Followers

Monday, September 20, 2010

Gambar keluarga di hari raya

Gambar keluarga ...hari raya pada 10 sept 2010

Lagi gambar-gambar yang di ambil semasa hari raya di rumah tok dan tokwan Najibah , Najihah dan Nabil . Selepas sembahyang raya dan beraya di sini . Kami sekeluarga akan bertolk pulang ke rumah tokwan di Kepala Batas Alor Setar pula . PakNgah najibah yang akan hantar kerana bot penumpang belum keluar lagi . Jadi PakNgah lah yang akan hantar nanti .


Tok dan Tokwan
 
Muhammad Nabil
 
Najihah berinai - abah
 
 
Tok dan Tokwan
 
 
Acu dan Tok Najibah
 
Kami 
 
 
Acu dan Najibah / Adik Noraisyah
 
Acu bersama Najihah dan Nabil
 
Kami sekeluarga
 

Acu ,makcik dan Mohd Saad

---------------------------------------
SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
---------------------------------------


Saturday, September 18, 2010

Keluarga PakNgah Najibah dan Najihah - Rosli Kasim

Pada hari raya pertama di pagi Syawal ini , sempat juga bergambar bersama keluarga .
Gambar pertama ini adalah keluarga Pak Ngah Nabil .
Rosli dan Keluarga . Tapi mereka kekurangan seorang lagi , iaitu Haikal ,pagi-pagi dah pergi meraya . jadi tak dapat ler nak bergambar bersama .
Dalam gambar :
Mohd Adib
Dik Nor
PakNgah Rosli
dan
MakNgah Na



Friday, September 17, 2010

Cuti raya dah pun habis

Tahun ni dapat cuti raya lama sikit . Sebab tahun lepas kena kerja . Sekarang giliran aku pulak dapat cuti raya panjang .
Cuti panjang sampai tak sempat nak upload kat blog ni ...
Takpe nanti ada masa boleh upload dgn gambar sekali .

Monday, September 06, 2010

Bacaan surah yang sangat merdu..

Bacaan surah Al Fatihah dan juga surah Al Qiamah yang menceritakan tentang kiamat  sangat menyentuh hati apabila di sampai kan dengan nada yang begitu indah sekali . Pembaca ini adalah bernama Muhammad Taha bin Junayd .
Mesti seronok kalau boleh bersembahyang bersama nya

Terima kasih kerana bersama-sama menghayati nya .

Sunday, September 05, 2010

Nabil - Setelah boleh duduk nak berdiri pula..

Muhammad Nabil pada umur dah masuk 7 bulan semakin ceria . Dah boleh duduk dan sekarang ni dah mula nak belajar berdiri pulak . Pantang jumpa tempat yang boleh di pegang mesti cuba nak panjat . Pas  tu bila rasa gayat nak jatuh tak nak lepas pula ..menangis .
Ada satu masalah sekarang ni bila waktu nak tidur jer ..dah buat pasal TAK BOLEH NAK TIDUR .. letak kat dalam 'noi' ( buaian ) tu ..mata pejam tapi teqiak (nangis) makin kuat . aa..kacau ni . Macam segala jampi dah baca masih dok teqiak .Mata pejam . Bila angkat semula dia gelak pulak ..senyum2 manis pulak ..kita dah panas satu badan ..dia dok senyum-senyum - tapi mengantuk .
Terlalu mengantuk sangat2 baru boleh lena .Nabil..Nabil ..



Selamat menyambut hari raya aidil fitri - maaf zahir batin .
Nabil akan balik beraya di Selat dan Alur Ganu pada hari yang sama hari raya pertama .

Saturday, September 04, 2010

Khutbah Jumaat - Mesti tak lena punya dengar khutbah ni..

Ada seorang rakan di dalam facebook ada siarkan rakaman khutbah jumaat mengenai bagaimana sahabat beliau yang belajar di USA dapat melembut kan sebahagian rakyat Amerika di dlm gereja .
Apa yang menarik pasal khutbah ini adalah penyampaian yang di sampaikan oleh khatib - begitu bersemangat sekali . Saya amat suka kalau setiap masjid mempunyai khatib sebegini .
Dengan ini dapat memberi mesej yang hendak  di sampaikan kepada makmum dengan sempurna .Pasti yang datang masjid tak tidur punya .
Cuba anda dengar baik-baik dan pasti mata anda atau makmum yg datang hanya tertumpu kepada khatib sahaja . Lain la kalau memang datang kaki tidur juga ...

Friday, September 03, 2010

Langkawi Wildlife Park - Taman Burung Langkawi

Sementara menunggu waktu berbuka puasa di hari cuti ni .. boleh lah bawa Najibah ,Nabil ,Najihah dan mama pergi ke Langkawi Wildlife Park . Lagipun kat sini ada offer utk penduduk Langkawi atau pekerja yang bekerja di Langkawi pada harga yang murah - pada bulan puasa saja.

Kami sekeluarga hanya bayar RM16 sahaja .

Sebenarnya lama dah tak masuk kat sini . Lagipun Nabil baru pertama kali masuk . Best juga la ,sebab ada penambahan di bahagian baru . Ada tambahan binatang lain - seperti buaya , kuda , keldai dan burung unta .

Ada juga sedikit video diambil - Najibah sedang beri seekor Pelanduk makanan