Wednesday, September 01, 2010
Berbuka puasa di Hotel Bella Vista Kuah Langkawi
Tokke atau Gecko
Kajian Sains
Salah satu contoh,daging tokek di guna pakai dalam bentuk makanan atau serbuk dipercayai menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, asma dan juga meningkatkan stamina lelaki. Tapi sampai sekarang tidak ada kajian yang pasti mampu menunjukkan keberkesanan perubatan menggunakan tokek.
Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Prof Wang dari Universiti Henan China telah melaporkan Penemuan ini dan diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology. Tapi ada noresearch pada kajian farmakologi (kajian tentang interaksi antara ubat-ubatan, sistem dan proses kehidupan) dari tokek, bahawa mekanisme kerjanya sebagai anti-tumor masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini.
Dari hasil laporan amalan klinikal yang diterbitkan oleh Medicalnewstoday, Tokek tidak hanya memperkuat sistem kekebalan organisma, tetapi juga boleh menginduksi sel tumor opoptosis sel tumor iaitu yang boleh merosakkan dirinya sendiri. Dalam amalan klinikal, pasukan penyelidik menggunakan tikus betina dalam proses kajian. Selain itu,tokek juga dipercayai menurunkan tindak aktif aktiviti VEGF dan protein bFGF. Protein ini akan menjejaskan pertumbuhan sel kanser. Kesan peningkatan sistem kekebalan dikesan berdasarkan kelenjar timus yang dapat menghasilkan sel-sel kekebalan di leher, pagosit dan sel limpa. Dikenali penurunan ekspresi VEGF dan bFGF protein, dan perbaikan sel apoptotik yang dapat membunuh sel tumor.
Mengapa tokke ini sangat-sangat di cari ..?
Ketika ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang melakukan penelitian tentang keberkesanan dari daging,kulit dan hempedu yang dipercayai untuk menyembuhkan penyakit AIDS, asma dan pelbagai penyakit kulit lain. Hal ini untuk menentukan sama ada rawatan ini benar-benar berkesan atau tidak, dan untuk melihat apakah ada efek samping yang mungkin timbul.sehingga ke hari ni.negara-negara barat sedang berlumba-lumba mendapatkan vaksin yang dapat membantu ramai manusia dalam meyelesaikan masalah kesihatan yang susah untuk di ubati.
Kesimpulan
Gecko telah dikenal sejak beberapa dekad yang lalu sebagai ubat tradisional di China dan juga sebagai salah satu menu makanan di Thailand dan Vietnam dan juga di proses menjadikan ubat untuk masalah kesihatan lelaki.Tokek sekarang termasuk salah satu haiwan yang mempunyai harga jual tinggi di dunia dan hebatnya ia hanya terdapat di Asia tenggara sahaja.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sunday, August 29, 2010
Perjumpaan Xsmv kangar Hari Raya Ke 3
Aku ada terima sms daripada sahabat Xsmvk ..
Fadzli menjemput bekas pelajar vokasional kangar 90-91 utk hadir di Dataran Darulaman pada hari raya ke 3 .
Jam 10 pagi hingga 1 tgh .
Kalau takde masalah aku dan keluarga akan pergi . Maklum raya ke 3 tunggu ada kat kampung isteri di Alor Setar . Mesti pergi punya . Mesti ramai yang hadir .Sebab perjumpaan hari raya terakhir bersama xsmvk pada 2008 dulu ... harap2 lebih meriah ler kali ni ........kat mana Dataran Darulaman ni ..nanti aku call kawan2 lah ..
Friday, August 27, 2010
Berbuka di Bella Vista Kuah
Menarik juga ..macam macam ada ..
Bawa semua sekali Najibah , Nabil,Najihah dan mama .Yang ok sangat tu Nabil dah boleh duduk ,apalagi bagi baby chair le .. dia pun buka posa sekali ( suap moi ) .yang penting tak ganggu mama dan abah berbuka .
