Monday, November 24, 2008

Rehat Sebentar - Sambil Berhibur
Siapa Bangang
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak... "
RAHSIA MENANGKAP IKAN
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakciktidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... "
CrewTV9 : "O, ye ke.... "

1 comment:

  1. kisah rahsia tangkap ikan tu kelakar, kah!kah!kah!. nanti bila saya nak p langkawi saya contact awak. pastikan harga sewa keta & hotel murah2 dah le...saya rancang nak p cuti skolah bulan mac 2009

    ReplyDelete