Sunday, November 09, 2008

Jumpa Abang Mat dan Juga Hamdan
Dulu masa belajar di Kok Lanas ,Kelantan .Selepas waktu belajar kami sering makan di gerai makan Abang Mat .Boleh di katakan diluar pintu Politeknik Kota Bharu ni banyak kemudahan kedai makanan yang diniagakan oleh penduduk setempat di Kok Lanas .
Boleh di katakan selepas tengahari kami keluar makan nasi kat situ .Kedai Abang Mat adalah kedai makan yang sering kami kunjungi .Sehingga dah jadi biasa dah .Abang Mat dan Kak tie pun peramah .Sekarang dah lebih dari 15 tahun tak berkunjung ke sana .

Tiba-tiba satu malam Abang Mat telefon kata nak datang Langkawi .Dia cakap dia iring Tok Guru Nik Aziz datang ke Langkawi untuk mengadakan beberapa aktiviti di Langkawi ini .Sempat jumpa Abang Mat kat Airport semasa dah nak balik (tak sempat nak jumpa masa tiba) .Dan masa tu juga sempat bergambar dgn YB Salehuddin Ayub yang saya hormati sebagai ilmuan politik terkenal tanahair .

..Masa dok tunggu Abang Mat shopping kat Ismail Group tu jumpa pula Hamdan (dah ada 3 orang anak) dari Terengganu yang dulu belajar sekali di Politeknik Kota Bharu .Dia sekarang dah jadi cikgu di Sekolah Menengah Menerong Hulu Terengganu ..Dia pun sempat juga kenal dengan Abang Mat .
Memang dah lama tak jumpa ...harap2 akan berjumpa lagi ...Hamdan beritahu yang sahabat lain antaranya Asrul,Sanusi pun juga seorang guru di Terengganu dan Kelantan .
Kepada sahabat yang lain semua semoga berjaya .Terima Kasih

No comments:

Post a Comment