Najibah dan Najihah ok jer ..
Yang paling best tu ..free ..ada orang belanja ..hehehe ..
Monday, August 23, 2010
Belajar buat blog dgn menggunakan Wordpress...
Belajar buat blog dengan menggunakan Wordpress .. tapi domain beli baru dengan nama http://www.malaysia-hotels.my . Blog ini di hasilkan untuk memberitahu kepada pelancong di luar negara setiap hotels di Malaysia .
Akan ku uploadkan semua senarai hotel di seluruh Malaysia . Aku menggunakan Wordpress sebab ada yg kata menarik . Nak cuba ler. Banyak lagi kena belajar tentang Wordpress. Nampak gaya kalau nak bagi menarik kena belajar lagi pasal coding .
Takpe boleh tanya di ruangan forum -forum melayu seperti sifoo.com / wangcyber.com / putera.com dan banyak lagi .Sifoo2 forum ni memang bijak2 belaka ,dan sentiasa aku boleh menerima tunjuk ajar diorang .Kerap bertanya mesti tak sesat .
Memang menarik juga guna wordpress ni ..dan teringin juga nak belajar ..tak rugi ..
Saturday, August 21, 2010
Cuti raya dah apply dah ..
Cuti raya dah apply ..
Raya tahun ni adalah hari akhir cuti penggal persekolahan . Jadi nak ambil banyak cuti banyak hari pun susah juga - anak nak sekolah .
Apply awal ..nekad tahun ni kalau bos tak lulus juga aku cuti juga ..sebab tahun lepas tak boleh ambil cuti ,kena keje ..tahun ni kalau tak bagi juga siap ler ..
Baju raya diri sendiri belum beli lagi ..anak isteri dah beli kain utk buat baju kurung - takpe isteri aku yang buat . Lagi 2- 3 hari baru pi beli ...
..anak-anak minta kasut pula ( najibah dan najihah - tak masuk lagi Nabil )...aa sudahhh.
Friday, August 20, 2010
Makan jagung...Nabil
Walaupun baru berumur 6 bulan ..Nabil dah boleh habiskan separuh jagung rebus ..jangan tak percaya pulak ..tengok ler sendiri macam mana Nabil makan sampai habis . Bermula dari hari ru Nabil dah tak makan bubur atau moi dah ...makan jagunggggg saja . Sampai satu Langkawi hari cari jagung ...hahhahahahahhaaaaaaa..
Thursday, August 19, 2010
Banyak Belajar hari ni - copy paste blog..
Hari ni dapat belajar sikit tentang coding2 blog ...
Bagaimana tak nak orang copy blog kita ..dah buat dah dan berjaya .. cuba copy tengok .
Bagaimana nak buat page dalam blog ni pun dah berjaya .. boleh tengok kat bawah sekali blog ni.
dan bagaimana nak letakkan signature kat blog ni hanya dgn sekali paste code saja .
Best dah jumpa blog guru yang sanggup memberi tunjuk ajar ..
terima kasih Ceeramoon ...
Saya sentiasa kunjungi blog tersebut ..
Wednesday, August 18, 2010
Bawa anak-anak ke Taman Burung
Dewasa : RM15.00
Kanak2 : RM3.00
Tuesday, August 17, 2010
Merokok merbahaya kepada Kesihatan
Janganlah anda merokok di hadapan orang yang tidak suka merokok dan perokok . Pastikan anda tahu bahawa merokok di depan orang yg tidak perokok adalah amat merbahaya kepada diri anda sendiri ..jika nak merokok pun pastikan di tempat yang di sediakan .
Sila tengok iklan pendek ini risiko perokok yg ditanggungnya ..
