pada 2036.


“Kemungkinan senario yang berlaku adalah Apophis akan menghampiri bumi pada akhir 2012 dan awal 2013. Namun, kehadirannya pasti dipantau hebat deretan teleskop optikal di daratan serta sistem radar sofistikated.
“Andai ia berada di laluan membahayakan, NASA akan bertindak menggunakan kelengkapan serta peralatan bagi mengubah laluan Apophis dan sekali gus mengurangkan ancamannya menghentam bumi,” kata Yeomans.
Ibarat menghangatkan lagi permusuhan AS dan Russia menawan cakerawala, Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Anatoly Perminov, pula menegaskan kemungkinan mengerah sebuah angkasa lepas bagi memusnahkan Apophis. Malah, penyelidik NASA, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan China juga akan dipelawa menyertai misi Apophis.
Dengan nada optimis, Perminov mengiyakan ancaman Apophis dengan mendakwa nyawa penghuni bumi kini terancam.

“Kita perlu mewujudkan satu sistem yang akan membenarkan kami menghalang satu perlanggaran, berbanding hanya duduk dan menunggu apa yang akan berlaku dan membunuh ramai,” kata Perminov.
Ketika saintis dua negara itu terus bertikam lidah mengenai ancaman Apophis, ada beberapa lagi laporan penemuan asteroid yang berhampiran bumi. Terbaru, juga awal bulan ini, penemuan apa dikenali asteroid berpotensi bahaya (PHA) yang baru diumumkan dan kali ini ia juga melepasi bumi dengan selamat.
Asteroid yang dilabelkan sebagai CU46 cuma 505,000 kilometer tersasar daripada laluan bumi tetapi masih dianggap sebagai terlalu hampir dalam terma astrologi. CU46 mempunyai keluasan diameter 20 meter hingga 50 meter dan objek ini berkemungkinan besar menghasilkan bebola api gergasi dan memberikan kerosakan besar jika berlanggar dengan bumi di kawasan padat.
Di sebalik ramalan maut dilontarkan saintis Russia dan Barat, ada baiknya dikaji kepentingan asteroid kepada manusia. Ini termasuk statusnya sebagai sumber asal usul sistem solar atau suria. Ini berikutan material dalam asteroid itu mewakili pembinaan blok dalam planet dan sekali gus membolehkan .
Timbalan Penyiasat Misi Dawn NASA, Carol Raymond, berkata kewujudan asteroid juga akan membantu manusia lebih memahami asal usul kehidupan. Saintis tidak tidak memahami sepenuhnya bagaimana kehidupan pertama terbentuk daripada bahan organik bukan kehidupan dan asteroid mungkin membantu mereka mempelajari lebih banyak benda.
Sesungguhnya manusia cuma menunggu masa sebelum pengumuman dibuat mengenai Bumi akan berdepan impak daripada asteroid yang cukup besar menyebabkan kerosakan teruk. Inilah sebabnya mengapa lebih banyak kajian perlu dibuat mengenai objek itu - bagi membantu mendalamkan pemahaman dengan harapan memberikan kita pilihan pertahanan lebih baik.

Laser tangkis ancaman

PELBAGAI idea dan kaedah diketengahkan dalam usaha mengelak bumi dilanggar asteroid. Antaranya, laser yang dikatakan boleh digunakan untuk memesongkan laluan asteroid yang berpotensi bertembung dengan bumi.
Berita ini mungkin satu kelegaan kepada pakar kaji bintang yang menunggu penuh debar ancaman Apophis atau asteroid gergasi yang diramal menghampiri bumi pada 2029 dan 2036.
“Walaupun hentaman berkemungkinan besar tidak berlaku, ia masih berpotensi memberikan malapetaka buruk,” kata Prof Madya Gregory L Matloff dari Kolej Teknologi New York.
Penyelidikan pakar fizik itu menyatakan laluan Apophis boleh dialihkan dengan memanaskan permukaannya untuk mencipta pancutan arus, yang akan mengubah laluannya dan menyebabkannya tersasar.
Pasukannya sedang menghasilkan pengumpul solar - solar dua sauh untuk bertindak sebagai pemekat cahaya matahari, membakar sebahagian permukaan dan menghasilkan pancutan arus.
“Bagi melakukannya, penting untuk mengetahui sedalam mana diperlukan cahaya untuk menembusi permukaan objek berhampiran Bumi (NEO). Pancaran yang menembusi terlalu dalam akan memanaskan asteroid.
“Namun pancaran yang menembusi pada kadar mencukupi, mungkin satu persepuluh milimeter akan menghasilkan arus yang boleh dikemudi dan mencapai matlamat memesongkan asteroid,” katanya.
Matloff dan pasukannya membuat uji kaji dengan laser merah dan hijau untuk melihat sedalam mana mereka dapat menembusi batu asteroid, menggunakan contoh daripada tahi bintang Allende yang jatuh di Chihuahua, Mexico pada tahun 1969.

Dalam satu kajian berkaitan, seorang lagi pakar fizik, Prof Madya Lufeng Leng, menyempitkan sinaran laser merah dan mengimbas permukaan nipis contoh itu, dan mendapati perbezaan dalam kedalaman cahaya yang dipindahkan wujud, bergantung kepada kandungan material pada laluan yang dilalui sinaran itu.
Hasil kajian merumuskan laser yang disasarkan daripada kedudukan angkasa lepas berhampiran NEO boleh membantu menentukan kandungan permukaan. Menggunakan maklumat itu, teknologi solar boleh memberi tumpuan lebih tepat sinaran matahari untuk menembusi permukaan asteroid dan kedalaman bersesuaian, memanaskan pada suhu tepat untuk menghasilkan pancutan arus yang akan memesongkan asteroid.