Followers

Friday, June 01, 2012

Dataran Lang Langkawi

Pi Dataran Lang Langkawi .
Walaupun cuti sekolah tak sempat nak balik kampung . Kami pi jalan - jalan juga . Hari ni pi Dataran Lang . Ramai juga pengunjung kat sini . Tapi Dataran Lang ni burung lang kat sini baru jer siap di cat semula . Jadi semua geri yang terdapat di sini masih lagi di tutup .

Selalu nya musim cuti banyak juga gerai yang buka . Tapi sekarang macam sunyi jer . Tak tahu la mungkin dah tutup terus kot . Takpa , apa yg penting pengunjung semua datang nak bergambar dgn burung lang ni jer . Kami pun tak lepaskan peluang . bergambar juga .




Wednesday, May 23, 2012

Hari Keluarga Lafarge 2012 di Pantai Cenang

Tarikh : 19 Mei 2012 
Lokasi : Langkapuri Inn Pantai Cenang 

Pada setiap tahun Lafarge langkawi akan mengada kan hari keluarga utk pekerja nya . Selama 4 tahun berturut turut Langkapuri Inn di Pantai Cenang menjadi lokasi utk hari keluarga ini . Sebelum itu pihak pengurusan kilang mempunyai 3 pilihan - dan undian di buat oleh pekerja - majoriti memilih Langkapuri Inn Pantai Cenang .

Kami booking bilik selama 2mlm di sini .

Banyak acara yg menarik di ada kan . Mandi adalah peluang keemasan kami . Sebab tu yg tiduq 2 mlm . Malam sebelum hari keluarga di adakan pertandingan dam / catur / karom serta karaoke . Jamuan malam juga di sediakan utk semua ahli dgn bayaran RM25 utk sekeluarga - makan sampai kenyang .
_________________________________________

Acara : Hang Baling Aku Sambut
__________________________________________

__________________________________________________

Perasmian hari keluarga Lafarge Cement Langkawi 2012
__________________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________







Tuesday, May 15, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru 2012 - Sekolah Keb Ewa Langkawi 

Sempena sambutan hari guru tahun ini ,pihak sekolah telah menjemput semua ibubapa datang sarapan pagi di kelas pelajar masing-masing  bersama pelajar / cikgu kelas dan ibubapa .

Selepas itu jam 8.30pg - Sambutan bermula di dewan sekolah , dengan tetamu jemputan YB Rawi . Yang menariknya semua cikgu - cikgu menyanyi lagu guru dan berikrar di hadapan ibubapa dan semua murid . Bersemangat sekali .

 Dan di akhir sambutan ini - simbolik penyerahan ROTAN daripada Yang Di Pertua Ibubapa dan Guru Encik Yon kepada Guru Besar Cikgu Ramli .  .. apapun .. Selamat Hari Guru utk semua cikgu - cikgu Sekolah Ewa serta semua guru yang telah berkhidmat sekian lama  .. Terima kasih cikguuuu... 
---------------------------------------------------------------------------

Video - Ikrar cikgu2 di hadapan ibubapa dan murid - begitu bersemangat sekali
---------------------------------------------------------------------------


Memotong kek sempenan Hari Guru 2012

acara potong pulut kuning 


Guru Besar Cikgu Ramli menyampaikan ucapan sempena Hari Guru

( Kelihatan YB Rawi dan Che Yon serta PaK leh )


tengok apa tu ?
----------------------------------------------------------------------------



Video - Nyanyian drp guru2 Sek Keb Ewa 
----------------------------------------------------------------------------

Nurul Najibah bersama Cikgu Sahlan

Sarapan pagi ibubapa dan guru kelas  di Kelas 3 Bestari

Sarapan pagi ibubapa dan guru kelas  di Kelas 3 Bestari

Begitu bersemangat  pelajar tengok cikgu2 menyanyi






Malam penyampaian anugerah perkhidmatan Lafarge Malayan Cement Langkawi di Bayview Hotel

Tarikh : 15 mei 2012
Tempat : Bayview Hotel Langkawi

Menghadiri bersama isteri utk malam anugerah ini . Dah bersama syarikat selama 15 tahun  .  Anugerah ini di berikan kepada pekerja yang berkhidmat selama 10 tahun , 15 tahun dan 20 tahun - seramai 37 orang pekerja yang di raikan oleh syarikat .







Friday, May 04, 2012

Berita Harian Online | Kanak-kanak dilarikan, Nayati Moodliar ditemui selamat


.. KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, yang dipercayai hilang dan dilarikan dua lelaki tidak dikenali 27 April lalu, ditemui selamat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh pada jam 7.55 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. "Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

...

Tuesday, April 24, 2012

Action Song Compettition - Di Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu

Hari ni 24april2012 ;

Sekolah Kebangsaan Ewa telah menyertai 'School action song competition' di Sekolah Kebangsaan Sugai Menghulu .
Pertandingan nyanyian ini telah di sertai oleh beberapa sekolah kebangsaan di sekitar Langkawi . Sekolah Ewa adalah pasukan ke 6 yang menyertai pertandingan itu . Seramai 15 orang pelajar sek keb ewa yg terlibat dlm action song ini . Termasuk Najibah . 
Apa yg di beritahu Najibah - Sek Keb Ewa menjadi juara  ( keputusan tak rasmi ) hehe..
Betul ke tak ..tak tau la .

 Lokasi pertandingan :


Wakil dari Sekolah Kebangsaan Ewa Langkawi