Sedikit info ;
Merokok adalah tabiat yang tidak sihat, ia menyebabkan gigi, jari dan kuku anda menjadi kuning, dan ia boleh membahayakan kesihatan anda. Dengan sekali hisap, anda menyedut lebih daripada 4000 bahan kimia beracun. Nikotina dalam rokok boleh menyebabkan kanser peparu, kanser mulut dan penyakit kronik yang lain. Malah ahli sains juga menegaskan bahawa orang yang tidak merokok terdedah kepada bahaya yang lebih besar apabila mereka menyedut asap rokok dari perokok lain.
..artikel dari http://www.nutriweb.org.my/nutriteen/bahasa/merokok.shtml
Sunday, August 15, 2010
Saturday, August 14, 2010
Belajar buat website sendiri - berniaga melalui internet
Namun terbantut kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakannya?
Adakah anda juga telah banyak membaca ebook, belanja habis-habisan membeli berbagai-bagai panduan tapi masih tak berjaya menghasilkan
perniagaan Internet anda sendiri?
Belajarlah dari guru yang sedia membimbing anda dari mula sampai akhir.
BUKANnya Guru Yahya!
Klik di sini => [Bengkel Website di Puchong]
Dengan belajar dari guru anda mampu membina perniagaan Internet dengan tangan anda sendiri!
Sebenarnya anda perlu mencari seorang guru. Selagi anda belum menjumpai guru... maka selagi itulah masalah anda tidak akan selesai.
Tapi... pastikan guru yang anda cari benar-benar berpengalaman dan betul-betul menjalankan perniagaan Internet sebenar.
Wednesday, August 11, 2010
Bil Telefon
Sunday, August 08, 2010
Najihah Belajar Mengayuh Basikal
Nampak gaya dah nak boleh dah ..
Setelah di cuba beberapa kali , boleh leh sikit ..
Kakak pun tolong bantu utk Najihah belajar .
Kawan-kawan Najihah ,Danish dan juga kakak Ika dan Arisha dan Ikmal
pun ada beri semangat .
Najihah pasti boleh . Video ada di uploadkan .
Saturday, August 07, 2010
Nabil Cuba Nak Belajar Duduk
Wednesday, August 04, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Kata-kata pujian merangsang potensi diri
Pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University, Florida, Amerika Syarikat ini turut menegaskan, kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.
''Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama pada anak-anak dan suami isteri kerana ia adalah sebahagian daripada doa,'' katanya yang bermentor kepada seorang pakar bidang metafizik terkenal, T. Harve Eker dari Kanada.
Menurut Dr. Azizan, pasangan juga harus saling puji memuji kerana ia boleh membuatkan getaran kebahagiaan dan kekayaan. Selain itu, sentiasa berterima kasih pada suami isteri selain berterima kasih kepada Tuhan.
Sementara itu, mengenai program percuma bengkel Rahsia Tarikh Lahir- Kenali Potensi Diri yang akan diadakan di seluruh negara bermula 30 Januari ini di Shah Alam, bolehlah layari www.skpd2010.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi 013-2442244.
Sumber: Utusan Malaysia, 26 Jan 2010
Tuesday, July 13, 2010
Sunday, July 04, 2010
Hari Keluarga Lafarge Langkawi 3 Julai 2010
Tempat : Langkapuri Inn , Pantai Cenang
Pada hari ini Lafarge Langkawi menyambut hari keluarga di Pantai Cenang .Banyak juga acara yang adakan . Apa lagi semua ambil bahagian . Terbahagi kepada 3 Kumpulan iaitu Rumah Purple , rumah Oren dan rumah Pink .
kumpulan rumah Purple .
Antara acara yang di sertai ;
Najibah - acara tiup belon / lari berhalangan dan mekap mama/abah garang
Najihah - acara mewarna ( pertama kali menyertai acara )
Mama - acara Terompah Gergasi Wanita
Abah - acara World cup
Nabil - acara tengok saja dan tidur di buaian
Yang seronok tu kalah atau menang semua dapat hadiah - best
Saturday, June 05, 2010
Cuti sekolah pertengahan tahun ..
balik kampung ..



































